JIBRIL MEMBERI KEPUTUSAN TENTANG INSAN YANG TERPUJI
DIRIWAYATKAN bahawa Nabi SAW bersabda: “Apabila telah datang hari Kiamat, maka didatangkan empat golongan manusia di tepi pintu syurga, tanpa melalui hisab dan azab, mereka itu adalah:
Orang alim, yang mengamalkan ilmunya.
Orang haji, yang menunaikan ibadah hajinya tanpa merosak ibadah hajinya.
Orang yang mati syahid, yang terbunuh dalam peperangan.
Para dermawan, yang mengusahakan harta dari yang halal dan membelanjakannya di jalan Allah, tanpa rasa riyak. ”
Mereka saling berebut agar dapat masuk syurga lebih dahulu. Maka Allah SWT mengutus Jibril agar memberi keputusan bagi mereka. Pertama kali Jibril bertanya kepada yang mati syahid dengan pertanyaan: “Apa yang telah engkau perbuat di dunia sehingga engkau mahu masuk syurga yang paling awal?” Mereka menjawab: “Aku telah terbunuh dalam peperangan kerana mencari keredhaan Allah SWT.” Jibril berkata: “Dari siapakah engkau mendengar pahala orang yang mati syahid?” Mereka menjawab:”Dari para ulama.” Kata Jibril: “Jagalah sopan-santun, jangan engkau mendahului gurumu, yang telah mengajarmu!”