MIKRAJ SHOLAT

Bersidanglah ribuan para ilmuwan dan cerdik pandai Islam dari semua negara2 OIC serta dari negara2 maju lain.
Bersidanglah dan berdiskusilah hingga nampak jelas
mana yang paling hebat berhujah, paling bernas ideanya untuk memajukan umat Islam seluruh dunia, mengeluarkan umat Islam dari sangkar kemiskinan dan penjajahan, dari pemerintah yang menekan.

Tidak akan selesai masalah umat Islam, jika perkara
paling asas iaitu SEMBAHYANG tidak diambil perhatian.
Senjata untuk menjadikan umat Islam mencapai
kemenangan di dunia zahir ini adalah BAIKI DIRI,
SEMBAHYANG AWAL WAKTU, DAN BERJEMAAH
kerana berjemaah itu hukumnya WAJIB.

Hakikatnya, kini kehadiran hati dan Roh sembahyang sudah pupus dari hati2 umat. Roh Al Quran dan sunnah sudah tinggal kenangan. Rasulullah SAW sudah mengingatkan dalam hadis2 bahawa kekhusyukan umat dalam solat akan pupus pada akhir zaman.

Umat Islam yg sedar perkara ini pun tidak berapa
serius untuk mengembalikan roh solat itu pada
diri masing2. Sembahyang dilakukan dengan penuh malas, kadang2 penuh benci….malah begitu ramai yg terus meninggalkannya.

Bagi yg bersolat,sembahyang sekarang hanya sekadar
ungkapan-ungkapan yang fungsinya sudah tinggal kenangan..

 

APA ITU SEMBAHYANG?

Ia simbol kerinduan, kecintaan, kemaha baikan, tanggungjawab dan belas kasihan Tuhan kepada para insan Muslim ciptaanNya
Ia ialah pertemuan, perbincangan, pengaduan, harapan dan jaminan Tuhan kepada hamba-hambaNya.
Ia satu projek agung antara hamba dengan TUHAN EMPUNYA ALAM
Dari situ manusia akan mendapat kekayaan paling asasi yaitu : sifat TAQWA
Inilah harta HATI yg termahal, tidak senilai dengan kekayaan seluruh isi bumi dan langit.

 

Sholat AWAL WAKTU

Sholat di awal waktu sangat dituntut. Untuk menjadikan sholat  itu sampai ke tahap membina peribadi agung, syarat-syarat batin mestilah dipenuhi, bermula dengan sholat di awal waktu. Langkah-langkah ini termasuk dalam usul fiqh yang bermaksud

Tidak sempurna sesuatu yang wajib melainkan jalan-jalan ke arah kesempurnaannya juga wajib.

Walaupun syarat batin ini tidak diwajibkan secara hukum yang qath’i namun ianya perlu untuk mencapai kesempurnaan khusyuk. Sholat di awal waktu ini sungguh sulit dilakukan, jadi terpaksalah bermujahadah menanggung kesusahan nafsu yang lazim melambat-lambatkan solat.

Hadir di tempat solat lebih awal sebelum masuk waktu kira-kira 10 minit., sudah sedia berwudhu. Datang awal melambangkan sifat seorang hamba, iaitu datang sebelum dipanggil

Duduk penuh tawadhuk.Koreksi, muhasabah diri dengan mengutuk, mencerca diri.Hinakan diri dihadapan Allah SWT. Anggap kita ini lemah, dungu, bodoh, dhaif, lalai, leka, biadap, kurang ajar dsb dan menanggung bergunung-gunung dosa di bahu kita, sebanyak butiran pasir di padang pasir, selalu derhaka sama ada disedari atau tidak.

Mengeluh dan merintihlah terhadap Allah SWT mengenai nasib diri kita di kubur alam barzakh,  padang mahsyar, sirat. Rasakanlah bahawa tiada siapa yang dapat membantu dan menyelamatkan kita kecuali Allah jua. Rasakan saat kematian sangat hampir.

Rasailah pula betapa hebatnya Allah SWT itu yang Maha Agung, Maha Hebat, Maha Besar. Rasailah bahawa diri ini benar-benar di dalam genggaman Allah SWT.

Hadirnya hati lebih awal sebelum sembahyang akan memberi kesan di dalam solat. Ini akan lebih berkesan bila dilakukan secara istiqamah. Solat akan jadi sopan, lemah lembut tidak tergesa-gesa atau mahu cepat selesai.

 

SHOLAT BANGKAI
Solat yang tidak dijiwai atau tidak beserta kehadiran ROH sholat itu,  adalah umpama ‘solat bangkai’. Bangkai itu bagaimana sifatnya? Tidak merasa apa-apa. Jika  manusia istilahnya  mayat, yaitu jasad yang sudah ditinggalkan roh.

Bila manusia  mati nanti, jasad  yang dipuja dan dijaga serta  yang dibanggakan ini akan menjadi habuan ulat-ulat dan cacing-cacing  di dalam tanah, atau laut, bergantung di mana kuburan kita.

Roh senantiasa hidup dan berperasaan walau di alam lain. Yang mati menjadi bangkai hanyalah jasad.

Begitulah sholat bangkai yakni sholat yang  roh pelakunya sudah ‘mati’.Tiada memberi kesan kepada jiwa.

Cuba fikir, jika kita bila mencium perfume yang wangi, teruja deria rasa kita terasa kemanisan haruman itu, bila terhidu bau busuk, kita akan terasa jijik dan mengerutkan muka. Bila mendapat nikmat kita gembira dan tersenyum , bila diuji dengan kesusahan kita berduka. Begitulah gelombang perasaan roh manusia, beralun-alun.

Tetapi apakah yang berlaku di dalam sholat? Tiada perasaan apa-apa mahu cepat selesai sahaja. Itu seumpama mayat/bangkai bersholat. Dalam beberapa saat Al Fatihah itu roh sudah musafir ke serata tempat, di dalam rukuk dan sujud fikiran sudah marayau-rayau  ke destinasi yang tidak sempat difikirkan ketika sebelum solat.

Sholat bangkai yang tidak dijiwai umpama mempersendakan Allah. Tahu,  takut berdosa meninggalkan sholat, tetapi bila bersolat dilakukan penuh jemu dan malas.Sholat bangkai ini tiada nilai di sisi Tuhan, malaikat yang sudah bersiap sedia mencatat bersedih atas solat bangkai kita ini. Sholat ini akan dilemparkan balik ke muka pelakunya, kerana bersolat tetapi seolah-olah bermain-main denganAllah

Jika kita lihat anak-anak yang kecil atau yang baru mumaiyyiz belajar solat di madrasah begitulah agaknya kita ini. Pada zahirnya anak-anak itu menjeling-jeling kawan di sebelahnya, menahan ketawa, atau masih menepuk- tampar jemaah sebelah dan melihat trafik yang lalu lalang. Sholat bangkai kita walaupun nampak tertib dan tidak bergerak-gerak, tetapi roh atau hati menusia yang bersholat  itu umpama masih bermain-main dengan Allah, buat tidak peduli dengan Allah.

Jadi..bagi kita yang masih bermujahadah untuk mendapatkan kehadiran hati di dalam solat, tentanglah nafsu dan mulailah dengan solat di awal waktu dengan bersedia lebih awal sebelum waktu sholat itu. Itu baru langkah permulaan dalam mujahadah untuk mengkhusyukkan solat.

 

JASAD KITA BANGKAI?  CUBA KENALI DIRI KITA DULU.

Diri manusia terdiri dari empat unsur [elemen] yaitu:

JASAD LAHIR, AKAL, RUH @ HATI, NAFSU.

1.JASAD LAHIR –

Tiada banyak bezanya secara fizikal atau secara
sainsnya dengan jasad2 makhluk lain di alam haiwan.
Manusia juga perlu makanan, air, oksigen, juga mengeluarkan sisa2 buangan sebagai sampingan.
Fizikal manusia mempunyai fitrah2 asasi lain seperti berkelamin dan berkeluarga/berkomuniti -saling tak tumpah seperti haiwan.

PERANAN : Bertindak. Berbuat.
Melaksana seperti yang diarahkan.

2.AKAL –

Ciptaan Allah SWT yg terbatas kemampuannya.
Pengurniaan kemampuan akal ini berbeza2 antara individu.
Manusia menilai akal mengikut skala2 ukuran ciptaan mereka yg boleh dikira contohnya IQ.

AKAL yg terbatas itu adalah kurniaan Allah SWT yg
membezakan antara manusia dan haiwan.

Dengan akal, manusia mampu menguasai bahasa
dan menakluk dunia.

Manusia tidak berupaya menjadikan akalnya perkasa
melebihi had yang dikurniakan dan diizinkan oleh Allah SWT kepada seseorang individu itu.

Sehingga ini skala IQ yg dicipta Barat maksimumnya
hanyalah setakat +_200.

PERANAN : Menerima ilmu dan maklumat.
Samada maklumat itu betul atau tidak, bermanfaat
atau tidak, informasi2 itu hanya dikumpulkan sahaja.
Salah satu kelemahan akal itu adalah LUPA.

Jangan lupa, maksud asal perkataan insan atau manusia adalah LUPA ie dalam bahasa Arabnya nasia.

3. NAFSU – juga ciptaan Allah.

Nafsu jika tidak dididik dengan hikmah akan liar.
Nafsu adalah ‘the bad force’ dalam diri jika tidak
dikekang dan dijinakkan.

Manusia yang menjadikan nafsu sebagai raja dalam
dirinya adalah sejelek2 manusia di sisi Tuhan.

Syaitan yg merupakan musuh manusia akan masuk
dan menghasut manusia melalui nafsu yg tidak terkawal.

Sifat mazmumah akan dijadikan pintu masuk syaitan
untuk menguasai Ruh manusia. Dengan kata lain,
NAFSU adalah highway bagi syaitan utk menakluk
manusia.

PERANAN : Merangsang dan berkehendak.
Samada kehendak baik atau buruk, halal atau haram,
positif atau negatif.

3. RUH / HATI – adalah berasal dari Allah SWT.
Ruh mampu menelusuri hal2 ghaib dan menjadi tempat
rebutan untuk diisi wadahnya samada oleh malaikat atau syaitan.

Manusia dinilai oleh Allah pada hatinya.

Pada orang mukmin, Ruh ini boleh menjadi tempat jatuhnya ilham2 dan rasa2 hati. Dari ruhlah datang ketenangan,
Hati manusia tidak dapat diukur dengan skala akal ie IQ dsb.
Orang yg hatinya tawadhuk / takbur boleh jadi IQnya tinggi / rendah.
Hati manusia menjadi tempat pandangan Allah SWT.

PERANAN : Semata2 MERASA. Rasa2 itu bagai gelombang yang datang dari akal, dari fizikal, yang datang dari tindakan nafsu.

Dari keempat2 unsur ini, unsur Roh/ Hati itu ibarat Raja dalam kerajaan diri manusia.

Apabila Ruh kita berperanan untuk berfikir, bertafakur,menimbang-nimbang, menimba dan menyimpan ilmu, semasa itu Ruh kita dipengaruhi AKAL

Apabila Ruh kita berperanan untuk mengajak dan mendorong kita untuk berbuat dan melakukan sesuatu samada perkara jahat atau baik, samada perkara ibadat mahupun maksiat, ketika itu Ruh kita dipengaruhi NAFSU.

Ruh gelombang perasaannya dapat merasa sedih, gembira, gementar, takut, cinta, gerun, rasa hebat, rasa kagum dsb juga dipengaruhi 3 unsur tadi.

Jika 3 unsur2 lain itu ie akal, fizikal, nafsu itu baik, maka baiklah hati.
Jika nafsu, akal dan fizikal baik, ia akan membangunkan jiwa2 yang baik begitulah sebaliknya..

Untuk menghayati sembahyang, maka haruslah diaplikasikan sepenuhnya empat unsur2 ini untuk mendapatkan kesan sembahyang itu. ..

HADIRKAN ROHMU.HADIRKAN HATIMU

 

Penghayatan Sholat Menunggu Waktu Sholat

Setiap individu muslim wajib memahami makna setiap bacaan solat.

Dan makna ini harus DIHAYATI oleh AKAL & HATI secara menyeluruh, bukan setakat terjemah sahaja..

Ruku’ dan sujudnya JASAD LAHIR harus seiring dengan
ruku’ dan sujudnya HATI

NAFSU semasa solat itu haruslah dikawal dari lalai, leka dan cuai, dikekang supaya tidak terawang2 mengembara keluar dari lingkungan solat

RUH yang sedang kehausan, yg sedang dahagakan tarbiah jiwa yang ‘direct’ oleh Allah SWT melalui acara sembahyang itu tidak boleh dilalaikan oleh nafsu

Jika NAFSU bermaharajalela dalam diri semasa
solat, maka RUH yg sepatutnya sedang diproses
untuk menjadi muslim berperibadi agung akan

TERPINGGIR, KERING, LAYU
Maka jadilah acara sembahyang LALAI itu ibarat
menanam pohon yang tidak juga tumbuh2
jika tumbuhpun hanya menjadi pokok layu yg
mengeluarkan dedaunan kering, mudah rapuh dan jika angin melanda walaupun tidak kencang, logiknya ia akan senang reput dan patah

Apalagi untuk BERBUAH  atau BERBUNGA yg boleh dinikmati kemanisan atau kewangiannya.

Pohon jiwa yg KELAPARAN akan sentiasa merasa tidak tenang, resah, gelisah walaupun diuliti kemewahan, apalagi jika terbelenggu oleh kemiskinan

Sembahyang yg tidak dijiwai, tidak akan dapat
MENGUBAH PRIBADI PELAKUNYA walaupun dia bersolat sepanjang hayatnya.

Tanamkan dalam jiwa bahawa diri mesti bersolat
secara khusyuk 5x sehari
Tanam azam ini setiap kali saat bangun tidur di pagi hari

AKAL harus memaksa diri untuk mempersembahkan solat yang ‘pintar’, solat yang dapat membina peribadi agung

Diulangi, rasa2 dan azam ini haruslah diusahakan, dihayati sepanjang detik bernafas DI LUAR waktu solat.
Usahakan untuk duduk menunggu di tikar sembahyang
sekurang2nya 5 – 15 minit sebelum masuk waktu dengan siap bersuci

CERCALAH diri, HINAKANLAH diri dengan bertafakur
sejenak..
Telekukan kepalamu, tundukkannya hingga dagumu
mencecah dadamu
Tunduk melihat JASAD LAHIR adalah ibarat menilik
KEHINAAN diri.

Rasa2 KEHAMBAAN seperti rasa diri lemah, hina, bodoh, kerdil, serta rasa bergantung dan rasa harap pada Tuhan, adalah antara jalan2 untuk menutup kemasukan gangguan syaitan semasa solat.

Jika diri sudah bersedia duduk di sejadah sebelum masuk waktu, maka diri akan automatik tidak akan tergesa2 memulai solat sebaik sahaja kaki menjejak sejadah

Ungkapan rasa2 hati ini boleh dijadikan panduan utk
dihayati semasa menunggu waktu solat..
TERIMAKASIH TUHAN

Terima kasih wahai TuhanKu

Yang sentiasa melimpahkan rahmatNya

Membenarkan aku menghadapMuTuhan

Yg Maha Pengasih dan Maha Penyayang

Untuk bercakap denganmu Tuhan

Mengizinkan kuminta padaMu

Memuja memuji sepenuh hatiku

Memohon munajat padaMu ya Rabbi

Tapi aku khawatir ketika mengadapMu

Tidak pula pandai beradab denganMu

Aku mula bimbang kalau aku derhaka dalam ketaatan

Maka, bukan rahmatMu yg kudapat

Tapi aku akan dapat kemarahanMu

Ya Rabbal alamiin..

Maafkanlah aku

 

MULAKAN LAH KEMBARA HATI SEMASA AZAN.

Azan adalah bujukan keramat Tuhan
agar kita, seluruh insan para hambaNya
datang bertemu denganNya

Sungguh rayuan Allah SWT memperlihatkan
betapa inginnya, rindunya dan sayangnya Tuhan kepada kita hamba-hambaNya

Bahasa panggilan yang digunakanNya itu,
belum pernah sesiapa pun menggunakannya
bagi memujuk atau merayu dan memanggil kita
Cara Allah SWT, Tuhan kita itu sungguh agungnya,
sama seperti agungnya CintaNya kepada hambaNya

Wahai hamba2Ku
ketahuilah bahawa Aku mempunyai segala-galanya
yang kamu perlukan dalam hidup ini

Akulah Tuhan Yang Maha Besar yang boleh
membantumu pada bila-bila masa..
 
Katakanlah…tiada siapa selainKu yang kamu
relakan untuk membantumu..
 
Akan kuhantar wakil2ku untuk menolongmu
Marilah, marilah kepadaKu..
 
Marilah menuju kemenangan
dan kebahagiaanmu
Marilah menuju kemenangan
dan kebahagiaanmu.

 

Solat yg bakal dilayari itu sangat AGUNG.

Jika AKAL manusia dapat MENGUASAI MAKLUMAT2
dan data2 yang dipersiapkan oleh Tuhan ini dlm solat,
maka manusia layak menjadi KHALIFAH Allah dimuka bumi ini dan MENGUASAI bangsa2 lain.

Sembahyang yang dikurniakan kepada Rasulullah SAW
di Sidratul Muntaha semasa Mikraj itu umpama
pengulangan peristiwa itu kepada para mukmin.

Sembahyang sebenarnya satu mikraj menuju Allah untuk para mukmin mempersiapkan diri menjadi insan2 yang berTAQWA.

Pemerintahan diri bermula dari AKAL.
Segala INPUT maklumat set2 bacaan dalam AZAN, IQAMAT,dan SEMBAHYANG haruslah difahami oleh akal yang cerdik.

 

Diulangi, ia dimulai dengan azan dan iqamat yang mengandungi maklumat2 penting.
yg paling utama ialah keMaha Besaran Tuhan..

Allah Maha Besar 2x
Aku bersaksi bahawa Tiada Tuhan melainkan Allah

Setiap hari 5x sehari Allah memanggil manusia secara formal via azan, dengan mesej supaya kita bersandar sepenuhnya pada Tuhan, supaya kita menghayati bahawa hanya satu2nya sunnah Rasulullah SAW yg patut kita ikut dan menjadikan beliau idola
Hati yg mendengar azan harus menghayati bahawa itulah suara panggilan dari pihak sang Pengcipta ,
hati yg HIDUP akan bisa menangis mendengar pujukan Allah yg begitu syahdu sekali

Lalu laungan azan itu kita balas umpama menyahut Cinta Agung dariNya..

Allah SWT memanggil dan memperingatkan AKAL para insane yg mudah lupa supaya kita mendekatiNya kerana pada masa yg sama ada NAFSU yg mengajak kita menjauhiNya.

Sembahyang itu hakikatnya menumbuhkan dan menyuburkan rasa cinta kepada Tuhan betapa yg kita mohon dikabulkannya,
yg kita tidak minta pun dikurniakanNya.

 

TAKBIRATUL IHRAM

kemudian maklumat2 ini diulangi dalam TAKBIRATUL IHRAM.
Allah Maha Besar..!

Ini adalah satu rukun sembahyang.
Akal sudah mengambil maklumat bahawa Allah itu Maha Besar..
Mampukah akal menerima dan menjiwai takbiratul ihram yang singkat ini jika sebelum sembahyang pun
diri masih belum bersedia menghayatinya???

Jika semasa ini nafsu masih biadap dengan Allah SWT,
maka ia akan terus leka lantas mempengaruhi Ruh yang akan terus dilalaikan

 

BAGAIMANA menggambarkan kebesaran Allah itu?

Himpunkanlah keseluruhan kebesaran sifat2 Allah,
seluruh kebesaran ciptaan-ciptaanNya
seluruh kebesaran kerja-kerja Allah

Proseslah maklumat ini awal2 lagi paling lambatpun sekurang2nya semasa bertafakur, semasa azan, iqamat..dan hayatinya semasa takbiratul ihram.

Proseslah KERAJAAN DIRI
Hinakan kerajaan diri ini..
sehingga dalam HATI ini tiada yang lain..
kecuali kebesaran Allah!

Sebenarnya, kalimah Allahu Akbar setiap sholat dibaca 17 kali, jumlah dibaca sehari semalam sebanyak 99 kali..
Begitu banyak jumpahnya..maka Rasailah & hayatilah dialog hati bersumberkan kalimah ini..

Kami datang kepadaMu wahai Tuhan

Datang bersama segala nikmatMu dan segala dosa-dosa yang kami pikul di pundak kami
Engkau Maha besarnya dan kami pula teramat kerdilnya
NikmatMu terlalu banyak hingga tidak sanggup kami syukuri
Dosa2 kami pula memungkinkan segala azabMu

Wahai yang Maha Besar, terhimpun di dalam kalimah ini segala sifat-sifatMu yang Maha Agung
WujudMu luar biasa
SediaMu tiada permulaan
KekalMu tidak akan mati-mati
BersalahanMu dengan segala yang baru, tiada penyerupaan
BerdirinyaMu sendiri tanpa perlu apa-apa
EsaMu tidak boleh dibelah bahagi
KuasaMu tidak oleh tenaga


BerkehendakMu bukan boleh difikir-fikir
IlmuMu membuatkan tiada sebesar debupun terlindung
HidupNya Mu bukan oleh nafas
Mendengarnya Engkau Tuhan, serentak kepada seluruh ciptaan
Melihatnya Dikau juga serentak, tiada terlindung sekelip mata pun
BerkataMu itu bukan oleh suara, bukan berlidah, bukah berhuruf
sentiasa dalam keadaan berkata-kata dengan sifat yang amat Besar dan Tinggi sejak azali lagi
 
Wahai Tuhan kami  Yang Maha Agung…ZatMu tidak dapat dibayangkan
Hati jadi lemah, aqal jadi bingung..

tidak mampu..tidak mampu..
Kebesaran dan KekuasaanMU membuatkan kami

rebah menyerah
 

ALLAHU AKBAR!


Doa Iftitah  [ringkas]

Dimulai dengan Allahu akbar kabiro.. dan seterusnya..
maka maklumat harus diserapkan ke AKAL akan
maksud ayat2 ini.
Himpunkan lagi kebesaran2 Allah yg sudah dijiwai di
sanubari di waktu pagi hingga petang.

Hanifanm musliman..

Ini kata2 yang diajar oleh Allah SWT tetapi manusia haruslah mengusahakan agar ini menjadi ikrar kepada Allah SWT.
Apakah maksud *hanif*? Hanif ini adalah orang yang
*sangat lurus hatinya* dengan Allah.

Contohnya Nabi Ibrahim as, beliau rela masuk kedalam api, rela menyembelih anaknya, itu semua dilakukannya dengan lurus, tulus.. beliau menilai semua itu sudah sepatutnya beliau melakukannya.

Innassolati, wanusuki, wamahyaya, wamamati, lillahirabbil alamiin
AKAL menerima bahawa ini adalah sumpah setia diri
kepada Allah .. agar HATI berperasaan HIDUP MATI kita adalah untuk Tuhan.
Jika akal tidak faham maka maklumat ini tidak dapat mempengaruhi hati.

Bagaimana untuk menghayati sifat HANIF itu?

Jawabannya ada dalam Al Fatihah.

 

ALFATIHAH
Maklumat2 yg  tersirat di dalam Al Fatihah itu cukup untuk roh ini MENGENAL Allah. Betapa agung dan besarnya roh surah ini hingga menjadi rukun dalam tiap rakaat..

Dalam bacaan Fatihah, berulang2 kali pihak Allah disebut secara langsung lafaz asma-Nya atau tidak langsung.
Perhatikan CAPS dalam surah  ini.

Dgn nama 1) ALLAH yang Maha PENGASIH 2) [RAHMAN]
lagi Maha PENYAYANG 3) [RAHIM]
Segala puji bagi 4) ALLAH, 5)RABB sekelian alam..
Yang Maha PENGASIH 6)[RAHMAN] lagi Maha PENYAYANG 7)[RAHIM]
8) MALIK [penguasa] pada hari pembalasan
Hanya kepada 9)MU kami mengabdi, dan hanya kepada 10)MU kami memohon pertolongan
Tunjukkan kami jalan yg lurus
Jalan mereka yg telah ENGKAU berikan nikmat kpd mereka,
Sedang mereka itu bukan orang2 yg dimurkai
dan bukan pula orang2 yg sesat.
==> Begitulah lafaz ‘surah cintayg diajar Tuhan untuk hamba2Nya, surah yg bilamana dilafazkan oleh sihamba adalah merupakan keseluruhan:
puji2an,
penghargaan,
pengagungan,
penyerahan jiwa,
pengharapan

Sekurang2nya lebih SEPULUH kali hamba menyebut nama2 Allah dalam Fatihah tetapi orang yang lalai bersolat, kalimah2 suci ini disebut ibarat angin yang lalu sahaja
Mungkin bisa ditamsilkan kita ini kadang2 persis orang gila yang membaca surat yg memuja-muji beserta  mengharapkan bantuan di hadapan raja tetapi jasadnya membelakangkan raja tersebut, walaupun nama raja itu diulang2 dan mata pula liar melihat2 ke sana-ke sini..
Intipati ayat ini = = seolah2 Allah berkata begini
Jika kamu mahu menjadi hamba yang HANIF,
maka tahukah kamu,
bahawa AKU ini Maha BAIK,
Maha PENGASIH,
Maha PENYAYANG
Walaupun segala isi langit dan bumi serta AKHIRAT adalah kepunyaanKU,
dibawah pengurusanKU.
Namun AKU Amat Pengasih lagi Maha PENYAYANG
 
Allah seterusnya menyatakan bahawa

 AKU jugalah RAJA semasa di akhirat nanti, alam yang kekal, di mana manusia yang paling akhir masuk ke syurga pun akan KUkurniakan mahligai seluas langit dan bumi
Maka, mahukah KAMU wahai hambaKU
untuk mengikut AKU sahaja?
Luruskan hatimu, jadilah hamba2KU yang HANIF..
 
**Di sini hamba2 yang hatinya hidup akan terdetik dalam sanubarinya….Alangkah PENGASIHNYA Tuhan itu, maka hati2 sihamba akan segera tertawan dengan KeMaha BAIKan Tuhan
Hati pada  mulanya merasa betapa kerdil dan hinanya diri berbanding penguasa sekelian alam dunia &  RAJA alam akhirat
Tetapi kemudian berasa terhibur bila PENGUASA akhirat itu memberitahu bahawa DIA adalah YANG MAHA PENGASIH & YANG MAHA PENYAYANG
Kemudian setelah hamba berkata dengan penuh pengharapan dan keyakinan bahawa hanya padaNYA mereka mengabdi dan memohon pertolongan

Allah seterusnya mengajar manusia agar meminta satu keperluan yang paling agung ke SIRATHOL MUSTAQIM

Allah seterusnya seolah2 berkata begini,

Wahai hamba2Ku,
jika kamu mahu menjadi hamba yang hanif,
kamu harus MEMINTA kepadaKU.
Setelah kamu berikrar untuk menyerahkan seluruh hidup dan matimu untukKU,
kamu wajib berusaha dan meminta SIRATHOL MUSTAQIM,
jalan agung yang telah ditempuhi para wali2, Nabi2 dan Rasul2.

Di sini Allah menawarkan hamba2Nya  untuk bersama2 menjadi team nabi2, rasul dan para wali2 Allah..tetapi jika hamba2 lalai dan bermain-main serta tidak serius, maka hanya ada DUA jalan lain yang akan ditempuhi yaitu

1. MAGHDUB  jalan mereka yang dimurkai, yang fasik, mereka yang mengikuti hawa nafsu
2. DHOLIN jalan mereka yang kafir dan tersesat, seperti para Yahudi dan Nasrani

Di sini Sirathol Mustaqim dan dua Jalan itu diletakkan bersekali dalam AlFatihah,
Bermakna setiap dari kita ini sangatlah dekatnya dengan kefasikan atau kekafiran, disamping jalan yg lurus itu..
Samada fasik yang dikuasai nafsu atau kafir yang bertuhankan nafsu.

Jika diambil teladan umat terdahulu, contoh Saiyidina Ali kmw,  apabila menafsir surah Al Fatihah yang sebanyak tujuh ayat ini, ilmu yang keluar terlalu banyak hingga jika ditulis dalam kitab, kitab itu terpaksa dipikul oleh 300 ekor unta. Ilmunya yg didigest akal, bertahta di hatinya lalu == sudah terlalu menguasai nafsunya, sudah menundukkan nafsunya

Sebab itu sewaktu dalam satu peperangan, bila sebatang anak panah menusuki betisnya, untuk mengeluarkan anak panah itu, Saiyidina Ali bukannya dikejarkan ke hospital seperti hari ini atau segera dirawat, tetapi beliau bingkas bersembahyang sahaja dalam keadaan sakit luka demikian. Ketika sedang sembahyang itulah anak panah dikeluarkan dan luka kakinya dibalut Roh Saiyidina Ali tidak mengingati dunia lagi tika bersolat.

Ilmu yang dihayati Saiyidina Umar Al Khattab ra pula sudah menawan nafsunya menjadi Islam lalu hati beliau menjadi benar2 bersih dan ditakuti syaitan. Hingga bekas jalan yang dilalui Saiyidina Umar pun syaitan masih takut untuk menapak di situ.

Saiyidina Umar semasa ditikam tiga kali oleh seorang budak Parsi sebelum sembahyang Subuh, menyuruh orang ramai meneruskan sembahyang walaupun beliau cedera parah. Beliau menyuruh rakyat membiarkannya sahaja terbaring di lantai masjid. Soal sembahyang itu adalah terlalu besar nilainya pada orang mukmin, hingga Khalifah tidak mahu mereka mempedulikan dirinya buat seketika. Begitulah kehebatan rijalullah2 salafussoleh.

Maklumat2 dalam Al Fatihah ini jika dikuasai akal, lalu dihayati oleh roh, maka raja dalam diri itu tidak akan condong lagi kepada nafsu yang rendah, apalagi diperbudak2kan olehnya.

 

[dialog hati]
SURAH AL FATIHAH

Wahai Tuhan yang empunya diri.
Ini kami datang mempersembahkan
pujian dan pujaan yang sebesar-besarnya terhadap-Mu
karena telah menciptakan alam sebagai simbol cinta kepada insan hamba-hambaMu

Sungguh dapat kami saksikan Tuhan
betapa amat Pemurah, Penyayang, Pengasihnya Engkau
pada diri kami  dan orang-orang lain

Belaian-Mu jauh lebih hebat dari belaian seorang ibu tika sedang menyusukan bayinya.
Bahkan Tuhan yang meyintai hamba-hambaNya
telah mempersiapkan mahligai-mahligai Syurga yang maha nikmatnya sebagai tempat kembali si hamba untuk bertemu-Nya.

Di sana, di negara Akhirat, kampung asal-usul kami
Pemilik dunia akhirat menanti

Di sana Dialah Tuhan, Raja yang memerintah dengan sangat adil dan penuh kasih sayang.
 
Oh Tuhan! kalau begitulah ertinya Tuhan itu kepada hidup kami?
bagaimanakah sepatutnya kami berkelakuan?

Sesungguhnya hanya padaMu kami serahkan
seluruh ketaatan dan kecintaan.
Juga hanya pada-Mu dan tidak pada yang lain,
Kami mengadu hal diri kami..

Tuhan,  hanya padaMu kami  menyembah, hanya pada-Mu kami yang maha hina ini meminta-minta
 
Lihatlah permintaan yang pertama yang Dikau sendiri
ajarkan supaya kami meminta-minta padaMu
iaitu memohon sebuah hadiah paling besar
yang hanya layak untuk para rasul, nabi-nabi dan para wali, iaitu Siratul Mustaqim atau jalan yang lurus.
Yakni sebuah laluan yang sulit, sukar, sempit
tapi di hujungnya ialah Syurga yang abadi.
Ia amat tersembunyi dari pandangan musuh-musuh Tuhan atau orang-orang yang Tuhan benci.

Ya Allah, tunjuki kami jalan kepada-Mu,
lindungiku dari orang-orang yang Kau benci
dan orang-orang yang sesat.
Perkenankanlah, ya Allah

Namun kami amat malu, kerana Engkau masih sudi
Menerima kami  dan memberi kekuatan kepada kami  utk menghadapMu.

 

RUKU dan IKTIDAL

Ruku’ adalah satu protokol Tuhan dalam sembahyang. Jika mahu dihuraikan dengan mendalam ilmu bab ruku’ ini boleh mengambil masa berjam-jam.
Ruku’ itu adalah tanda penyerahan, tunduk

Setelah Tuhan tawarkan SIRATHOL MUSTAQIM dalam Al Fatihah tadi, setelah Tuhan tawarkan agar kita tidak mahu termasuk dalam golongan FASIK dan KAFIR, maka jika kita mahu bersungguh-sungguh ke arah itu, maka tunduklah

 

[dialog hati ruku dan seterusnya]

Mi’raj ini dilanjutkan lagi.
Mengembara bersama-Mu Tuhan, sungguh indah.
Penuh cinta, rindu, bujukan, belaian, kasih sayang dan segala macam harapan-harapan.

Engkau buatkan kami  tenggelam dalam cinta-Mu yang agung.
Engkau buatkan air mata kami  melimpah-limpah bersama rasa terharu
dan sangat terhutang budi.

Rukuk ini ialah kerelaan kami  terhadap apa sahaja perintah dan laranganMu, Tuhan.
Masakan kami  degil lagi sedangkan Engkau Maha Suci dari bermaksud tidak baik pada kami..
Lagipun Dikau kan Maha Besar, Maha Tinggi
dengan segala-gala Kebesaran, Ketinggian dan Kepujiannya.
Cukuplah keyakinan pada-Mu ini untuk membuang segala
Kesombongan kami  terhadap kehendak-kehendakMu.
 

DUDUK ANTARA DUA SUJUD.

Di sini, di pemisahan antara dua sujud adalah saat paling indah
Masakan tidak wahai Cinta Agung
Kau senaraikan seluruh keperluan-keperluan harian
yang amat kami perlukan untuk meneruskan hidup
dan menyuruh kami  memintanya berulang-ulang kepada-Mu.
Lalu kami membisikkan begini :
 
Ya Tuhan, ampunilah hamba,
kasihanilah hamba,
tampungkanlah kekurangan hamba,
angkatkanlah darjat hamba,
rezekikanlah hamba,
hidayahkanlah hamba,
sihatkanlah hamba dan
maafkanlah sahaja hamba-Mu ini.

Ya Allah, agungnya cinta dari-Mu.
Kerana bukan sahaja mengajarkan permintaan untuk dimohon kepada-Nya, bahkan yang tidak dipinta pun mencurah-curah nikmat yang dikurniakan.

 

SUJUD

Hati mana yang tidak hancur oleh cinta yang sebesar ini?
Mata mana yang tidak mengalirkan air bila mendapat perhatian dan kasih selembut ini.
Oh Tuhan

Ini kami sungkurkan diri kepadaMu, menyerah seluruh taat setia pada-Mu.
Tolong jangan tinggalkan kami
Dan bawalah hati ini untuk sentiasa mengingati KebesaranMu.

TAHIYAT

Akhirnya pertemuan ini Tuhan,
terasa hatiku bagaikan dibawa ke Sidratul Muntaha

Di sana, setelah kami sembahkan seluruh salam-salam keberkatan dan doa-doa yang Kau ajarkan,
lalu Kau kenalkan aku pada kekasih-Mu, Rasulullah SAW.
Yang kerananyalah maka kami  sampai terbawa ke sini, ke sisi-Mu.
 
Dapatlah kami mengucapkan salam pada manusia yang paling berjasa itu.
Bahkan terasa ada jawapan salam dari baginda.

 Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah
 
Aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad SAW Pesuruh Allah
 
Kami  minta pada-Mu, selamat sejahterakanlah
Sayidina Nabi Muhammad SAW dan keluarganya
sepertimana dilakukan kepada bapaku Nabi Ibrahim dan keluarganya.
Ku pinta lagi Tuhan, berkatilah kekasih Junjungan Sayidina Muhammad dan keluarganya sepertimana diberkatinya Nabi Ibrahim serta isreri-isteri mereka dan anak-anak semuanya.
 
Sungguh wahai Tuhan, mikraj ini memperlihatkan pada kami bahawa di atas ciptaan alam ini seluruhnya,
hanya Tuhanlah yang layak untuk dikatakan Maha Terpuji lagi Maha Mulia.
 
Maka dengan itu kami kembalilah ke dunia semula,
bertemu dengan sekalian hamba2Mu yg Kau kurniakan kepada kami kasihnya ibu-bapaku, adik-beradikku, saudara-maraku di kalangan manusia,
malaikat, roh-roh suci, jin-jin Muslim
dan lain-lainnya dengan doa.
 
Assalamualaikum w.r.m.t.
Moga-moga semuanya dalam keadaan selamat.

 

SELESAI SOLAT

Selesai sudah kembara mencari kebenaran.
Kembalilah kita bersama rasa takut dan cinta kepada Tuhan.
Pulang membawa perpaduan dan kemenangan.

Sembahyang membuatkan kita takut kepada Allah.
Juga cinta yang mendalam kepada-Nya.
Dengan taqwa itu, nafsu dapat dilembutkan.
Besar diri dapat dicabut dari hati kita.

Cinta pada Tuhan mencairkan rasa-rasa tamak, hasad dan gila dunia.
Kita akan balik berkasih sayang dengan sesama manusia.
Rukuk dan sujud umpama pil-pil yang mengubat
sakit degil, keras kepala dan mementingkan diri.

Kita jadi patuh, rendah diri dan bertolak ansur.
Rasa hina diri dan rasa hamba yang diperolehi
dari Tuhan akan mengajar kita bagaimana untuk
bersabar, redha dan mengalah sahaja dengan orang lain.

Lalu jadilah rukun-rukun sembahyang ini sebagai
modal besar untuk dapatkan perpaduan

Manakala TAQWA, PERPADUAN DAN KESELARASAN
itu pula adalah rahsia kejayaan mukmin mendapatkan
kemenangan di dua empayar dunia dan Akhirat.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s