Panduan Anak Sholeh

DAFTAR ISI

  • 01 Sistem Pendidikan Anak Soleh
  • 01a Anak Soleh Peringkat 0 2 Tahun
  • 02 Anak Soleh Peringkat 2 6 Tahun
  • 03 Anak Soleh Peringkat 7 9 Tahun
  • 04 Anak Soleh Peringkat 10 12 Tahun
  • 05 Anak Soleh Peringkat 13 18 Tahun

 

01 Sistem Pendidikan Anak Soleh

Tuntutlah ilmu sejak dari dalam buaian sehingga ke liang lahad.

 

Ertinya, apabila lahir saja seorang bayi ke dunia, pendidikan untuknya telah pun bermula. Guru pertamanya sudah pasti ibu dan bapanya sendiri. Justeru itu, seseorang yang hendak menjejakkan kaki ke alam rumahtangga mesti memperkemaskan diri dengan berbagai-bagai ilmu zahir dan batin. Ilmu yang dimaksudkan ialah ilmu yang dapat mendidik diri agar menjadi seorang yang beriman dan bertaqwa. Walaupun kita belum mencapai taraf taqwa, tapi sekurang-kurangnya sudah ada cita-cita untuk menjadi orang bertaqwa serta bercita-cita untuk melahirkan generasi yang soleh dan bertaqwa. Gabungan antara lelaki dan perempuan yang beriman dan bertaqwa atau pasangan ada cita-cita Islam ini maka wujudlah sebuah rumahtangga Islam yang berasaskan iman dan taqwa Mereka tentu akan mencorak anak-anak mengikut kehendak Islam.

Di sini dapatlah kita faham bahawa didikan secara tidak langsung sudah bermula sejak dari pemilihan jodoh. Inilah tahap pendidikan yang pertama. Tahap-tahap pendidikan seterusnya adalah:

  1. Semasa ibu mengandung
  2. Selepas bayi dilahirkan
  3. Peringkat umur 0 hingga genap 2 tahun
  4. Peringkat umur selepas 2 hingga 6 tahun
  5. Peringkat umur 7 hingga 9 tahun
  6. Peringkat umur 10 hingga 12 tahun
  7. Peringkat umur 13 hingga 18 tahun

Mendidik anak pada tahap-tahap di atas tidak sama di antara satu sama lain. Mungkin ada orang merasa pendidikan peringkat pertama tidak penting lalu dibiarkan begitu juga. Mungkin juga ada orang menganggap mendidik di peringkat awal pertumbuhannya lebih mudah danpada yang lainnya lalu mereka menurut saja kehendak anak-anak mereka. Anggapan beginilah yang menyebabkan pendidikan anak-anak di peringkat seterusnya menjadi sulit sebab anak-anak telah dirosakkan pada tahap awal lagi. Sebenarnya Islam menganggap pendidikan di peringkat awal lebih susah berbanding dengan pendidikan di peringkat balighnya.

Perlunya kita mendidik anak-anak sehingga menjadi anak soleh kerana:

  1. Setiap ibu bapa dipertanggungjawabkan atas cara hidup anak-anak mereka di dunia dan akhirat.

Firman Allah: “Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah diri kamu dan ahli keluarga kamu dari azab api Neraka.”

Sabda Nabi SAW: “Setiap bayi dilahirkan di atas fitrah maka kedua ibu bapa merekalah yang menjadikan mereka Yahudi atau Nasrani atau Majusi.”

  1. Anak-anak soleh pembimbing rakan sebaya ke arah kebaikan.

Sabda Nabi SAW: “Seseorang itu mengikut cara hidup kawannya.”

Sabda Nabi SAW lagi: “Seseorang itu akan bersama dengan sesiapa yang mereka cintai ”

  1. Anak-anak soleh menjadi sebutan dan idola sesama mereka.

Sabda Nabi SAW: “Siapa yang menyukai sesuatu maka dia akan banyak menyebutnya.”

  1. Anak-anak soleh menenangkan hati ibu bapa dan masyarakat.

Firman Allah: “Wahai Tuhan kami, anugerahkanlah kami daripada isteri-isteri kami dan anak-anak kami permata hati kami dan jadikan kami pemimpin kepada orang yang bertaqwa. ”

  1. Anak-anak soleh menjadi aset berharga ibu bapa mereka di akhirat.

Sabda Nabi: “Apabila seseorang manusia meninggal dunia terputuslah seluruh amat ibadahnya kecuali tiga perkara: sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang mendoakannya,”

BAGAIMANA UNTUK LAHIRNYA ANAK SOLEH?

Proses melahirkan anak soleh sebenarnya bermula daripada sebelum perkahwinan lagi Proses pendidikan mengikut tahap-tahap itu ialah:

  1. Memilih Pasangan

Ciri-ciri pasangan pilihan:

  1. Beragama
  • Lihat dan selidik pengamalan syariat ayahnya dan datuknya terutama sembahyang.
  • Perhatikan akhlaknya bersama kawan-kawan, orang-orang tua.
  • Kaji amanah dan ketaatannya.
  1. Bukan saudara atau keluarga dekat
  • Tidak digalakkan (makruh) berkahwin dengan keluarga yang dekat (sepupu misalnya) kerana melemahkan IQ anak.
  1. Utamakan yang subur Rasul berbangga dengan ramainya umat.
  • Lihat bilangan ahli keluarganya untuk mengetahui kesuburannya.
  1. Utamakan gadis
  2. Pertunangan
  • Singkatkan tempoh pertunangan.
  • Bersungguh-sungguh memelihara syariat dalam tempoh pertunangan.
  • Pastikan ada muhram dalam setiap pertemuan.
  • Tidak bergaul bebas atau melakukan maksiat semasa bertunang.
  1. Perkahwinan
  2. Niat berkahwin hendaklah dibetulkan agar sesuai dengan syariat.

Antara niat-niat yang betul:

  • Berkahwin kerana hendak menegakkan sunnah Rasululullah SAW.
  • Berkahwin kerana hendak menggembirakan baginda SAW.
  • Untuk mendapat zuriat yang banyak dan soleh. solehah.
  • Ingin mendidik anak yang ramai supaya menjadi pejuang Islam yang berjaya membina empayar.
  1. Akad nikah
  • Pastikan kesohehan wali (yang benar-benar layak).
  • Carilah saksi-saksi yang benar-benar adil.
  • Minta kebenaran persetujuan pengantin perempuan sebelum bernikah.
  • Mahar yang rendah dan tidak menyusahkan bakal suami.
  1. Walimah/ Kenduri kahwin
  • Betulkan niat dan tujuan iaitu:
  • Semata-mata untuk menghebahkan perkahwinan agar diketahui umum.
  • Mendapat doa dari yang hadir.
  • Majlis perkahwinan hendaklah:
    • Tiada percampuran bebas lelaki dan wanita.
    • Tiada makanan yang diharamkan.
    • Tiada hiburan yang melalaikan. Gantikan dengan nasyid pembangun jiwa.
    • Tiada pendedahan aurat pengantin dan pelanggaran syariat.
  1. Sewaktu hubungan suami isteri

Hendaklah menjaga adab-adabnya seperti:

  • Pasang niat untuk mendapat yang soleh/solehah.
  • Menggunakan selimut.
  • Kedua-duanya hendaklah berdoa seperti berikut: Ertinya:Ya Allah, jauhkanlah kami dari gangguan syaitan, dan jauhkanlah syaitan daripada apa yang Engkau rezeki kan (anak) kepada kami. “
  1. Pergaulan suami isteri

Pergaulan suami-istri juga hendaklah dijaga agar benar-benar dalam keadaan yang diredhai Allah antaranya:

  1. Perbualan mereka adalah:
  • Mengenai Allah dan Rasul
  • Iman dan Islam
  • Pendidikan anak-anak
  • Perjuangan Islam dan lain-lain
  1. Sikap dan perbuatan:
  • Berkasih sayang
  • Bertanggung jawab
  • Bertolak ansur
  • Bekerjasama
  • Hormat-menghormati
  • Meminta maaf ketika bersalah
  • Memaafkan ketika pasangannya bersalah
  • Menerima pasangan dengan seadanya
  • Redha-meredhai
  • Memberi hadiah jika mampu
  • Doa-mendoakan
  • Hibur-menghiburkan

Sebenarnya semasa janin membesar lebih-lebih selepas kandungan berusia enam bulan, ia adalah makhluk yang cergas dan mampu mengesan berbaga perkara, antaranya:

  1. Janin boleh melihat, mendengar dan belajar di dalam kandungan.
  2. Janin dapat maklumat secara terus dari ibunya perasaan gelisah, kebimbangan yang sukar diatasi sudah memberi kesan buruk kepada peribadi bayi sebelum lahir. Sebaliknya perasaan seperti riang gembira dan pengharapan memberi satu galakan dalam perkembangan emosi yang sehat bagi bayi itu.
  3. Perasaan bapa (suami) kepada ibu (isteri) dan anak yang dikandungnya juga adalah di antara faktor terpenting yang menjamin kejayaan dan kesempurnaan kandungan dalam rahim.

Berdasarkan sensitifnya perasaan janin itu, para ibu bapa perlulah:

  1. Mengambil berat soal-soal kebaikan dan dalam masa yang sama menjauhi keburukan.
  2. Yang paling utama, si ibu hendaklah selalu bersangka baik dengan Allah. Untuk itu berdoalah kepada Allah agar anak yang sedang dikandung itu menjadi anak soleh, berilmu, beramal dan bertaqwa
  3. Banyakkan membaca Al Quran dan menghayati isinya terutama Surah At Taubah, Surah Maryam, Surah Yusuf dan Surah Luqman
  4. Surah-surah itu sebaik-baiknya dibaca di waktu lepas sembahyang Subuh dan sebelum tidur
  5. Bacalah di samping mengharapkan anak yang dikandung itu selamat dan mudah dilahirkan.
  6. Membaca dan menghayati kisah-kisah orang soleh zaman dahulu.

Secara ringkas, seorang ibu yang sedang mengandung itu hendaklah menjaga:

  1. Penglihatan
  2. Pendengaran
  3. Percakapan
  4. Makan minum
  5. Sikap
  6. Selepas Bayi Dilahirkan

Dalam menyambut kelahiran sebaik-baiknya hendaklah:

  • Melahirkan bayi di klinik orang Islam yang mementingkan syariat.
  • Disambut dengan azan dan iqamah.
  • Diadakan aqiqah dan diberi nama yang baik (sunat dilakukan pada hari ketujuh)
  1. Diazankan

Hendaklah diazankan di telinga kanannya dan diiqamatkan di telinga kirinya bagi kanak-kanak lelaki. Bagi kanak-kanak perempuan hendaklah diiqamatkan di kedua-dua telinganya. Ibnu Abbas r.a. ada menceritakan: Bahawa Nabi SAW mengazan di telinga (kanan) Hasan pada hari dia dilahirkan dan iqamah di telinga kirinya.

  1. Mendoakannya

Setelah diazankan, iringi dengan doa agar anak itu beroleh berkat. Sebaik-baik doa ialah doa yang pernah didoakan oleh Rasulullah: “Aku berlindung dengan kalimah Allah yang sempurna daripada segala syaitan dan gangguannya dan setiap penggoda yang jahat” (Riwayat al Bukhari)

  1. Mentahnik

Untuk lebih berkat lagi hendaklah dipanggil seorang yang soleh lagi bertaqwa agar diusapkan jarinya di lelangit mulut bayi itu dengan benda manis. Aisyah r.a menceritakan: “Bahawa Rasulullah SAW apabila dibawakan kepadanya bayi-bayi, maka didoakan keberkatan mereka dan diusap lelangit mulut mereka.” (Riwayat Muslim)

Ini adalah didikan awai yang amat berkesan.

Mereka sejak dari kecil lagi telah diperkenalkan dengan Allah dan Rasul-Nya melalui azan dan iqamat

Doa yang dibacakan itu juga adalah sebagai pendidikan secara tidak langsung.

Doa sebagai pengharapan ibu bapa kepada Tuhan agar Dia mendidik dan memelihara anaknya itu menjadi anak yang soleh.

Doa juga sebagai latihan awal ke arah menjadi hamba yang tawadhuk. Seorang hamba yang baik sentiasa merendah diri dan merasa hina di hadapan Allah. Mereka merasa lemah dan berdosa terhadap Allah, lalu dengan itu doa selalu dipanjatkan. Perasaan begini akan berkesan kepada jiwa anak itu, semoga mereka menjadi baik akhlaknya.

  1. Kewajiban pada hari ketujuh

Apabila bayi itu memasuki umur tujuh hari maka disunatkan kepada ibu bapa supaya:

  1. Mengaqiqahkan untuk anaknya.

Anak lelaki – dua ekor kambing atau 2/10 bahagian lembu.

Anak perempuan – seekor kambing atau 1/10 bahagian lembu.

  1. Mencukur rambutnya.

Pada hari itu juga disunatkan mencukur rambut anak itu keseluruhannya, sama ada anak itu lelaki mahupun perempuan. Sabda Rasulullah SAW: “Setiap anak itu dilahirkan tergadai sehinggalah disembelih kan aqiqahnya pada hari yang ketujuh selepas kelahirannya, dicukur rambut dan diberikan nama yang baik untuknya.” (Riwayat Abu Daud)

Rambut yang dicukur itu hendaklah ditimbang dan berat rambut itu dinilai dengan berat emas. Nilaian emas itu disedekahkan kepada golongan yang memerlukan.

  1. Memberi nama kepada anak.

Menurut Hadis di atas, pada hari itu barulah diisytiharkan nama kepada anak itu. Nama yang dipilih hendaklah nama yang elok. ia bukan sekadar sedap disebut dan didengar tetapi juga mempunyai erti yang baik. Pilihan nama yang baik adalah merupakan satu pengharapan dan doa ibu bapa agar anaknya menjadi sebaik nama yang diberi itu.

Rasulullah ada memberi panduan

“Berikanlah nama anak kamu dengan nama nabi-nabi, sungguhpun begitu mama yang paling disukai Allah ialah nama Abdullah dan Abdur Rahman, manakala nama yang paling sesuai lagi elok ialah Haris dan Hammam.” (Riwayat Abu Daud dan Masai)

Nama yang kita pilih itu hendaklah disertakan dengan niat agar anak kita itu menjadi seperti peribadi Sahabat atau salafussoleh yang memiliki nama tersebut Tradisi memilih nama yang berunsur Barat atau hasil gabungan nama ibu dan ayah sepatutnya tidak diulangi lagi. Umat Islam mempunyai nama yang tersendiri

Kewajipan memberi makanan yang bersih

Makanan yang dimakan akan mempengaruhi hati Makanan yang halal akan menjadikan seseorang itu baik. dan sebaliknya makanan yang haram akan menggelapkan hati dan membentuk seseorang menjadi jahat.

Oleh kerana itu pemakanan anak anak hendaklah diawasi sedari kecil lagi agar mereka tidak memakan makanan yang haram atau syubahat. Makanan haram yang dimaksudkan di sini meliputi segala makanan yang diharamkan oleh Allah atau makanan yang dibeli dengan uang yang haram. Bagi ibu yang menyusukan anak hendaklah menjaga makanannya kerana terbentuknya susu itu berpunca daripada makanan yang ibu makan setiap hari.Seandainya susu ibu terbentuk dari bahan yang haram, ia akan memberi kesan kepada anak.

Tempoh masa untuk menyusukan bayi sehingga umurnya mencapai dua tahun. Ertinya, paling lama seorang anak itu menyusu ialah selama dua tahun Selepas dua tahun bolehlah ibu itu menghentikan susuan untuknya.

Ketika menyusu, anak paling hampir dengan ibunya; bayi itu dididik secara tidak langsung di ‘sekolah ibu’ dan sudah pasti banyak ilmu yang bayi itu perolehi seperti ilmu kasih sayang, latihan bercakap dan sebagainya. Setiap bayi yang dilahirkan ibarat kain putih, suci bersih. Mereka belum lagi dicorakkan dengan apa-apa corak. Oleh itu ibu bapa perlu menyiapkan diri dan bersedia menjadi pendidik. Mereka mestilah memahami tahap-tahap perkembangan kanak-kanak.

Tahap yang paling penting ialah di peringkat 0-2 tahun dan peringkat 3-6 tahun.

 

Artikel ini adalah bagian dari buku Panduan Anak Soleh yang berisi panduan-panduan untuk anak soleh dari Abuya Syeikh Ashaari bin Muhammad At Tamimi

 

01-a Anak Soleh Peringkat 0 2 Tahun

 

Beri sepenuh kasih sayang kepadanya dan zahirkan kasih sayang itu dengan cara memeluk, mencium, membelai dan sebagainya. Jaga pendengarnya daripada muzik-muzik yang melalaikan atau lagu-lagu yang sia-sia, sebaliknya alunkan nasyid, tahlil, selawat dan zikir ketika mendodoinya

Mendidik di tahap-tahap ini tidak boleh dipandang remeh, malah menurut kata Imam Al Ghazali:

“Metod untuk melatih kanak-kanak adalah salah satu dari hal-hal yang amat penting . Dan anak merupakan amanat yang dipercayakan kepada ibu bapanya. Hatinya yang masih murni itu merupakan permata yang amat berharga, sederhana, dan bersih dari ukiran dan gambaran apa pun. Ia dapat menerima setiap ukiran yang digoreskan padanya, dia akan condong ke arah mana dia kita condongkan. ”

Oleh sebab itu, apabila dia kita biasakan dan ajari dengan yang baik nescaya dia akan memperoleh kebahagian dunia dan Akhirat, manakala ibu bapanya, gurunya dan pendidiknya pun akan turut berbahagia pula bersamanya. Sebaliknya, apabila dia kita biasakan dengan sifat yang jelek dan dibiarkan begitu saja, maka dia akan celaka dan binasa. Dan semua tanggungjawab dalam hal itu terletak pada pundak pengasuhnya dan walinya.

Kata Imam Ghazali lagi:

“Walinya berkewajiban:

  • menjaga anak tersebut dari segala dosa
  • mendidik dan mengajarnya dengan budi pekerti yang luhur
  • menjaganya agar tidak bergaul dengan teman yang nakal

janganlah sampai merosakkannya dengan kesenangan

janganlah mendorongnya untuk mencintai perhiasan yang serba indah dan barang mewah, ini akan menyebabkan dia setelah dewasa kelak akan menghabiskan usianya untuk mencari kesenangan dan kemewahan itu semata-mata ”

 

02 Anak Soleh Peringkat 2 6 Tahun

 

RUMAHTANGGA dan sekolah adalah dua institusi yang berpengaruh daiam pembentukan anak-anak di peringkat ini. Mereka mendapat bimbingan terus daripada:

  1. Ibu bapa
  2. Guru-guru tadika

Peringkat ini dinamakan pendidikan pra-sekolah. Sebenarnya pendidikan di peringkat ini adalah lebih mencabar kerana kanak-kanak tersebut sudah mula boleh bercakap dan menilai. Mereka ibarat cawan kosong yang bersedia menerima apa saja yang dituangkan ke dalamnya atau umpama kain putih yang sedia untuk dicorakkan apa saja di atasnya. Kalau perkara itu baik maka baiklah yang diterimanya, begitu jugalah sebaliknya.

Oleh itu dalam mendidik mereka hendaklah diberi penekanan kepada tiga aspek iaitu:

  1. Mendidik roh atau hatinya
  2. Mendidik jasmani
  3. Mendidik akal
  4. Mendidik Roh atau Hatinya
  • Di peringkat umur ini ibu bapa wajib menanamkan asas-asas keimanan seperti memperkenalkan mereka kepada Allah dan sifat-sifat-Nya. Kenalkan sifat pengasih, penyayang, pengampun dan lain-lain terlebih dahulu barulah kenalkan sifat Qahhar, Jabbar dan lain-lain.
  • Kenalkan juga nama-nama rasul dan sifat-sifatnya, akhlak dan peribadi baginda sehingga anak-anak cintakan Rasul serta suka mengamalkan Sunnah baginda
  • Kenalkan nama-nama malaikat dan tugas tugasnya. Pendek kata, segala yang terkandung dalam Rukun Iman yang enam sudah diketahui dan dihayati oleh mereka.

Untuk menyampaikan ilmu ini semua, bolehlah dilakukan dalam berbagai cara mengikut daya kreativiti pendidik. Sekurang-kurangnya terdapat tiga pendekatan yang berkesan:

  1. Memberi maklumat dalam perbuatan biasa.
  2. Bercerita.

iii. Bernasyid. sama ada ibu bapa sendiri atau melalui kaset-kaset nasyid dan vcd nasyid yang boleh mendidik jiwa dan mental anak-anak.

Selain dari itu, ibu bapa juga hendaklah menitikberatkan perkara-perkara berikut:

  • Bersembahyang jemaah di tempat yang boleh dilihat oleh anak-anaknya. Sebaik-baiknya ada bilik sembahyang di rumah.
  • Ibu bapa atau pendidik hendaklah menunjukkan sifat-sifat terpuji untuk diteladani oleh anak-anak. Kanak-kanak memang mudah mendapat ilmu melalui meniru perbuatan orang lain, maka segala perbuatan baik yang kita lakukan akan mudah diikutnya.
  • Para pendidik terutama ibu bapa dan guru-guru janganlah melakukan kejahatan atau memperlihatkan pekerti buruk terutama di hadapan anak-anak kerana mereka juga akan menirunya.
  • Kita tidak boleh nafikan bahawa sifat-sifat nafsu yang keji memang sukar untuk dibuang terus dari hati, tetapi demi untuk mencapai pendidikan yang baik, maka ibu bapa hendaklah melatih untuk mengekang nafsu tersebut dan melatih untuk mengikisnya.
  • Para ibu bapa yang bercita-cita menjadikan anaknya berakhlak mulia, pilihlah nurseh atau taman didikan kanak-kanak yang watak pendidiknya mempunyai ciri-ciri akhlak mulia dan boleh mendidik anak-anak kita. Moga-moga dengan gabungan pendidik tersebut dengan ibu bapa yang baik itu menjadikan anak itu anak yang soleh juga.
  1. Aspek Jasmani

Aspek jasmani tidak kurang pentingnya kerana ada pepatah menyebut: Akal yang sihat dari badan yang sihat.

Demikian juga ada maksud Hadis yang menyebut

“Allah lebih menyukai orang mukmin yang kuat ”

Anak-anak di peringkat ini memang sentiasa suka bermain tidak kira masa dan apa saja. Namun ibu bapa hendaklah mengawasi mereka agar mereka tidak membuat perkara-perkara yang membahayakan. Contoh aktiviti yang membahayakan:

  1. Bermain dengan alat permainan yang tajam atau lain-lain yang membahayakan.
  2. Bermain sehingga lupa hendak balik ke rumah, lupa makan, lupa mandi dan lain-lain
  3. Masih bermain di waktu senja.
  4. Bermain di waktu malam.

Beri pemakanan yang seimbang dan berkhasiat. Elakkan anak-anak daripada memakan makanan ringan yang tidak berkhasiat.

Disiplinkan masa tidur mereka. Elakkan anak-anak daripada tidur selepas Subuh dan selepas Asar Galakkan mereka tidur qailulah (20 -30 minit sebelum Zuhur).

Melatih mereka agar menjaga kebersihan diri seperti:

menyikat gigi

mandi

memotong kuku dan lain-lain

Melatih adab-adab, antaranya:

  1. Adab dengan orang tua

Maksud orang tua di sini ialah ibu bapa, guru-guru, abang dan kakak dan orang-orang tua. Di antara adabnya ialah:

  1. Memberi salam ketika bertemu.
  2. Berjalan di belakang atau di sisi mereka. Tidak mendahului mereka.
  3. Bertanyakan khabar.
  4. Bercakap perkara yang baik-baik.
  5. Menjawab pertanyaan dengan sopan.
  6. Kurangkan bercakap daripada mereka.
  7. Tidak mengeluarkan perkataan yang kesat, menghina atau tidak menghormati mereka.
  8. Tidak meninggi suara di hadapan mereka.
  9. Berusaha menunaikan suruhan atau permintaan mereka.
  10. Sentiasa ingin menghiburkan mereka.

Adab-adab ini perlu dilatih dan diingat-ingatkan sejak kanak-kanak itu pandai bercakap. ia hendaklah sentiasa diawasi lebih-lebih lagi setelah umur anak-anak mengingkat ke empat tahun. Kanak-kanak di peringkat itu memang suka bertanya kerana ingin tahu.

  1. Adab makan dan minum

Suruh mereka membasuh kedua-dua belah tangan sebelum makan walaupun tangan tidak kotor. Membaca doa sebelum makan, sekurang-kurangnya bacalah:

Ertinya: “Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Penyayang.

Sebaik-baiknya bacalah: Ertinya: “Ya Allah, berkatilah rezeki yang Engkau kurniakan kepada kami dan peliharalah kami dari azab Neraka.”

Mengambil makanan yang terdekat terlebih dahulu (kali yang kedua baru boleh mengambil yang lain) dan ambillah dengan tangan kanan.

Kecilkan suapan.

Mengunyah makanan hingga hancur sebelum menelan.

Mengikut Imam Ghazali, makanan perlu dikunyah sebanyak 40 kali.

Elakkan memandang kawan yang sedang makan bersama kerana ini boleh menyebabkan dia merasa tidak selesa.

Jangan makan secara bersandar.

Makan setelah merasa lapar.

Elakkan makan ketika kasih kenyang.

Berhenti makan apabila terasa kenyang (lebih baik lagi kalau berhenti sebelum kenyang).

Pungut sisa makanan yang terjatuh di luar (disunatkan melapik kain saprah yang bersih supaya makanan yang jatuh boleh dipungut dan dimakan).

Menjilat jari setelah selesai makan.

Akhirnya baca doa puji-pujian kepada Allah yang telah memberi rezeki.

Ertinya: “Segala puji bagi Tuhan yang telah mengurnia-kan makanan dan minuman kepada kami dan menjadikan kami dari gotongan orang-orang Islam.”

Adab minum:

  1. Membaca Bismillah dan doa seperti di atas.
  2. Tidak minum dalam keadaan berdiri.
  3. Memegang gelas atau bekas minuman dengan tangan kanan.
  4. Minumlah seteguk demi seteguk dan berhenti mengambil nafas.
  5. Tidak melepaskan nafas di dalam gelas.
  6. Ucapkan pujian kepada Allah setelah selesai minum.

Adab-adab ini hendaklah selalu diawasi oleh ibu bapa atau pendidiknya. Kanak-kanak memang mudah melupakan adab-adab makan dan minum. Mereka mudah sahaja untuk makan dan minum sambil berdiri bahkan sambil berjalan dan berlari. Oleh itu setiap kali mereka melakukan kesilapan, teruslah ditegur. Jika selalu diberi teguran, lama-kelamaan mereka akan terbiasa dengan adab tersebut.

Adab-adab ini penting demi menjaga kesihatan mereka supaya stabil atau seimbang. Sifat banyak makan, suka kemewahan dunia dan suka meminta minta adalah akhlak yang buruk. Dari itu kawal makan minumnya dan berikan makanan yang sederhana. Elakkanlah dan melayan segala permintaannya. Kanak-kanak jika sekali dilayan kehendaknya, akan dimintanya selalu. Makanan yang taratur dan terancang akan melahirkan anak-anak yang cergas dan sihat

  1. Adab masuk tandas

Kanak-kanak di peringkat ini memang belum pandai untuk menggunakan tandas dengan baik Ibu atau bapa memerlukan kesabaran dalam melatih mereka menggunakan tandas dengan betul dan beradab sesuai dengan kehendak Allah dan Rasul.

Anak-anak yang tidak didisiplinkan sejak kecil dalan menggunakan tandas, ia akan terbawa-bawa hingga mereka dewasa kelak. Cuba kita lihat, tandas-tandas awam banyak yang kotor dan berbau busuk termasuklah tandas-tandas di masjid-masjid. Padahal kalau setiap orang ada rasa tanggungjawab tentu tidak terjadi sedemikian Oleh itu kitalah yang mesti mengajar anak-anak menggunakan tandas dengan betul.

Setiap umat Islam mestilah tahu bagaimana menjaga tandas agar sentiasa bersih. Islam adalah agama yang bersih dan cantik. Allah sendiri bersih dan cantik.

Rasulullah SAW ada bersabda:

“Kebersihan sebahagian dari iman.”

Malanglah kalau umat Islam mengabaikan soal kebersihan ini. Di hari ini umat Islam sepatutnya merasa malu kepada orang yang bukan beragama Islam kerana mereka sungguh teliti tentang kebersihan. Di sesetengah negara bukan Islam, tandas mereka pun bersih, betapalah tempat tidur mereka. Oleh kerana itu, para ibu bapa serta pendidik diharapkan dapat mengambil perhatian serius dalam soal ini agar kanak-kanak Islam kini dilatih menjaga kebersihan.

Umat Islam tentu lebih baik dari orang bukan Islam, sebab itu soal masuk tandas pun diajar oleh Islam. Lihat, mana ada agama di dunia selain Islam yang mengajar adab masuk tandas. Ternyatalah Islam lebih serius. Di sini diturunkan beberapa adab masuk tandas supaya mudah para ibu atau pendidik melatih anak mereka.

Adab masuk dan keluar tandas

  1. Menutup kepala.
  2. Memakai alas kaki.
  3. Membaca doa masuk tandas. Ertinya: “Aku berlindung dengan Allah dari syaitan jantan dan syaitan betina.” Jika terlupa membaca doa setelah masuk ke tandas, boleh membaca (di dalam hati) apabila teringat.
  4. Masuk dengan mendahulukan kaki kiri.
  5. Keluar dengan kaki kanan.
  6. Tidak membuang air sambil berdiri.
  7. Tidak bercakap ketika membuang air.
  8. Tidak membawa benda-benda mulia ke dalam tandas. Misalnya buku-buku atau kitab-kitab untuk dibaca di dalam tandas (sebagaimana dilakukan oleh sesetengah orang bukan Islam) termasuklah kertas, kain atau lain-lain yang bertulis ayat-ayat Al Quran.
  9. Tidak boleh membaca Al Quran atau menyebut nama Allah, para Sahabat atau nama-nama orang soleh di dalam tandas.
  10. Berdehem apabila membuang air kecil supaya kencing benar-benar tos.
  11. Membasuh kaki sebelum keluar.
  12. Membaca doa setelah keluar dari tandas.

Ertinya: “Segala puji bagi Allah yang menghilangkan kekotoran padaku dan menyihatkan aku. ” Adab ini hendaklah dilatih selalu pada anak-anak terutamanya setelah mereka mencapai umur 4 tahun, la tentulah memakan masa yang agak lama untuk mereka menjadikannya amalan biasa. Para ibu atau pendidik tidak boleh jemu dalam melatih mereka, sebab kalau kita gagal mendidik dan melatih mereka bererti akan berlanjutanlah umat islam yang tidak dapat menilai pentingnya kebersihan sehingga hilanglah keindahan dan kecantikan Islam Itu.

  1. MENDIDIK AKAL

Perkembangan akal kanak-kanak sebenarnya sudah mula aktif sejak dari dalam rahim lagi. Seteiah lahir ke dunia, mereka iebih terdedah kepada ilmu pengetahuan, maka akal mereka mula menyimpan maklumat. Maklumat ilmu yang pertama ialah huruf ‘M’, sebab itu kanak-kanak dari apa bangsa pun akan me nyebut. ‘ma’ atau ‘mi’ atau ‘mak’ gelaran untuk ibunya. Dari situlah berkembangnya akal mereka sehingga boleh menguasai bahasa ibundanya. Betapalah anak-anak di peringkat 2 hingga 6 tahun ini. Mereka mudah menangkap apa saja yang dilihat, didengar dan dirasa.

Sehubungan dengan ini, ibu bapa hendaklah:

  • Mengawasi anak agar tidak berkawan dengan kanak-kanak yang bersikap negatif. Ini untuk mengelak mereka daripada mendapat maklumat ilmu yang negatif seperti kata-kata carut-marut dan kata-kata kesat
  • Ibu bapa perlu menjaga percakapan mereka sendiri agar tidak terkeluar ucapan-ucapan yang tidak elok, apatah lagi kata-kata kesat ketika bertengkar dan seumpamanya. Setiap ucapan kita itu akan ditiru oleh anak-anak.
  • Kanak-kanak dalam usia 4-6 tahun tentu lebih serius diberi perhatian dalam pergaulan bahasa banyak diperolehi semasa usia ini hasil pergaulan dengan kawan-kawannya. Ibu bapa perlu memerhatikan bahasa percakapannya apakah lunak atau kesat. Jika ada yang kesat segeralah betulkan.

Perkembangan akal juga akan bertambah baik jika didedahkan kepada alam semula jadi. Mengurung mereka di dalam rumah semata-mata akan menyempitkan perkembangan akalnya. Oleh itu sesekali eloklah keluar bersama anak anak melihat alam semesta ini, biar mereka melihat keajaiban ciptaan Allah.

Jika perkembangan akalnya cergas, pasti dia akan bertanya kepada ibu bapanya: Apa, mengapa, ke mana dan dan mana? Soalan itu hendaklah dilayan dengan baik dengan jawapan yang betul lagi memuaskannya.

Selain dari itu juga bolehlah diberikan beberapa buku terutama buku yang bergambar. Buku cerita bergambar amat berkesan kepada mereka walaupun mereka tidak mampu membacanya. Ibu atau bapa sebaiknya memandu mereka untuk memahami cerita itu. Latihan begini amat diperlukan menjelang mereka memasuki alam persekolahan secara langsung

 

Taman Didikan Kanak-kanak

Kanak-kanak yang berusia 5-6 tahun telah pun masuk ke alam mumaiyiz. Mereka sudah boleh membezakan antara buruk dan baik, di antara suruhan dan tegahan dan sebagainya.

Didikan utama di peringkat ini ialah:

  1. Menanamkan dan menyuburkan sifat malu ke dalam din mereka.
  2. Melatih adab-adab seperti cara makan dengan betul, cara bergaul dengan kawan-kawan dan lain-lain.
  3. Membimbing akhlak mereka.
  4. Mengawasi tindakan mereka agar tidak melakukan perkara yang melanggar syariat.
  5. Membiasakan mereka dengan melakukan ibadah sembahyang.

Dalam usia ini juga mereka patut dimasukkan ke alam pra sekolah. Mereka hendaklah dididik dan dilatih agar terbiasa dengan alam persekolahan, terbiasa dengan pergaulan dan terbiasa menggunakan peralatan persekolahan. Pendidik di taman-taman didikan ini adalah sebagai pengganti ibu bapa, maka peranan mereka tentulah sama seperti peranan ibu bapa juga

Artikel ini adalah bagian dari buku Panduan Anak Soleh yang berisi panduan-panduan untuk anak soleh dari Abuya Syeikh Ashaari bin Muhammad At Tamimi

 

 

03 Anak Soleh Peringkat 7 9 Tahun

 

DALAM usia ini, kanak-kanak telah pun mula menjejak kaki ke alam persekolahan secara rasmi. Di sekolah, mereka dididik secara langsung oleh guru-guru. Pengalaman semasa di taman didikan kanak-kanak dulu menjadikan alam persekolahan tidak asing lagi bagi mereka. Dan alam persekolahan ini tentu lebih menyeronokkan malah mencabar.

Guru adalah pendidik terpenting selepas ibu bapa. maka guru hendaklah betul-betul mengambil alih tugas ibu bapa semasa di sekolah. Apa yang diajar oleh ibu bapa di rumah hendaklah bersambung di sekolah juga. Ertinya selain memberi ilmu mengikut sukatan mata pelajaran rasmi di sekolah, guru hendaklah mengasuh dan mendidik mereka agar menjadi anak soleh. Ertinya pendidikan rohani murid mesti berlaku di sekolah, tidak cukup menyampaikan ilmu semata-mata.

  1. Membimbing akhlak mulia

Seorang pendidik yang memiliki akhlak mulia lebih mudah mendidik murid-muridnya agar berakhlak mulia. Dirinya akan menjadi contoh dan ikutan kepada anak muridnya.

  1. Latihan Berakhlak Baik Terhadap Guru.

Pertama-tama yang perlu dilatih pada usia ini ialah adab belajar terutama semasa berhadapan dengan guru:

  1. Mulakan beri salam kepada guru.
  2. Kurangkan bercakap kecuali apabila diminta bercakap.
  3. Berdiri menghormati guru apabila guru hendak keluar.
  4. Jangan membanding-bandingkan pendapat guru dengan guru yang lain di hadapannya
  5. Ketika guru sedang mengajar, jangan berbual dengan kawan-kawan.
  6. Jangan menyanggah pendapat guru dengan sikap atau perbuatan.
  7. Jangan bertanya kepada guru di saat dia tidak bersedia untuk menjawabnya. Ini boleh jadi ketika itu dia sedang menyampaikan ilmu, waktu dia letih atau waktu ada perkara lain yang sedang difikirkan.
  8. Muliakan guru dengan mencium tangannya.
  9. Tidak mengata ngata guru di belakangnya
  10. Menghormati keluarga guru.
  11. Mendoakan guru.

Adab-adab ini hendaklah selaiu diingat-ingatkan supaya menjadi satu amalan biasa. Adab-adab ini jika dipatuhi akan menjadikan ilmu yang dipelajari itu berkat.

  1. Latihan Menghadapi Makanan

Dalam soal makan, pendidik eloklah mencerca kanak-kanak yang kuat makan di hadapan kawannya

Tujuannya supaya ia terasa malu dan segera membuat perubahan. Mereka di peringkat ini memang banyak sifat tercela dalam soal makan, di antaranya:

  1. Suka makan.
  2. Banyak makan.
  3. Sentiasa hendak makan.
  4. Terlalu memilih makanan

Sifat-sifat ini tidak boleh dibiarkan tumbuh membiak dalam jiwa mereka; ia mesti dikawal. Caranya ialah dengan mengenakan disiplin yang ketat. Di antaranya:

  1. Jangan membiasakan mereka makan makanan yang mewah dan sedap.
  2. Biasakan sikap mendahulukan orang lain sebelum menyuap makanan.
  3. Jangan membiasakan mereka memandang tepat pada makanan.
  4. Tanamkan perasaan berpuas hati dengan makanan yang dihidang.

Disiplin seperti ini akan menjadikan mereka tidak gelojoh atau rakus dengan makanan. Amalan ini bukan saja untuk zaman kanak-kanak malah patut dikekalkan sehingga dewasa kelak.

  1. Latihan Menghormati Orang Tua

Dalam soal menghormati orang tua, anak-anak hendaklah dilatih supaya mematuhi beberapa adab. Adab ini hendaklah diingatkan selalu sama ada dengan contoh yang baik dari ibu bapa atau gurunya mahupun melalui teguran Bentuk latihan yang boleh dibuat ialah:

  1. Latih anak-anak agar sentiasa bersikap malu dengan orang yang lebih tua darinya.
  2. Latih anak-anak supaya berlemah-lembut ketika berbual dengan orang yang lebih tua.
  3. Latih anak-anak supaya sentiasa mendengar tutur kata orang tua dengan penuh perhatian.

Latihan ini penting supaya mereka tidak melakukan perkara yang kurang sopan atau kurang manis di hadapan orang-orang tua.

  1. Latihan Sembahyang

Sabda Rasulullah SAW: “Suruhlah anak kamu yang berusia tujuh tahun melakukan sembahyang, dan pukullah mereka (jika mereka enggan) apabila sudah berusia sepuluh tahun.”

  • Disiplinkan mereka bersembahyang tepat pada waktunya. Ini mungkin agak susah sebab itu latihan ini mesti dilakukan secara serius Jika mereka sudah terbiasa dengan sembahyang diawal waktu sejak kecil lagi maka apabila dewasa kelak pasti ia menjadi mudah dan mereka akan rasa bersalah kalau melewat lewatkan sembahyang
  • Latih mereka dalam soal bersuci seperti:

i.Kebersihan diri daripada najis dan hadas.

  1. Kebersihan pakaian daripada najis.

iii. Kebersihan tempat daripada najis.

  • Ajar dan tatih mereka berwudhuk.
  • Di peringkat ini anak-anak sepatutnya sudah tahu menghafal semua bacaan dalam sembahyang, yakni telah menguasainya di peringkat tadika. Jika anak kita belum menghafalnya maka kita wajib mengajar mereka bacaan-bacaan sembahyang
  • Galakkan anak-anak bersembahyang jemaah bersama-sama ibu bapa.
  1. Latihan Berpuasa

Puasa pada bulan Ramadhan eloklah digalakkan kepada anak-anak. Amalan puasa ini kalau tidak dibiasakan dari kecil nescaya akan menjadi berat kepada mereka di waktu dewasa kelak. Jika anak-anak kita merasa berat untuk berpuasa, kita boleh

  • Menggalakkannya berpuasa setengah hari.
  • Kemudian tingkatkan berpuasa penuh tapi berselang hari.
  • Dalam pada itu, elakkan menyimpan makanan di siang hari supaya jangan terbit keinginan anak-anak untuk makan.

Masyarakat Melayu agak beruntung kerana puasa sudah menjadi amalan biasa, ia disambut dengan gembira oleh semua lapisan masyarakat, baik kanak-kanak lebih-lebih lagi orang dewasa. Sepanjang bulan Ramadhan kantin sekolah tidak dibuka. Mahu tidak mahu mereka terpaksa berpuasa. Ini merupakan latihan yang agak baik. Cuma kita bimbang masyarakat akan datang menyangka ianya sebagai adat semata-mata. Akibatnya mereka melakukan sambil lewa saja

Atas kebimbangan ini, banyak lagi bentuk latihan yang perlu dibuat. Ini bergantung kepada kemampuan kanak-kanak tersebut.

Di antara bentuk latihan ialah

Menceritakan tujuan berpuasa selain daripada menunaikan perintah Allah, ia adalah untuk mendapat sifat-sifat taqwa seperti belas kasihan kepada orang susah, tawaduk, amanah, rasa diri sebagai hamba yang lemah, terasa syukur atas nikmat Tuhan selama ini dan lain-lain

Melatih anak-anak agar berpuasa lahir dan batin

Puasa lahir ertinya meninggalkan makan minum dan perkara-perkara yang membatalkan puasa serta menjaga diri agar tidak melakukan maksiat seperti mengumpat, mencuri, berbohong dan lain-lain.

Puasa batin pula ialah menjaga hati daripada sifat-sifat mazmumah yang keji seperti sombong, bakhil, gila dunia, gila puji. tamak, hasad dengki dan lain-lain.

Artikel ini adalah bagian dari buku Panduan Anak Soleh yang berisi panduan-panduan untuk anak soleh dari Abuya Syeikh Ashaari bin Muhammad At Tamimi

 

 

04 Anak Soleh Peringkat 10 12 Tahun

 

Kanak-kanak yang sudah berusia sepuluh tahun sudah masuk ke peringkat matang. Di usia ini, mereka sudah dapat menilai apa yang dilihat. Di usia ini juga mereka sudah boleh dipertanggungjawabkan dengan sesuatu tugas. Malah mereka sudah ada pengaruh dan boleh mempengaruhi orang lain.

Berdasarkan ini, maka munasabahlah Islam meminta ibu bapa dan pendidik memberi didikan serius kepada kanak-kanak di usia ini. Di sinilah didikan final sebelum memasuki alam baligh. Lihat sabda Rasulullah SAW

Suruhlah anak kamu bersembahyang diusutnya tujuh tahun, dan pukullah mereka di usia sepuluh tahun (Jika tidak mahu sembahyang).

Hadis ini menjelaskan bahawa pendidikan yang pernah dibuat dalam lingkungan umur 7 hingga 9 tahun itu mesti diteruskan lagi di peringkat ini. Bezanya, pendidikan di waktu itu hanya sekadar suruh dan bimbing agar mereka melakukan amalan baik itu tatapi di peringkat ini mesti ditekankan sedikit. Mereka yang masih mahu berdalih untuk tidak mahu melakukan amalan baik itu boleh dihukum dengan hukuman yang setimpal. Rasulullah menganjurkan agar mereka dipukul (rotan) dengan tujuan mendidik.

Perkara yang mesti diberi perhatian serius di usia ini ialah:

  1. Ibadah Sembahyang dan Puasa

Ibadah sembahyang dan puasa yang pernah diajar sebelum ini hendaklah dipertingkatkan kualitinya. Di peringkat ini anak-anak hendaklah disuruh

  1. Menghafal dan memahami erti bacaan dalam sembahyang supaya mereka faham apa yang mereka ucapkan itu.
  2. Memastikan mereka boleh bersembahyang dengan tertib. Setiap pergerakan dalam sembahyang mestilah tertib. Misalnya rukuknya, sujudnya, duduk antara dua sujud, duduk tahiyat dan lain-lain mestilah tertib.
  3. Memastikan mereka benar-benar tahu membezakan mana yang rukun, mana yang wajib. Demikian juga mereka sepatutnya benar-benar kenal perkara-perkara sunat, sunat ab’ad dan lain-lain dalam sembahyang.
  4. Dalam sembahyang berjemaah pula, di peringkat ini anak-anak sepatutnya sudah mampu mengikut imam dengan betul. Mereka tahu bagaimana mengikut imam ketika masbuk, ketika imam terlupa bilangan rakaat misalnya dan lain-lain.
  5. Namun sekiranya anak kita belum lagi dapat menguasai sembahyang sepenuhnya maka kita wajib memberikan bimbingan dan galakan kepada mereka. Bagi anak-anak yang masih liat untuk bersembahyang, kita wajib melatih mereka sehingga mereka tidak lagi mudah meninggalkannya. Demikianlah antara didikan yang perlu dilakukan untuk melatih anak-anak bersembahyang. Andainya kanak-kanak susah hendak menurut tunjuk ajar, mungkin sesekali melakukannya dan di lain masa mereka meninggalkannya, ibu bapa tidak boleh berdiam diri dengan membiarkan mereka tidak bersembahyang Di sinilah perlunya menggunakan kaedah pukul sebagaimana perintah Rasulullah di atas tadi.

Rasulullah menyebut “pukul” di sini sebagai jalan keluar ke arah penyelesaian terakhir. Ertinya perintah pukul itu bukanlah suatu yang mesti. Jika ada jalan lain yang tentu lebih ringan tetapi berkesan, eloklah digunakan. Andainya semua usaha tidak juga berhasil maka bolehlah dipukul.

Bagaimanapun, pukulan yang dimaksudkan bukan bermakna mendera mereka. Ada syarat-syaratnya pula dalam memukul anak. Antaranya:

  1. Tidak boleh memukul dalam keadaan marah dan hilang pertimbangan. Jika rasa marah, tangguhkan dulu hukuman. Rotanlah mereka sewaktu hati telah sejuk.
  2. Berniat merotan itu kerana Allah Taala di samping berdoa semoga dengan hukuman itu anak-anak akan insaf dan tidak mengulangi lagi perbuatan meninggalkan sembahyang.
  3. Tidak boleh memukul atau merotan di bahagian muka atau kepala atau bahagian-bahagian yang lembut sehingga boleh membahayakan mereka.
  4. Tidak boleh memukul sehingga mencederakan anak.
  5. Elok pukul di bahagian tapak kaki.
  6. Panduan Bersuci

Bersuci sudah pun diajar di sekolah, dalam hal ini mungkin sebahagian daripada murid-murid sudah mahir

Tapi guru atau ibu bapa tidak seharusnya merasa puas dengan kepandaian mereka, perhatikan terus terutama setelah mereka berumur sepuluh tahun. Ini penting kerana di umur itu mereka sudah hampir kepada balighnya yang mana waktu itu mereka akan dipertanggungjawabkan dengan segala hukum Islam.

Kalau mereka tidak dibiasakan dengan perlaksanaan hukum secara betul sebelum baligh, tentu menjadi susah untuk mereka melakukannya di waktu baligh.

Antara perkara yang perlu ditekankan dalam soal bersuci ialah:

Mengajar mereka cara mengambil air sembahyang dengan betul dan sempurna.

Perhatikan cara mereka membasuh anggota wudhuk dengan sempurna. Selagi tidak sempurna, suruh mereka mengambil semula wudhuk.

Cara menyuci pakaian dan tempat juga mesti diajar secara serius. Sesekali hendaklah disuruh mereka membasuh benda yang terkena najis. Perhatikan:

  1. Cara mereka membuang ain najis.
  2. Cara mereka membasuh benda atau tempat yang terkena najis.

Ajarkan juga tentang jenis-jenis air dan lain ilmu fardu ain yang berkaitan dengan bersuci.

  1. Panduan dalam Bergaul

Dalam soal bermasyarakat, ibu bapa mestilah mengawasi pergaulan anak-anak. Eloklah dilarang mereka berkawan dengan kanak kanak nakal atau jahat. Sebaliknya pupukkan rasa hormat cinta dan kasih kepada orang orang soleh Kalau sedari kecil mereka terdidik begitu, pastilah mereka akan berhati-hati dalam setiap tindakan sama ada percakapan atau perbuatan. Nanti bukan saja mereka menghormati orang tua dan orang soleh malah terhadap kawan sebayanya.

Untuk mencapai ke tahap itu, beberapa dalam pergaulan hendaklah diingatkan selalu kepada anak-anak:

  1. Jangan dibiasakan berludah atau membuang hingus di dalam sesuatu majlis atau di hadapan kawan atau di tengah ramai Sebaik-baiknya cari tempat yang terlindung seperti tandas untuk membuangnya.
  2. Janganlah dibiasakan duduk dengan menyilangkan kaki di atas kaki. Begitu juga dengan tangan, jangan dibiasakan menungkat dagu atau menyandarkan kepala ke atas lengan. Ini semua mewarisi sifat pemalas
  3. Kawal mereka agar jangan terlalu banyak bercakap kerana banyak cakap itu adalah sifat keji.
  4. Didik mereka agar tidak menghina atau memperkecilkan orang lain
  5. Jangan membiarkan mereka menghormati seseorang kerana kekayaannya
  6. Jangan membiarkan mereka bersifat sombong dengan kebolehan diri.
  7. Jika berlaku dalam sesuatu majlis persoalan mengumpat atau memfitnah orang lain, eloklah ditinggalkan saja majlis itu.
  8. Elakkan dari menceritakan kebolehan atau kepandaian diri, sebaliknya ceritakan kebaikan orang lain.
  9. Kurangkan bergurau senda kerana ia boleh membawa kepada keburukan. Ibu bapa dan para pendidik di sekolah seharusnya memainkan peranan yang serius agar sepanjang pergaulan sama ada sesama mereka mahupun dengan orang dewasa membuahkan akhlak yang mulia. Di peringkat latihan ini memang sering mereka tersalah tetapi kesalahan itu boleh dibetulkan dengan segera. Cuma perlu diingat, kaedah menegur mereka hendaklah berhikmah, misalnya:
  10. Mereka sudah ada sifat malu, oleh itu eloklah buat teguran secara umum di dalam kelas tanpa menyebut nama
  11. Tidak boleh menegur di khalayak ramai. Jika perlu menegur secara direct, tegurlah secara empat mata
  12. Memupuk Minat Membaca

Kanak-kanak di usia ini sudah boleh membaca dengan baik. Kepandaian mereka membaca itu hendaklah digalakkan ke arah minat membaca antaranya dengan:

  1. Menyediakan mini perpustakaan di rumah.
  2. Pandu anak-anak jenis-jenis buku yang elok dibaca, misalnya:
  • buku-buku sejarah perjuangan Rasulullah dan para Sahabat.

Anak-anak hendaklah dibimbing ke arah memahami:

  1. Cara perjuangan Rasulullah dan para Sahabat.
  2. Akhlak mulia mereka.
  3. Cara hidup mereka.
  4. Cara mereka menyelesaikan persoalan masyarakat.
  5. Cara mereka meningkatkan keimanan dan ketaqwaan.
  6. Kehebatan kepimpinan mereka.

Kesan dari pembacaan itu diharapkan mereka mencintai orang-orang soieh dan seterusnya mencontohnya.

Bacaan ringan yang bergambar (boleh menarik minat mereka untuk membacanya).Yang pentingnya bacaan itu dapat difahami dan dapat diambil iktibar.

  • Majalah kanak-kanak dan komik yang ada unsur-unsur didikan Islam.
  1. Selalu bersama mereka sewaktu membaca.
  2. Ambil berat soal pelajaran sekolahnya; lihat buku kerja sekolahnya dan uji ingatannya tentang pelajaran yang telah diajar. Peruntukkan waktu malam untuk itu supaya mereka merasa diberi perhatian, dan agar mereka tidak hanya leka menonton televisyen.
  3. Selain dari itu, mereka hendaklah digalakkan membaca Al Quran sekurang-kurangnya sekali dalam sehari. Ini jika mereka masih dalam penngkat belajar membacanya, tidak cukup hanya dengan membaca di tempat belajar saja. mereka mesti disuruh membacanya di rumah sekurang-kurangnya dua kali dalam sehari.
  4. Di kesempatan itu, ibu bapa hendaklah memahamkan kepada mereka maksud isi ayat yang dibaca itu.
  5. KANAK-KANAK MENJELANG BALIGH

Kanak-kanak sebelum memasuki alam balighnya akan mengalami sesuatu kelainan dari biasa, sama ada bagi kanak-kanak lelaki mahupun perempuan. Di antara yang ketara ialah:

  • Sudah ada perasaan malu.
  • Fizikal juga sudah ada perubahan ke arah tubuh orang dewasa.
  • Perempuan lebih cepat baligh dari lelaki, sebab itu kita dapat lihat kanak-kanak perempuan lebih dulu malu dari kanak-kanak lelaki yang sebayanya.
  • Jangkaan usia paling awal kanak-kanak perempuan baligh ialah 9 tahun, akan tetapi kebiasaannya pada usia 11-15 tahun. Manakala kanak-kanak lelaki pula baligh di usia 12-15 tahun.
  1. PENDIDIKAN SECARA PRAKTIKAL

Pendidikan yang tepat adalah pendidikan yang dilaksanakan untuk mendidik hakikat diri manusia, Ia merupakan didikan yang dilaksanakan secara saksama dan bersepadu dalam membina akal, nafsu dan roh manusia. Pendidikan ini sangat jauh berbeza jika dibandingkan dengan pendidikan Barat yang hanya menumpukan pembinaan akal, fizikal dan nafsu semata-mata Maka lahiriah manusia yang tidak seimbang antara pembangunan akal, roh dan nafsunya.

Pendidikan secara praktikal ini termasuklah:

  1. Bina insan melalui sembahyang
  • Rasulullah memerintahkan ibu bapa agar memulakan didikan dengan menyuruh anak-anak yang berumur tujuh tahun menunaikan sembahyang. Ertinya, didikan secara praktikal sudah bermula sejak usia tujuh tahun. Malah ibu bapa wajib memukul anak-anak jika mereka mencuaikan sembahyang apabila telah mencapai usia sepuluh tahun.
  • Oleh kerana persoalan sembahyang ini amat penting, ia mesti dilaksanakan secara berjemaah bersama ahli keluarga tanpa mengecualikan anak kecil kerana ia sangat mendisiplinkan seluruh kehioupan berkeluarga.
  • Sembahyang yang diatur dan diprogramkan secara berjemaah adalah satu cara terbaik untuk mendidik anak-anak kerana sembahyanglah yang dapat membina peribadi agung sebagaimana generasi salafussoleh zaman dahulu. Inilah kaedah yang paling tepat dalam memulakan didikan.
  • Melalui sembahyang yang benar-benar dihayati, akan lahir pada diri seseorang itu rasa bertuhan dan rasa kehambaan yang mendalam. Rasa bertuhan itu misalnya rasa hebatnya Tuhan, rasa gagahnya Tuhan, merasa betapa hebatnya kebesaran Tuhan, rasa Tuhan sentiasa melihat mendengar dan mengetahui apa saja yang bedaku pada dirinya Rasa kehambaan pula seperti rasa malu, rasa lemah, rasa dm hina dina. rasa harap kepada Tuhan, rasa takut kepada Nya dan lain lain.
  • Alhasil, lahirlah seorang penbadi yang kuat jiwanya serta berjiwa besar kerana sandarannya adalah kepada Tuhan yang Maha Gagah, lahirnya peribadi yang berani menegakkan kebenaran, rajin, sabar, berdisiplin dan lain-lain. Inilah peribadi-peribadi yang mampu membina kemajuan lahiriah dan rohaniah serentak sebagaimana generasi dahulu.
  1. Melatih kemahiran hidup

Anak-anak perlu dikenal pasti minat dan bakat mereka Kemudian bakat dan minat itu hendaklah dipupuk dan disuburkan.

Mari kita lihat bagaimana masyarakat Australia mengajar anak-anak mereka untuk hidup supaya menjadi bangsa yang maju dan mampu berdikari

Pelajar-pelajar sekolah dasar dibekalkan cake cup untuk dijual ketika keluar dari rumah menuju ke sekolah Manakala pelajar-pelajar sekolah menengah pula diajar supaya berdikari dengan bekerja di pejabat-pejabat setelah tamat waktu pengajian. Malah disokong pula oleh majikan-majikan premis di tempat mereka bertugas secara part-time. Mereka telah memulakan proses pembinaan bangsa sejak kecil lagi.

Berbeza dengan fenomena yang berlaku di Malaysia, siswazah-siwazah universiti yang mengambil bidang pertanian dan ekonomi masih belum tahu apa itu marketing. Sedangkan bangsa lain telah menguasai tampok ekonomi negara.

Sebenarnya, inilah yang perlu diterapkan pada para pelajar melalui kursus praktikal di dalam atau luar negera. Barulah mereka tahu bagaimana bangsa yang maju melatih anak bangsanya. Bermula dari situ, bukan saja pelajar dapat menguasai ilmu melalui praktikal malah pendidik dapat mencungkil sifat-sifat positif dan negatif yang tercetus ketika praktikal sedang dilaksanakan. Barulah pendidik boleh mengenal dan mendidik nafsu, akal dan roh mereka.

Sebab itu, kita dapat saksikan umat Islam yang mempunyai empat puluh buah negara pun tidak kuat ekonomi, ketenteraan dan politiknya Mengapa perkara sebesar (sistem pendidikan) ini tidak dikaji? Sepatutnya OIC bersidang untuk memikirkan dan menyelesaikan masalah ini. Bukan hanya sekadar memikirkan tentang minyak.

  1. KONSEP DEWASA MENURUT ISLAM

Mukallaf adalah seorang muslim, berfikiran waras dan telah mencapai usia baligh. Baligh merupakan turning point bermulanya tanggungjawab ke atas individu muslim tadi. Ia berlaku seawal-awalnya dari usia sembilan tahun dan selewat lewatnya lima belas tanun Jika kita kaji pandangan ulama sekarang mengenai hikmah baligh, mereka hanya mampu mengatakan bahawa ini adalah masa bermulanya kewajipan mendukung hukum Tuhan, dosa dan pahala. Tidak lebih dari itu.

Sebenarnya, di sebalik kejadian Tuhan ini ada hikmah yang besar dan tersirat yang mesti ditanami oleh para pendidik, ibu bapa dan pemimpin. Jadi, apakah isyarat Tuhan di sebalik perkara tersebut? Baligh ertinya seorang manusia yang telah dewasa dari segi batiniahnya sehingga diwajibkan untuk menunaikan perintah Tuhan dan meninggalkan larangan-Nya. Seolah-olah Tuhan ingin memberitahu kita bahawa didikan yang tepat semenjak kecil mendorong akal, nafsu dan roh untuk ikut dewasa bersama fitrah dan fizikalnya. Iru bermakna, usia baligh merupakan titik tolak bermulanya title dewasa bagi setiap individu Islam mahupun bukan Islam.

Tetapi kesan daripada didikan yang tidak seimbang, realiti yang berlaku sekarang sangat berbeza dengan apa yang dibuktikan oleh sejarah. Sebagai contoh, Sayidina Usamah bin Zaid telah dilantik sebagai panglima perang ketika umurnya lapan belas tahun Sekarang, usia panglima tentera tiada yang kurang dari empat pulun tahun. Hassan Al Basri, pada usia mudanya telah diktiraf oleh Sayidina Ali untuk mengajar ulama dan sahabat dalam Tafsir, Feqah, Tasawuf dan lain-lain sedangkan beliau dari Tabiin. Imam As Syafie pula telah dilantik menjadi mufti di Baghdad ketika berusia lima belas tahun.

Demikianlah contoh sejarah yang membuktikan kepada kita betapa pendidikan yang dilagangkan oleh orang-orang yang dilantik Tuhan sangat adil dalam meletakkan manusia pada tempatnya kerana sistem ini datang dari Tuhan yang menjadikan manusia dan semestinya Dia adalah Yang Maha Pakar dalam menentukan pendidikan yang tepat untuk mereka.

Itulah rahsia bagaimana Rasulullah SAW berjaya membina empayar dalam tempoh dua puluh tiga tahun sahaja. Tuhan beri isyarat dengan istilah baligh sebagai satu border kepada berakhirnya zaman kanak-kanak dan bermulanya zaman dewasa.

Para pendidik perlu tahu, bukan fisiologi sahaja yang dewasa tetapi roh dan akal juga perlu dewasa juga. Malang sekalilah kalau sudah berumur tiga puluh tahun tetapi akalnya masih di peringkat kanak-kanak belasan tahun.

Contohnya, ramai siswazah universiti yang telah menamatkan pengajian mereka tetapi tidak pandai cari makan sendiri.

Ada golongan yang sudah berumur pula sibuk dengan hobi yang tidak bermanfaat seperti memikat burung, melaga ayam dan sebagainya. Sebenarnya, mereka adalah mangsa korban pendidikan yang salah Inilah sebabnya mengapa pada zaman duhulu, ramai yang berkahwin awal. Mereka benar-benar menjadi orang dewasa apabila baligh dan boleh berkahwn Sedangkan, kahwin bukan suatu perkara yang mudah. Mudahkah menjaga dan menyara anak orang? Bagaimana perkara ini berlaku kalau tidak melalui sistem pendidikan yang mematangkan dan mendewasakan manusia semenjak balighnya.

Oleh itu, kita perlu merancang untuk membina persekitaran yang selesa serta mengenal pasti anak-anak kita dalam menjayakan proses pematangan manusia hingga lahirlah kanak-kanak berusia tiga belas tahun yang mampu mendidik masyarakat seperti Imam As Syafie. Membina persekitaran yang merangsang pembinaan roh dan akal sebagai wadah melahirkan orang yang dewasa roh dan mentalnya seperti orang dewasa sehingga boleh menjadi ulama dalam usia muda. Perlaksanaan sistem ini mesti dimulakan sekarang supaya menjadi role-model kerana setakat ini kita belum mempunyai contoh untuk diketengahkan. Inilah perancangan untuk membentuk anak soieh di era globalisasi ini.

Ini satu paradigma baru institusi pendidikan di peringkat rendah supaya roh, akal dan nafsunya dewasa di hari mereka baligh. Hati mereka yang suci menjadikan mereka lebih hebat dari orang dewasa kerana tidak sempat melalui zaman gelap dan kotor.

Oleh itu, mulai dan sekarang pastikan anak-anak kita tidak dibazirkan dan dibiarkan begitu sahaja tanpa menjadi anak anak soieh yang menjadi aset agama, bangsa dan negara yang sangat berkualiti di masa akan datang.

Artikel ini adalah bagian dari buku Panduan Anak Soleh yang berisi panduan-panduan untuk anak soleh dari Abuya Syeikh Ashaari bin Muhammad At Tamimi

 

 

05 Anak Soleh Peringkat 13 18 Tahun

 

KEBANYAKAN kanak-kanak atau lebih tepat lagi remaja, mereka sudah baligh di usia ini. Sesetengahnya baru memasuki alam itu. Di sini bermulalah alam baru bagi mereka. Fitrah anak-anak muda di usia ini, antaranya ialah lelaki sudah ada keinginan terhadap perempuan, begitu juga sebaliknya. Fitrah ini jika tidak dikawal akan menyebabkan berlaku pergaulan bebas yang membawa kepada keruntuhan akhlak muda-mudi. Inilah yang berlaku hari ini hasil didikan secara tidak langsung oleh persekitaran mereka. Media massa misalnya; sama ada media elektronik atau media cetak; turut terlibat dalam mempengaruhi budaya bebas ini.

Bagi anak anak yang telah dididik secara serius dengan pendidikan Islam, yang mana mereka sudah ada sedikit rasa bertuhan dan rasa kehambaan serta tahu batas-batas syariat, inilah yang menjadi benteng dari segala pancaroba dunia moden hari ini. Rasa cinta dan takut kepada Tuhan sajalah yang mampu menghalang manusia dari melakukan kejahatan. Namun kebanyakan remaja hari ini masih perlukan pengawasan ibu bapa. Kita tidak boleh merasa senang hati kerana merasakan mereka sudah besar dan tahu berfikir. lalu membiarkan kedewasaan mereka tanpa diikat. Kita hendaklah memberi perhatian kepada mereka antaranya:

  1. Siapa kawan-kawannya?

Kadang-kadang pengaruh kawan-kawan di peringkat ini perlu diambil kira Pengalaman yang sudah-sudah menunjukkan walaupun masyarakat kampung yang terbiasa dengan didikan keagamaan namun apabila tiba di bandar atau kota, semuanya boleh berubah dengan sekelip mata. Kalau begitu, tugas ibu bapa dalam mendidik anak belum lagi selesai. Malah di waktu ini lebih mencabar lagi

  1. Pengisian ilmu.

Perkara yang mesti dititikberatkan di peringkat ini ialah:

ilmu tauhid, ilmu feqah dan ilmu tasawuf.

  • membantu mereka dalam mujahadatunnafsi (melawan hawa nafsu)
  • meningkatkan pengalaman mereka melalui latihan kemahiran.
  • mematangkan fikiran mereka dengan mendedahkan kepada program luar.

Kesemua ini adalah ilmu yang mesti diberikan sama ada secara langsung atau tidak. Ilmu sebenarnya tidak semestinya disampaikan di tempat atau dimajlis-majlis rasmi saja, ia boleh disampaikan di mana-mana saja Bahagian pertama mungkin boleh diperolehi di sekolah, tapi bahagian lainnya tidak akan diperolehi di bilik darjah, bahkan alam sekitarlah sekolahnya secara tidak langsung. Mungkin teguran kawan boleh mendidiknya dan boleh jadi juga kesusahan kawan boleh mendidiknya. Lebih-lebih sikap dan akhlak ibu bapa sendiri memainkan peranan penting dalam membentuk peribadi anak-anak.

Rasulullah SAW sendiri sentiasa mendidik para Sahabat tidak kira di mana sahaja sama ada di atas unta, di masjid, di pasar, di kedai-kedai, waktu rehat, ketika musafir, di majlis kenduri, di majlis kematian hatta di medan perang sekalipun, Rasulullah mendidik seseorang itu tanpa menangguh-nangguhkan masanya. seseorang itu tanpa menangguh-nangguhkan masanya.

Apabila dilihat saja seorang Sahabat melakukan kesalahan, terus dibetulkannya.

Misalnya, pernah berlaku pada suatu hari ketika Rasulullah membaca khutbah Jumaah, tiba-tiba masuk seorang Sahabat dan duduk tanpa bersembahyang sunat Tahiyatul Masjid, lantas baginda dalam khutbah itu terus meminta Sahabat tadi agar segera bangun untuk bersembahyang sunat. Rasulullah tidak menunggu habis sembahyang Jumaat untuk memberitahunya.

  1. Mengenal pasti watak dan tahap pemikiran mereka.

Ibu bapa dan pendidik hendaklah mengenal pasti watak dan tahap pemikiran mereka. Apakah mereka golongan cerdik pandai atau golongan yang ingin tahu atau golongan degil. Untuk berhadapan dengan anak remaja ini perlu kepada kaedah yang tidak sama di antara satu sama lain.

  1. Golongan cerdik pandai

Boleh jadi anak kita seorang yang bijak dan tinggi ilmunya. Untuk menghadapinya ibu bapa hendaklah bijaksana juga. Apa yang ibu bapa sarankan kepadanya hendaklah disertakan dengan dalil dan hujah yang tepat. Mereka mudah menerimanya jika hujan yang diberikan itu dan munasabah.

  1. Golongan yang ingin tahu

Boleh jadi juga kita mempunyai anak yang mudah mengikut tunjuk ajar atau telunjuk yang baik. Mereka ini mudah dihadapi, iaitu hanya dengan memberi ilmu dan nasihat yang baik serta contoh teladan yang baik dan mudah pula mereka mengikutnya.

  1. Golongan degil

Tidak kurang juga mereka yang mempunyai anak yang degil, yang tidak senang hati dengan sikap ibu bapanya. Untuk menghadapinya, ibu bapa hendaklah pandai membawa mereka berbincang secara empat mata. Minta dijelaskan perkara yang tidak disenanginya. Mereka memang suka berhujah dan berdebat. Di sinilah ibu bapa mesti pandai mematahkannya dengan baik. Setelah jelas kebenarannya barulah mereka mahu menerimanya.

Ketiga-tiga golongan ini wujud di mana-mana sama ada di kalangan kanak-kanak, orang dewasa, muda-mudi mahupun orang tua. Oleh itu para pendidik mestilah mengenal pasti setiap golongan itu agar didikan yang disampaikan itu tepat pada sasarannya.

  1. Tahu kaedah dan pendekatan pendidikan.

Di samping itu kaedah atau pendekatan pendidikan hendaklah selari dengan kaedah yang pernah dilakukan oleh Rasulullah. Ini kerana pendekatan yang dibawa oleh baginda sudah terbukti membawa kejayaan.

Pendidikan Rasulullah terbahagi kepada dua peringkat: Peringkat Makkah dan Peringkat Madinah. Di peringkat Makkah, Rasulullah membangunkan insan. Manakala di peringkat Madinah, baginda memulakan pembangunan fizikal. Hasil dari proses didikan seperti ini, maka lahirlah masyarakat, negara dan dunia yang aman makmur serta mendapat keampunan Allah. Di sini disenaraikan kaedah pendidikan itu sebagai panduan para pendidik:

PEMBINAAN INSAN

Mendidik jiwa tauhid agar tumbuh rasa bertuhan dan rasa kehambaan yang tinggi terhadap Allah SWT. Ertinya mengenalkan Tuhan kepada manusia. ‘Kenal’ Tuhan tidak sama dengan ‘tahu’ tentang Tuhan. Kalau sekadar tahu tentang adanya Tuhan, tahu bahawa Tuhan itu Maha Mendengar, Maha Melihat dan sebagainya, belum tentu seseorang itu takut dan cinta kepada Allah. Seseorang yang benar-benar kenal Tuhannya dia pasti cinta dan takut kepada Tuhannya. Inilah yang dilakukan oleh baginda di peringkat Makkah iaitu mengenalkan Tuhan kepada para Sahabat selama 13 tahun sehingga mereka benar-benar cinta dan takut kepada Tuhan. Hati yang takut dan cinta kepada Tuhan sahaja yang mampu memikul syariat dan hukum-hakam dari Tuhan.

Oleh sebab itulah setelah mereka benar-benar kenal Tuhan, barulah datang penntah syariat di peringkat Madinah yang mengambil masa 10 tahun sahaja. Ertinya mengenalkan Tuhan kepada manusia memakan masa yang lebih lama.

Oleh itu kita yang bercita-cita ingin menegakkan Islam dalam kehidupan diri, keluarga, masyarakat dan seterus negara dan alam sejagat ini, perlu berusaha mengenalkan Tuhan kepada anak-anak sejak kecil lagi.

Jadi anak-anak kita yang sudah meningkat remaja ini, tidak boleh kita paksa paksakan untuk melakukan syariat semata-mata.

Apa yang lebih utama ialah menanamkan dalam hatinya rasa bertuhan dan rasa kehambaan seperti: Merasa Maha Besarnya Allah, Maha Agungnya, Maha Berkuasa melakukan apa sahaja ke atas diri kita, Maha Pengasih dan Maha Penyayang, Maha Pemurah dan Maha Menghukum, Maha Adil dan lain-lain sifat Tuhan. Inilah yang dikatakan rasa bertuhan.

Manakala rasa kehambaan pula ialah merasa diri lemah, rasa diri tidak mampu, rasa tidak berkuasa apa-apa, rasa bodoh, rasa mengharap kepada Tuhan, rasa berdosa, rasa bersalah, rasa hina dina, rasa cemas dan bimbang dan lain-lain.

Antara usaha yang boleh dilakukan untuk mencapai apa yang disebut di atas maka anak-anak remaja ini hendaklah:

  1. Dibawa berfikir tentang kekuasaan Allah.
  2. Dibawa berfikir tentang kehebatan Allah.
  3. Dibawa berfikir tentang kebaikan Allah.
  4. Dibawa berfikir tentang rahmat AlIah serta nikmat- Nya.

Banyak ayat Al Quran yang boleh membuka fikiran kita ke arah itu. Ayat-ayat itu yang kebanyakannya diturunkan di Makkah antaranya bertujuan:

  1. Mendidik hati agar rasa rindu dengan Syurga Allah, rahmat-Nya, keampunan-Nya dan bantuan-Nya.

Misalnya:

  1. Khabar gembira dari Allah tentang kebaikan Syurga.
  2. Khabar gembira dan Allah tentang rahmat Allah yang tidak terhingga.
  3. Khabar gembira dari Allah tentang sifat keampunan Allah terhadap hamba-Nya yang bertaubat.
  4. Khabar gembira dari Allah tentang jaminan-Nya ingin membantu hamba-Nya yang bertaqwa.

Bacakan selalu ayat-ayat Al Quran yang mengandungi khabar gembira di atas. Selain itu elok juga diceritakan sejarah orang-orang soieh dan kejayaan mereka.

  1. Mendidik hati manusia agar merasa gerun dengan Neraka dan azab Allah.

Untuk mencapai ini, mereka hendaklah diingatkan selalu akan:

  1. Buruknya isi Neraka
  2. Dahsyatnya azab Neraka.
  3. Ugutan Allah terhadap orang yang menentang kebenaran.
  4. Kemurkaan Allah terhadap penderhaka hukum Allah.
  5. Mendidik manusia agar melakukan amal soleh dan berakhlak mulia.

Ini boleh dilakukan dengan menceritakan kisah sejarah para nabi dan rasul serta orang soleh. Cerita-cerita itu boleh dijadikan panduan dalam beramal. Biasanya manusia akan berbuat sesuatu jika sudah ada contoh yang baik. Kalau begitu, didikan yang paling berkesan selepas menceritakan sejarah seperti itu ialah menunjukkan contoh teladan yang baik dari diri pendidik itu sendiri.

  1. Mendidik manusia agar menghindari sifat-sifat jahat agar selamat dari api Neraka.

Untuk mendidik anak-anak ke arah ini, para pendidik bolehlah membaca sejarah orang yang menentang Islam dan Allah. Bagaimana mereka dihukum akibat menentang utusan Allah yang didatangkan kepada mereka, seperti kisah Firaun, Namrud, Qarun, Hamman. Jadi, pendidik adalah digalakkan membaca sejarah itu dan memperdengarkannya kepada anak didik mereka

MEMBANGUNKAN FIZIKAL

Setelah insan seorang Muslim itu terbina maka jiwa mereka mudah diperintah dan dilarang dengan sesuatu hukuman. Mereka mudah mematuhinya kerana jiwa mereka sudah bersedia memikul berbagai tanggungjawab.

Dengan kata-kata lain mudahlah mereka mengamalkan syariat dan hukum-hakam Tuhan sebagaimana yang dikehendaki oleh-Nya. Di sini jika mereka melakukan segala tugas yang dibebankan itu, mereka akan melakukannya dengan penuh amanah dan tanggungjawab. Mereka tidak lalai dan sombong dengan kebolehan yang ada.

Dalam membina fizikal ini, mereka hendaklah dilatih dan didorong membuat sesuatu kerja mengikut bakat dan bidang masing-masing. Kerja yang dilakukan itu hendaklah pula diawasi agar tidak berlawanan dengan syariat Islam. Mereka boleh dilatih berniaga untuk melihat kejujuran dan amanah mereka, cara berurus niaga dengan betul dan cara melayan pelanggan.

Mereka boleh dilatih mengajar, mengajar adik-adik dengan ilmu yang tepat.

Mereka juga boleh dilatih menjadi jurubina, membuat rumah, juruelektrik dan lain-lain yang sesuai dengan umur mereka. Aktiviti ini selain menjadikan fizikal mereka cergas dan aktif, boleh juga mendidik hati dan diri mereka untuk mengamalkan ajaran Islam secara praktikal. Ini juga boleh memahamkan mereka bahawa ajaran Islam itu bukan sekadar menyuruh melakukan ibadah sembahyang, puasa, mengerjakan haji dan zakat semata-mata malah segala aktiviti hidup juga boleh dijadikan ibadah.

Selain itu para remaja akan dapat menimba pengalaman di bidang yang menjadi minat dan bakat mereka. Ini amat berguna sekiranya di masa hadapan mereka ingin mendalami di bidang tersebut. Para remaja ini adalah aset bangsa, agama dan negara.

Oleh sebab itulah pendidikan sama ada di sudut insaniah mahupun lahiriah, amat penting untuk melengkapkan mereka sebagai pengganti perjuangan kita hari ini. Kaedah yang dibentangkan di sini jika dapat diikuti dengan baik pastilah akan melahirkan generasi yang berilmu, beriman dan bertaqwa di samping berfikiran jauh, matang dan mantap.

Ketika itu lahirlah masyarakat yang berakhlak mulia dan berbudi tinggi dalam sebuah negara yang aman makmur sebagaimana firman Allah: “Negara yang baik (makmur) dan mendapat keampunan Tuhan.” (Saba’: 5)

Artikel ini adalah bagian dari buku Panduan Anak Soleh yang berisi panduan-panduan untuk anak soleh dari Abuya Syeikh Ashaari bin Muhammad At Tamimi

 

 

 

Sumber: http://www.kawansejati.org/panduan-anak-soleh

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s