Doa Nabi Muhammad SAW di Alam Barzakh

maqam nabi

Telah terbukti bahawa kehidupan Nabi kita Muhammad di alam barzakh adalah lebih sempurna dan lebih hebat daripada manusia lain. Hal ini diceritakan sendiri oleh Rasulullah . Malah disahkan wujudnya hubungan antara diri Baginda dengan umatnya.

Rasulullah mengetahui keadaan mereka, melihat amalan mereka, mendengar percakapan dan menjawab salam mereka.

.

Terdapat banyak hadis yang membahaskan berkenaan bab ini. Antaranya ialah hadis daripada Abdullah ibnu Mas’ud ra. Rasulullah bersabda: “Sesungguhnya Allah memiliki malaikat yang berlegar-legar di muka bumi, untuk menyampaikan kepada Daku salam daripada umat Daku.”

.

Dalam sebuah hadis lain, diriwayatkan daripada Ibnu Mas’ud ra., Nabi bersabda: “Kehidupan Daku adalah baik bagi kamu, kamu berbicara (bertanya masalah dan hukum kepada Baginda) dan dibicarakan bagi kamu (dengan wahyu dan syariah daripada Allah melalui perantaraan Baginda). Kewafatanku juga adalah baik bagi kamu. Amalan kamu dibentangkan kepadaku, sekiranya apa yang Daku lihat berunsur kebaikan, maka Daku memuji Allah ke atasnya dan sekiranya apa yang Daku lihat berunsur kejahatan, maka Daku memohon keampunan kepada Allah untuk kamu.”

.

Al-Hafiz Abu Zur’ah al ‘Iraqi berkata di dalam kitab al Janaiz, daripada kitabnya Tarh al Tathrib fi Syarh al Taqrib: “Sanad hadis ini adalah baik. Al-Hafiz al-Haithami berkata di dalam Majma’ al Zawa’id (jilid 9, halaman 24). Hadis ini diriwayatkan oleh al-Bazzar, dan perawi-perawinya adalah perawi yang sahih.”

.

Ia menunjukkan bahawa Rasulullah mengetahui tentang amalan kita kerana ia dibentangkan kepadanya dan Baginda memohon keampunan kepada Allah سبحانه وتعالى  untuk kita atas kejahatan dan keburukan yang telah kita lakukan.

Jika demikian keadaannya, maka diharuskan kita bertawassul dengan Baginda kepada Allah dan memohon syafaatnya di sisi Allah سبحانه وتعالى .

.

Oleh kerana Baginda mengetahui perbuatan kita termasuk bertawassul dan memohon syafaat tersebut, maka Baginda akan memberi syafaat kepada kita dan mendoakan kita. Baginda adalah al Syafi’ al Musyaffa (pemberi syafaat yang diizinkan oleh Allah سبحانه وتعالى  memberikan syafaat) dan Allah menambah kemuliaan dan ketinggiannya.

.

Sesungguhnya Allah سبحانه وتعالى  telah menyatakan di dalam al-Quran bahawa Nabi Muhammad adalah saksi ke atas umatnya. Ini tentu sekali menuntut kepada perlunya diperlihatkan kepada Baginda segala amalan mereka agar Rasulullah menjadi saksi atas apa yang dilihat dan diketahuinya.

.

Ibnu al-Mubarak berkata: “Telah mengkhabarkan kepada kami seorang lelaki daripada kaum Ansar, daripada Al-Minhal ibnu ‘Amru, bahawa dia mendengar Sa’id ibnu Al-Musayyib ra. berkata: “Tidak berlalu walau satu hari, melainkan dibentangkan kepada Baginda pada hari tersebut amalan umatnya saban pagi dan petang. Maka Baginda mengenali umatnya melalui nama-nama mereka dan amalan mereka. Justeru itulah, Baginda menjadi saksi ke atas mereka.”

.

Firman Allah سبحانه وتعالى

فَكَيْفَ إِذَا جِئْنَا مِن كُلِّ أُمَّةٍ بِشَهِيدٍ وَجِئْنَا بِكَ عَلَىٰ هَـٰؤُلَاءِ شَهِيدًا ﴿٤١

“Maka bagaimanakah (keadaan orang-orang kafir pada hari akhirat kelak), apabila Kami datangkan dari tiap-tiap umat seorang saksi (iaitu Rasul mereka sendiri menjadi saksi terhadap perbuatan mereka), dan Kami juga datangkan engkau (wahai Muhammad) sebagai saksi terhadap umatmu ini?” (Rujuk an-Nisaa: 41)

.

Hadis lain yang menunjukkan wujudnya pertalian kehidupan Nabi Muhammad di alam barzakh dengan umatnya yang masih hidup, ialah hadis daripada ‘Ammar ibnu Yasir ra. Rasulullah bersabda: “Sesungguhnya Allah telah mewakilkan bagi kubur Daku malaikat yang Allah telah diberikan kepadanya nama-nama seluruh makhluk. Maka tidak seorangpun yang berselawat ke atas Daku sehingga Hari Qiamat melainkan dia menyampaikan kepada Daku dengan namanya dan nama bapanya, Ini Fulan ibnu Fulan, dia telah berselawat ke atas engkau.”

.

Diriwayatkan oleh Al-Bazzar dan Abu Al-Syeikh Ibnu Hibban dengan lafaznya bahawa Rasulullah bersabda: “Sesungguhnya Allah Yang Maha Tinggi lagi Maha Agung mempunyai malaikat yang diberikan kepadanya pendengaran seluruh makhluk. Maka dia berdiri di kubur Daku apabila Daku telah wafat. Tiada seorang pun berselawat kepada Daku melainkan malaikat itu berkata: Wahai Muhammad! Fulan ibnu Fulan telah berselawat kepada engkau.”

.

Lalu Baginda bersabda: “Maka Tuhan Yang Maha Tinggi lagi Maha Agung akan berselawat ke atas lelaki tersebut bagi setiap satu selawatnya dengan sepuluh selawat (daripada Allah).”

.

Daripada Abu al Darda ra. Rasulullah bersabda: “Perbanyakanlah selawat kepada Daku pada hari Jumaat, kerana ia menjadi barang saksian yang disaksikan oleh malaikat. Tidaklah seseorang berselawat ke atas Daku melainkan dibentangkan selawatnya itu kepada Daku hinggalah dia selesai berselawat.”

.

Abu Darda berkata lagi: “Daku bertanya, Walaupun setelah dikau wafat?” Baginda menjawab: “Walaupun setelah Daku wafat. Sesungguhnya Allah mengharamkan ke atas bumi ini daripada memamah jasad para Nabi, maka sebenarnya Nabi Allah itu hidup dengan diberi rezeki padanya.”

.

Diriwayatkan oleh Ahmad dan Abu Daud daripada Abu Hurairah ra, bahawa Rasulullah bersabda: “Tidak seorang pun memberi salam kepada Daku kecuali Allah mengembalikan roh Daku kepadaku sehingga Daku dapat menjawab salamnya.”

.

Manakala dalam riwayat al Nasa’i dan lain-lainnya, daripada Rasulullah bersabda: “Sesungguhnya Allah telah mewakilkan beberapa malaikat di kuburku untuk menyampaikan kepada Daku salam daripada umatku.”

 

Sumber: http://shafiqolbu.wordpress.com/2013/01/29/kehidupan-nabi-saw-di-alam-barzakh/

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s