Mengenal Diri Melalui Rasa Hati: 10 Penutup

BERDASARKAN huraian yang telah dipaparkan, betapa susah mengenal hati dan diri sendiri. Dan kalau kita kenal pun betapa susah untuk mengubatinya, hingga dapat kita letak dia (hati) pada fungsinya kerana nafsu dan syaitan menghalang dan keindahan dunia dan nikmatnya yang sentiasa mempersona.
Kalau hati dan diri sendiri susah kita kenal, lebih-lebih lagi untuk mengubatinya, maka lebih lagilah susahnya untuk mengenal orang lain dan untuk mengubatinya.
Kejayaan orang-orang dahulu iaitu para salafussoleh, berjaya mengubati penyakit masyarakat kerana berjayanya mereka mengubati penyakit diri sendiri.

Di sinilah kelebihan dan keutamaan mereka dari kita. Tidak sepertimana kit.a di zaman ini (termasuk penulis sendiri) sama ada ulama-ulama, mubaligh-mubaligh, penulis-penulis Islam, para pemimpin masydrakat Islam belum kenal diri sendiri dan belum dapat mengubati penyakit diri sendiri.
Dengan sebab itulah penyakit-penyakit masyarakat payah diubat bahkan adakalanya penyakit masyarakat itu bertambah tenat (kronik) kerana disebabkan penyakit-penyakit diri kita sendiri.

Marilah kita sama-sama berdoa agar Allah sentiasa memimpin kita agar kita kenal diri dan penyakit sendiri dan selepas itu mampu pula mengubatinya.
Moga-moga dengan itu menjadi modal untuk dapat mengubat penyakit masyarakat yang telah kronik supaya setiap hati jadi bersih dan masyarakat kembali pulih untuk kembali menempa sejarah salafussoleh.

Demikianlah aku tutup buku ini dengan memohon ampun kepada Tuhan Yang Ghafur Lagi Rahman sekiranya ku tulis buku ini atas dasar nafsu atau kemasyhuran.
Kalau Allah menganggap ini ialah amal soleh dariku, maka pahalanya kuhadiahkan kepada roh ibu bapaku, guru-guruku yang telah mendidik aku dan mereka yang telah berjasa padaku serta mereka yang telah pernah mencerca di belakangku.
“Wahai Tuhan, terimalah buku ini dari hambamu yang dhaif ini. Amin ya Rabbal Alamin. ”

=== sekian ===

Sumber:http://www.kawansejati.org/mengenal-diri-melalui-rasa-hati/ms-10-Penutup.html

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s