Mengenal Diri Melalui Rasa Hati: 09 Renungan Yang Patut Diambil Perhatian

FIRMAN ALLAH SWT:

Terjemahannya: Hampir-hampir langit itu pecah dari sebelah atasnya (kerana kebesaran Tuhan) dan malaikat-malaikat bertasbih memuji Tuhannya dan memohon ampun bagi orang yang ada di bumi. Ingatlah bahawa sesungguhnya Allah Dia-lah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
(Asy Syura: 5)

Langit berserta isinya sungguh takut pada Allah kerana kebesaran-Nya, sebab itu langit seperti menangis. Dan malaikat-malaikat tidak berhenti-henti menghambakan diri pada memuji Allah dan mendoakan keselamatan manusia di bumi.
Manakala makhluk-makhluk bumi hanya sebahagian kecil sahaja yang menyedari kebesaran kerajaan langit lalu turut mengabdikan diri sebagai penyerahan total pada Allah SWT. Mereka ini sangat membesarkan Allah dalam setiap perlakuan mereka.

Imam Bukhari misalnya telah merakamkan rasa kehambaannya pada Allah SWT dalam sajaknya.
Rintihannya lebih kurang begini:

Di kala malam yang sunyi sepi
sedang bani insan tenggelam dalam tidur dun mimpi
musajir yang malang ini tersentak bangun
pergi membasuh diri
untuk datang mengadapMu Tuhan.
Lemah lututku berdiri di hadapan-Mu
sedu-sedan tangisku keharuan
humba yang lemah serta hina ini
Engkau terima juga mendekat
bersimpuh di bawah Duli Kebesaran.
Tuhan
humba tidak tahu pasti
bagaimuna penerimaun-Mu
di kala mendengar pengaduan humba
yang penuh dosa dun noda ini.
Dalam wahyu yang Engizau nuzulkan
Engkau berjanji untuk sediu menerima pengaduan
dun sudi memberi keampunan.
Dan Muhammad Rasul-Mu yang mulia itu
ada mengatukan:
Ampunan Tuhun lebih besar dari kesalahan insan
humba percaya pada tutur kepastian itu
sebab itu hamba datang wahai Tuhan
bukan tidak redha dengan ujian

cuma hendak mengadu pada-Mu
tempat hamba kembali nanti
memohon sakinah, maghfirah dan mutmainnah.
Demikian bila hati sudah kembali kepada fitrah-
nya, maka manusia menjadi makhluk yang paling
sempurna (insaanul kamil). Tetapi malang tidak
semua manusia memilih jalan ini.

Di akhir zawan ini rasa kehambaan dalam hati hamba-hamba Allah sudah kurang sekali. Hati mereka jadi keras seperti batu. Allah menggambarkan ini
dengan firman-Nya:

Terjemahannya: Kemudian setelah itu hati kamu menjadi keras seperti batu atau lebih keras lagi. Padahal di antara batu-batu itu ada yang terpancar mata air lalu mengalir dan sesungguhnya sebahagian dari batu itu ada yang retak dan pecah lalu keluar air dari dalamnya. Dan ada pula batu yang jatuh meluncur kerana takut kepada Alla. Dan tidaklah Allah lalai terhadap apa yang kamu kerjakan.
(Al Baqarah: 74)

Mereka bukan lagi memuja Allah tetapi memuja diri (nafsu) sendiri. Allah SWT tidak dibesarkan selayaknya. Dan syariat Tuhan lahir mahupun batin dijadikan bahan senyum dan mainan mereka semata-mata.
Tetapi selamat dan bahagiakah hidup mereka?
Damaikah negara mereka?
Amankah masyarakat mereka?
Tenangkah rumahtangga mereka?
Lapanghah dada mereka?
Puaskah nafsu mereka?
Dan di manakah syurga dunia yang mereka impi-impikan?

Hidup di tengah-t.engah gelombang nafsu ego dan rakus, hasad dengki, gila dunia, dendam dan bakhil, riak, ujub clan 1001 macam lagi kejahatan lahir dan batin, m;musia bukan sahaja tidak dapat memberi ketenangan pada masyarakat sekitarnya bahkan diri dan keluarga sendiri pun mereka gagal meletakkan dalam keadaan tenang. Kuman-kuman hasad dengki, takbur, gila dunia, bakhil, riak dan lain-lain itu penuh mengerumuni hatinya. Ianya kian memunah-ranahkan kemurnian kemanusiaannya dan pasti tidak akan membenarkan hati manusia itu tenang dan diam.

Kejahatan-kejahatan ini akan sentiasa menggigit hati nurani manusia hingga hati itu sentiasa sakit. Sudah kaya tidak puas apalagi kalau miskin. Sudah berpengikut tidak puas apalagi kalau keseorangan. Sudah sihat tidak puas apalagi kalau sakit.
Sudah disanjung tidak puas apalagi kalau dihina. Di dalam kubur nanti kuman-kuman itu akan menjelma menjadi ular dan kala yang menggigit dan mengunyah sekujur tubuh manusia hingga di Akhirat mereka akan menyerupai api yang akan membakar dan membaham lahir dan batin manusia.
Ketenangan hati hanya akan diperolehi dengan mengakui kehambaan, kekurangan dan kelemahan ke hadirat Allah yang Maha Tinggi. Mengaku berdosa lahir dan batin, takut dengan kebesaran, kekuasaan dan hukum Allah, mengharapkan kebahagiaan
Akhirat dengan melupakan penderitaan di dunia, berkasih sayang sesama manusia, zuhud terhadap dunia, ikhlas beramal semata-mata kerana Allah dan lain-lain rasa hati yang telah saya senaraikan sebelumini.

Kebahagiaan di dunia ini ialah ketenangan hati. Dan hati-hati yang tenang ialah hati-hati yang selamat dari kejahatan-kejahatannya. Bila hati selamat maka barulah manusia akan dijemput Allah untuk menikmati kebahagiaan abadi dalam syurga Jannatun Naim.
Firman Allah SWT:

Terjemahannya: Pada hari manusia meninggalkan dunia ini tidak berguna harta dan anak-anak, kecuali mereka yang datang menghadap Allah membawa hati yang selamat.
(Asy Syuara’: 88-89)

Mudah-mudahan Allah mengurniakan kita taufik dan pimpinan untuk mernperolehi hati yang selamat sebagaimana yang Dia maksudkan. Amin.

Sumber: http://www.kawansejati.org/mengenal-diri-melalui-rasa-hati/ms-09-Renungan-Yang-Patut-Diambil-Perhatian.html

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s