Mengenal Diri Melalui Rasa Hati: 08 Kata Kata Hikmah Dari Orang Orang Soleh

KATA-KATA HIKMAH SAYIDINA ABU BAKAR:
1. Sesungguhnya hamba itu apabila kedatangan ujub dengan sesuatu daripada perhiasan dunia, nescaya Allah murka kepadanya hingga dia menceraikan perhiasan itu.
2. Moga-moga aku jadi pokok kayu yang direntas kemudian dimakan.
3. Dia berkata kepada para sahabat: Sesungguhnya aku telah mengendalikan urusan kamu, tetapi bukanlah aku ini orang yang paling baik di kalangan kamu maka tolonglah aku kalau aku berlaku lurus maka ikutilah aku tetapi kalau aku menyeleweng maka betulkan aku.
SAYIDINA UMAR AL KHATTAB:
1. Jikalau tidaklah kerana takut dihisab, sesungguhnya aku perintahkan dengan membawa seekor kambing untuk dipanggang untuk kami di depan pembakar roti.
2. Barangsiapa takut kepada Allah SWT nescaya tidak dapat dilihat marahnya. Dan barangsiapa takutkan Allah, tidak sia-sia apa yang dia hendak.
3. Wahai Tuhan, jangan Engkau jadikan kebinasaan umat Muhammad SAW di atas tanganku. Wahai Tuhanku, telah lanjut umurku, telah lemah kekuatanku dan telah tertebus rakyatku. Genggamkan (matikan) aku untuk-Mu bukan untuk manusia dan tidak melampaui.

SAYIDINA ALI KARRAMALLAHU WAJHAH:
1. Memadai aku merasai mulia bahawa Engkau sebagai Tuhan bagiku dan memadailah aku bangga bahawa aku menjadi hamba bagi-Mu. Engkau bagiku sebagaimana yang aku cintai, maka berilah aku taufik bagi apa yang Engkau cintai.
2. Hendaklah kamu lebih ambil berat soal bagaimana amalan itu diterima daripada banyak beramal, maka sesungguhnya terlalu sedikit amalan yang disertai taqwa, betapalah amalan itu hendak diterima.
3. Janganlah mengharap seseorang hamba itu melainkan kepada Tuhannya dan janganlah dia takut melainkan dosanya.
4. Tiada kebaikan ibadah yang tiada ilmu padanya dan tiada kebaikan ilmu yang tiada faham padanya dan tidak ada kebaikan bacaan kalau tiada perhatian padanya.

UMAR IBNU AZIZ:
1. Orang yang bertaqwa itu dikekang.
2. Sesungguhnya syubahat itu pada yang halal.
3. Kemaafan yang utama itu ialah ketika berkuasa.

SUFFIAN AS THAURI:
1. Tidak ada ketaatan bagi kedua ibu bapa pada perkara syubahat.
2. Sesungguhnya seorang lelaki itu berharta sedangkan dia zuhud di dunia, dan sesungguhnya seorang itu adalah fakir sedangkan dia gemarkan dunia.
3. Menuntut ilmu adalah lebih utama daripada sembahyang sunat.

IMAM ASH SYAFIE:
1. Barangsiapa menghendaki Akhirat wajib baginya ikhlas pada ilmu.
2. Tidak ada sesuatu yang lebih indah pada ulama’ melainkan dengan kefakiran dan memadai apa yang ada dan redha dengan keduanya.
3. Hendaklah kamu berilmu pengetahuan sebelum kamu menjadi ketua sebab sesudah kamu menjadi ketua, tiada jalan lagi bagi kamu mencari pengetahuan.
4. Orang yang berakal itu ialah orang yang akalnya dapat mengawal segala sifat-sifat mazmumah (keji).
5. Barangsiapa menyukai Allah menutupi baginya dengan kebaikan maka hendaklah dia sangka baik terhadap manusia.

IMAM MALIK:
1. Bukanlah ilmu itu dengan membanyakkan riwayat tetapi ilmu itu ialah cahaya yang Allah letakkan dalam hati.
2. Apabila seseorang itu memuji dirinya maka hilanglah cahayanya.
3. Wajiblah di atas orang yang menuntut ilmu bahawa dia memiliki kebesaran, ketenangan dan ketakutan.

IMAM ABU HANIFAH:
1. Tidak sekali-kali aku bersembahyang melainkan aku doakan untuk guruku Hammad dan mereka yang pernah aku belajar daripadanya atau yang pernah aku mengajar (murid-muridnya).
2. Aku menggauli manusia sejak 50 tahun, tidak aku dapati seorangpun yang mengampunkan kesalahanku dan tidak ada yang menghubungi aku ketika aku memutusinya dan tidak ada yang menutup keaibanku dan tidak aku amankannya apabila dia murka kepadaku. Maka yang mereka lebih berbimbang-bimbang adalah perkara yang besar-besar.
3. Telah sampai berita kepadaku, bahawasanya tidak ada yang lebih mulia dari seorang alim yang warak.

IMAM AHMAD:
Jangan kamu mengambil ilmu dari orang yang mengambil mata benda dunia di atas ilmunya.

SUFFIAN BIN UYAINAH:
1. Dua perkara susah sekali mengubatinya iaitu meninggalkan loba (tamak) untuk manusia dan mengikhlaskan amal untuk Allah.
2. Siapa yang ditambah akalnya kuranglah rezekinya.
3. Zuhud di dunia itu ialah sabar dan menunggu-nunggu kedatangan mati.
4. Ilmu itu jika tidak memberi manfaat padamu maka dia akan memberi mudarat padamu.
5. Tidak dianggap orang yang menuntut ilmu sebagai orang yang berakal hingga dia melihat dirinya hina dari sekelian manusia.

1. Surat dari ibu Aisyah r.a untuk Khalifah Muawiyah berbunyi begini:
“Aku dengar Rasulullah SAW bersabda: Siapa yang mengusahakan keredhaan Allah sampai dikesali manusia ia akan disokong Allah dalam menghadapi manusia. Dan siapa yang membelakangkan Allah agar disenangi manusia nasibnya akan diserahkan Allah pada manusia.”
“Oleh itu tetaplah hati tuan dalam takut pada Allah kerana bila tuan takut pada Allah, Dia akan menyokongmu terhadap manusia. Tetapi kalau tuan takut pada manusia mereka tidak akan dapat menolongmu terhadap Allah sedikit pun.”

2. Khalifah Umar Ibnu Aziz menasihati gabenor – gabenor di daerah pemerintahannya dengan katanya:
“Kekuasaan yang ada di tangan saudara-saudara telah memungkinkanmu untuk menzalimi rakyat. Bila terasa di hatimu untuk menzalimi seseorang, ingatlah segera betapa besarnya kekuasaan Allah atas diri saudara-saudara.”
“Ketahuilah bahawa satu kejahatan yang anda timpakan pada rakyat akan hilang lambat laun bekasnya dari mereka tetapi tetap bekasnya untuk saudara-saudara dalam daftar dosa. Ketahuilah pula bahawa Allah SWT membela orang teraniaya terhadap yang menzaliminya.”

3. Luqmanul Hakim menasihati anaknya:
‘Wahai anakku, dampingilah selalu para ulama’ dan engkau jangan banyak berdebat terhadap mereka agar jangan dibenci oleh mereka itu.”
“Ambillah dari dunia sekadar keperluan dan biayakan (belanjakan) lebihan hasil usahamu untuk Akhirat. Dunia jangan ditolak habis agar engkau jangan jadi “parasit” (orang yang hidup menumpang pada orang lain dan tidak membalas apa-apa) yang menyusahkan manusia (orang) lain.”
“Selalu-selalulah berpuasa untuk menundukkan nafsumu, tetapi janganlah sampai meletihkan badan sehingga merosakkan sembahyangmu kerana sembahyang lebih utama dari puasa.”
“Janganlah engkau berteman duduk dengan orang yang bodoh sombong dan jangan dirapati orang yang bermuka dua.”

4. Pemah Allah SWT bertanya kepada Nabi Yaakub a.s:
“Tahukah kamu kenapa Kupisahkan engkau dengan puteramu Yusuf?”
‘Tidak, ya Tuhanku,” jawab Nabi Yaakub.
“Adalah kerana kata-katamu: Aku takut kerana dia akan dimakan serigala waktu kamu (saudara-saudara Yusuf) lalai bermain-main. Kenapa engkau bimbangkan serigala tetapi tidak menyatakan harapan padaKu? Dan engkau hanya pandang kelalaian saudara-saudaranya sahaja tapi tidak engkau pandang perlindungan-Ku terhadapnya (Yusuf).”
Kemudian Allah bertanya lagi pada Nabi Yaakub a.s:
“Tahukah pula kamu kenapa Yusuf Aku kembalikan padamu? ”
‘Tidak, ya Tuhanku,” jawab Nabi Yaakub.
“Juga adalah kerana kata-katamu: Semoga Allah akan memulangkan semua padaku. Dan kerana kata-katamu: Pergilah cari Yusuf dan adiknya dan janganlah kamu berputus asa.”

5. Kata Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda:
‘Yang paling awal diseru di hari kiamat ialah orang yang hafal Al Quran dan seorang yang perang sabil (mati dalam peperangan) dan seorang yang kaya.”
Maka firman Allah kepada yang hafal Al Quran:
“Apakah Aku ini tidak mengajarmu? Mengajar Al Quran yang Aku turunkan kepada Rasul-Ku?”
Jawab orang itu, ‘Tentu saja ya Tuhanku.”
Dan firman Allah, “Digunakan pada apa ilmu yang kau miliki itu?”
Jawabnya, “Aku amalkan dan aku kaji siang dan malam.”
Firman Tuhan, “Kamu dusta! ”
Demikian pula para malaikat berkata, “Kamu dusta. ”
Firman Tuhan, “Kamu sebenarnya ingin dipuji orang bahawa kamu ini seorang qari maka ganjaranmu itu cukuplah pujian orang-orang itu. Itulah bahagianmu.”
Sekarang giliran orang yang mati di dalam peperangan dihadapkan kepada Tuhan yang Maha Esa dan Tuhan berfirman:
“Apakah engkau telah lakukan di dunia?”
Jawabnya, “Saya diperintahkan perang sabil dan perintah itu saya jalankan sampai saya mati dalam peperangan itu.”
Firman Allah: “Kamu dusta!”
Demikian pula para malaikat berkata, “Kamu dusta.”
Firman Allah:
“Sebetulnya kamu ingin dipuji sebagai seorang yang berani (pahlawan). Pujian itulah cukup untuk bahagianmu.”
Kemudian tibalah giliran orang kaya dihadapkan ke hadrat Allah SWT. Firman Allah:
“Apakah engkau ini tidak diberi kekayaan oleh-Ku? Sehingga engkau tidak memberikan kepada sesiapapun?”
Jawab orang kaya, ‘Tentu saja ya Tuhan, hamba ini telah diberi kekayaan oleh-Mu.”
Firman Tuhan: “Dipergunakan pada apa kekayaan yang Aku berikan padamu itu?”
Jawabnya, “Saya pergunakan untuk bersilaturrahim dan bersedekah.”
Firman Tuhan, “Kamu berdusta!”
Demikian pula para malaikat berkata, Kamu berdusta. ”
Firman Tuhan:
“Sebetulnya kamu ingin dipuji sebagai seorang yang pemurah. Pujian orang-orang itulah sebagai bahagian untukmu. ”
“Kemudian Rasulullah menepuk lututku,” kata Abu Hurairah dan Rasulullah bersabda, “Ya Abu Hurairah mereka itulah orang yang pertama-tama dinyalakan api Neraka untuknya. ”

6. Dari Muaz, Rasulullah SAW bersabda:
“Puji syukur ke hadrat Allah SWT yang menghendaki agar makhluk-Nya menurut kehendak-Nya, wahai Muaz!”
Jawabku, “Ya Sayidil Mursalin.”
Sabda Rasulullah SAW:
“Sekarang aku akan menceritakan kepadamu, bahawa apabila dihafalkan (diambil perhatian) olehmu akan berguna tetapi kalau dilupakan (tidak dipedulikan) olehmu maka kamu tidak akan mempunyai hujah di hadapan Allah kelak.”
“Hai Muaz, Allah itu menciptakan tujuh malaikat sebelum Dia menciptakan langit dan bumi. Setiap langit ada satu malaikat yang menjaga pintu langit dan tiap-tiap pintu langit dijaga oleh malaikat penjaga pintu menurut kadarnya pintu dan keagungannya.
“Maka malaikat yang memelihara amalan si hamba akan naik ke langit membawa amal itu ke langit pertama. Penjaga akan berkata kepada malaikat Hafazah: “Saya penjaga tukang umpat. Lemparkan balik amalan ini ke muka pemiliknya kerana saya diperintahkan untuk tidak menerima amalan tukang umpat.”
“Esoknya naik lagi malaikat Hafazah membawa amalan si hamba. Di langit kedua penjaga pintunya berkata: “Lemparkan balik amalan ini ke muka pemiliknya sebab dia beramal kerana mengharapkan keduniaan. Allah memerintahkan supaya ditahan amalan ini jangan sampai lepas ke langit yang lain.”
“Kemudian naik lagi malaikat Hafazah ke langit ketiga membawa amalan yang sungguh indah. Penjaga langit berkata: “Lemparkan balik amalan ini ke muka pemiliknya kerana dia seorang yang sombong.”
Rasulullah SAW meneruskan sabdanya:
“Berikutnya malaikat Hafazah membawa lagi amalan si hamba ke langit keempat. Lalu penjaga langit itu berkata: “Lemparkan balik amalan ini ke muka mpunyanya. Dia seorang yang ujub. Allah memerintahkan aku menahan amalan si ujub.”
Seterusnya amalan si hamba yang lulus ke langit kelima dalam keadaan bercahaya-cahaya dengan jihad, haji, umrah dan lain-lain tetapi di pintu langit penjaganya berkata:
“Ini adalah amalan tukang hasad. Dia sangat benci pada nikmat yang Allah berikan pada hamba-Nya. Dia tidak redha dengan kehendak Allah. Sebab itu Allah perintahkan amalannya dilemparkan balik ke mukanya. Allah tidak terima amalan pendengki dan hasad.”
Di langit keenam, penjaga pintu akan berkata:
“Saya penjaga rahmat. Saya diperintahkan untuk melemparkan balik amalan yang indah ini ke muka pemiliknya kerana dia tidak pernah mengasihi orang
lain. Kalau orang dapat musibah dia merasa senang. Sebab itu amalan ini jangan melintasi langit ini.”
Malaikat Hafazah naik lagi membawa amalan si hamba yang dapat lepas hingga ke langit ketujuh.
Rupa cahaya bagaikan kilat, suaranya bergemuruh. Di antara amalan itu ialah sembahyang, puasa, sedekah, jihad, warak dan lain-lain.
Tetapi penjaga pintu langit berkata:
“Saya ini penjaga sum’ah (ingin masyhur). Sesungguhnya si pengamal ini ingin masyhur dalam kumpulan-kumpulan dan selalu ingin tinggi di saat berkumpul dengan kawan-kawan yang sebaya dan ingin mendapat pengaruh dari para pemimpin. Allah memerintahkan padaku agar amalan ini jangan melintasiku.Tiap-tiap amalan yang tidak bersih kerana Allah maka itulah riak. Allah tidak akan menerima dan mengkabulkan orang-orang yang riak.”
Kemudian malaikat Hafazah itu naik lagi dengan membawa amal hamba yakni sembahyang, puasa, zakat, haji, umrah, akhlak yang baik dan pendiam, zikir pada Allah diiringi malaikat ke langit ketujuh hingga sampai melintasi hijab-hijab dan sampailah ke hadrat Allah SWT. Semua malaikat berdiri di hadapan Allah dan
semua menyaksikan amalan itu sebagai amalan soleh yang betul-betul ikhlas untuk Allah.
Tetapi firman Tuhan:
“Hafazah sekelian, pencatat amal hamba-Ku, Aku adalah pengintip hatinya dan Aku lebih mengetahui apa yang dimaksudkan oleh hamba-Ku ini dengan amalannya. Dia tidak ikhlas pada-Ku dengan amalannya. Dia menipu orang lain, menipu kamu (malaikat Hafazah) tetapi tidak boleh menipu Aku. Aku adalah Maha Mengetahui.”
“Aku melihat segala isi hati dan tidak akan terlindung bagi-Ku apa saja yang terlindung. Pengetahuan-Ku atas apa yang telah terjadi adalah sama dengan pengetahuan-Ku atas apa yang bakal terjadi.”
“Pengetahuan-Ku atas orang yang terdahulu adalah sama dengan pengetahuan-Ku atas orang-orang yang datang kemudian. Kalau begitu bagaimana hamba-Ku ini menipu Aku dengan amalnya ini?”
“Laknat-Ku tetap padanya.”
Dan ketujuh-tujuh malaikat berserta 3000 malaikat yang mengiringinya pun berkata:
“Ya Tuhan, dengan demikian tetaplah laknat-Mu dan laknat kami sekelian bagi mereka. Dan semua yang di langit turut berkata: “Tetaplah laknat Allah kepadanya dan laknat orang yang melaknat.”
Sayidina Muaz (yang meriwayatkan hadis ini) kemudian menangis teresak-esak dan berkata, “Ya Rasulullah, bagaimana aku boleh selamat dari apa yang diceritakan ini?”
Sabda Rasulullah SAW, “Hai Muaz, ikutilah Nabimu dalam soal keyakinan.”
Muaz bertanya kembali, ‘Ya, tuan ini Rasulullah sedangkan saya ini hanya si Muaz bin Jabal, bagaimana saya boleh selamat dan boleh lepas dari bahaya tersebut?”
Bersabda Rasulullah, “Ya begitulah, kalau dalam amalanmu ada kelalaian maka tahanlah lidahmu jangan sampai memburukkan orang lain. Ingatlah dirimu sendiri pun penuh dengan aib maka janganlah mengangkat diri dan menekan orang lain.”
‘Jangan riak dengan amal supaya amal itu diketahui orang. Jangan termasuk orang yang mementingkan dunia dengan melupakan akhirat. Kamu jangan berbisik berdua ketika di sebelahmu ada orang lain yang tidak diajak berbisik. Jangan takbur pada orang lain nanti luput amalanmu dunia dan akhirat dan jangan berkata kasar dalam suatu majlis dengan maksud supaya orang takut padamu. Jangan mengungkit-ungkit apabila membuat kebaikan, jangan merobekkan peribadi orang lain dengan mulutmu kelak engkau akan dirobek-robek oleh anjing-anjing jahanam.”
“Sebagaimana firman Allah yang bermaksud: Di neraka itu ada anjing-anjing perobek badan manusia.”
Muaz berkata, “Ya Rasuiullah, siapa yang tahan menanggung penderitaan semacam itu?”
Jawab Rasulullah SAW, “Muaz, yang kami ceritakan itu akan mudah bagi mereka yang dimudahkan oleh Allah SWT. Cukuplah untuk menghindar semua itu, kamu menyayangi orang lain sebagaimana kamu mengasihi dirimu sendiri dan benci apa yang berlaku kepada orang lain apa-apa yang dibenci oleh dirimu sendiri. Kalau begitu kamu akan selamat dan dirimu pasti akan terhindar.”

7. Nabi SAW bersabda:

Allah SWT berfirman: “Sekurang-kurangnya tindakan-Ku terhadap seorang hamba yang lebih mengutamakan nafsunya dari berbuat taat kepada-Ku ialah tidak Kuberi padanya kebahagiaan bermunajat kepada-Ku.”

8. Sayidina Ali r.a berkata:
“Dasar kekafiran itu dikelilingi oleh empat tiang iatu kasar hati, buta fikiran, lalai dan prasangka. Orang berhati kasar akan menghina kebenaran, menunjuk-nunjukkan kejahatan dan mengutuk orang-orang pandai. n
“Buta hati, lupa zikrullah dan lalai akan menghindarkan diri dari garis ketetapan dan orang yang syak wasangka akan tertipu oleh angan-angan. Sampai masanya ia ditimpa kecewa dan sesal tidak berhujung kerana diperlihatkan Allah hal-ha1 yang selama ini tidak difikirkannya.”

9. Nabi SAW bersabda:
“Sekurang-kurangnya (hati) kamu mesti berisi keyakinan dan keteguhan sabar. Siapa yang mendapatkan kedua-dua bahagian ini, tidak mengapa baginya bila kadang-kadang luput sembahyang sunat malam dan puasa sunat siang.”
“Orang-orang sabar dalam keadaan ini lebih disukai dari tampilnya setiap orang melakukan semua amal yang aku khuatir sepeninggalanku dunia akan terbuka luas di depanmu lalu masing-masing bersifat nafsi-nafsi, engkau-engkau, aku-aku dan kamu tidak kenal lagi penduduk langit. Di waktu itu siapa yang sabar dan ikhlas yang akan memenangkan pahala yang selengkapnya.”
Firman Allah:

Terjemahannya: Apa yang ada pada kamu akan habis dan apa yang di sisi Allah akan kekal dan akan Kami beri tambahan pahala pada orang-orang yang sabar dalam apa yang mereka lakukan. (An Nahl: 96)

10. Dalam athar dari Ibnu Abbas menceritakan ketika Nabi masuk ke suatu perhimpunan kaum Ansar baginda bertanya:
“Apakah saudara-saudara telah betul-betul Mukmin?”
Umar lalu menjawab, “Benar ya Rasulullah.”
Baginda bertanya lagi, “Apakah ciri-ciri iman, saudara-saudara?”
Hadirin menjawab, “Kami bersyukur atas kesenangan, bersabar atas cubaan dan redha menerima ketentuan Tuhan.” Lalu Nabi bersabda, “Memang anda semua Mukmin sejati, demi Tuhan Kaabah.”

11. Termaktub dalam sepucuk surat Khalifah Umar kepada Abu Musa Al Ashaari:
“Hadapilah sifat sabar dan ketahuilah bahawa sifat sabar itu dua macam; yang satu lebih afdhal dari yang lain. Sabar dalam musibah adalah sifat baik namun
lebih afdhal lagi sabar dalam menghindar larangan Allah SWT. Ketahuilah bahawa sabar itu bersangkutan dengan iman kerana kebajikan yang paling utama adalah taqwa dan taqwa hanya dapat dicapai dengan sabar.”

1.2. Nabi Sulaiman pemah dihukum Allah selama 40 hari
Semasa baginda dihukum, ramai orang berkasar dengannya. Sebab itu bila Nabi Sulaiman bebas dan menjadi raja semula ada seorang umatnya datang meminta maaf pada Nabi Sulaiman. Nabi Allah itu menjawab:
Aku tidak mengumpat tentang apa yang telah kamu lakukan dan tidak lupa pula memuji sikapmu sekarang. Sesungguhnya semua yang telah terjadi itu adalah perintah dari langit yang mesti berlaku.”

13. Seorang ulama’ salaf berkata:
“Setiap seorang hamba berbuat dosa, bumi tempat tegaknya minta keizinan Tuhan untuk membenamkannya dan langit yang di atas kepalanya memohon izin untuk gugur menimpanya, tetapi Tuhan berfirman pada langit dan bumi itu:
‘Tahanlah bahaya untuk hamba-Ku itu dan beri dia tempoh. Mungkin dia bertaubat pada-Ku lalu Aku ampunkan dan mungkin sahaja dia menggantikan kerja buruknya dengan amalan yang baik lalu Aku gantikan dosanya dengan pahala.”
Inilah yang dimaksudkan dengan firman Allah:

Terjemahannya: Sesungguhnya Allah menahan langit dan bumi dari terjatuh dan kalau keduanya terjatuh tiada seorang pun yang akan boleh menahan selain Dia.
(Faathir: 41)

14. Rasulullah SAW bersabda:
Ya Tuhanku, kurnialah aku dua mata yang suka berlinang menitiskan airmata sebelum datang saat di mana mata menitiskan darah dan gigi menjadi bara.”

15. Ummul Mukminin Sayidatina Aisyah bertanya kepada Nabi SAW
‘Wahai Rasulullah, apa adakah nanti umatmu yang dapat masuk syurga tanpa hisab?”
Jawab baginda: “Ada, iaitu orang yang mengenang-ngenang dosanya lalu dia menangis.”

16. Yahaya bin Muaz r.a berkata:
“Malang sekali nasib keturunan Nabi Adam. Kalau mereka mencemaskan Neraka seperti mencemaskan kemiskinan tentulah dia akan masuk Syurga.”

17. Diriwayatkan:
Bahawa seorang Nabi mengeluh kepada Allah bahawa dia telah menderita lapar, serangan tuma dan kekurangan pakaian selama bertahun-tahun dan pakaiannya hanyalah jubah bulu yang kasar dan Allah mewahyukan kepadanya:
Wahai hamba-Ku, belumkah engkau senang hati bahawa hatimu telah Aku lindungi dari sikap kafir terhadap-Ku hingga engkau minta pula diberi keduniaan?”

18. Setengah ulama’ salaf bermuuajat begini:
“Ya Allah, generasi mana yang tidak membuat kederhakaan pada-Mu namun Engkau tetap memberi rezeki kepada mereka. Sesungguhnya Maha Suci Engkau
dan Maha Penyantun. ”
“Demi kemuliaan-Mu, Engkau di derhakai manusia namun Engkau tetap menghujankan pemberian dan rezeki bagaikan Engkau tidak pandai marah, ya Tuhan kami.”

Sumber: http://www.kawansejati.org/mengenal-diri-melalui-rasa-hati/ms-08-Kata-Kata-Hikmah-Dari-Orang-orang-Soleh.html

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s