Mengenal Diri Melalui Rasa Hati: 03 Cara Cara Mendapatkan Amalan Batin

SETELAH kita tahu erti dan maksud amalan batin maka marilah kita mempelajari cara-cara mendapatkan hakikat. Mudah-mudahan dengan mengetahuinya kita akan sama-sama beramal dan bersungguh-sungguh untuk mendapatkannya.
Untuk mendapatkan hakikat (amalan batin) kita mesti melatih roh kita supaya taat pada Allah. Jasad batin (roh) kita semasa masih di alam roh lagi, yakni sebelum dimasukkan ke dalam sangkarnya jasad lahir) memang sudah kenal Allah dalam firman-Nya:

Terjemahannya: Allah bertanya pada roh): Bukankah Aku Tuhanmu. Roh menjawab: Ya kami akui, Engkaulah Tuhan kami.
(Al ‘Araaf 172)

Roh-roh kita sebelum masuk ke badan kita sudah kenal Allah, malah sudah mempersaksikan ketuhanan Allah dan sudah mengaku kehambaan pada Allah. Tetapi bila dilahirkan ke dunia, roh dikurung dalam jasad lahir bersama-sama musuhnya nafsu dan syaitan.
Tentang nafsu Allah berfirman:

Terjemahannya: Sesungguhnya nafsu itu sangat mengajak kepada kejahatan.
(YUSUF: 53)

Terjemahannya: Sejahat-jahat musuh engkau ialah nafsu engkau yang terletak di antara dua lambang engkau.
(Riwayat Al Baihaqi)

Manakala tentang syaitan, Allah berfirman:

Terjemahannya: Sesungguhnya syaitan itu terhadap munusia musuh yang sangat nyata.
(YUSUF 5)

Berhadapan dengan dua musuh batin ini, roh kita jadi lemah (rosak atau hilang rasa kehambaan) walaupun dia sudah kenal Allah, tahu wujud dan Maha Perkasanya Allah, tetapi dia (roh) tidak boleh mentaati perintah Allah. Bujukan dan tarikan syaitan dan nafsu lebih kuat dan berpengaruh. Roh kita sudah derhaka pada Tuhan, seakan-akan sudah tidak kenal Tuhan. Roh kita terbelenggu dalam jasad, dikongkong oleh nafsu dan syaitan itu. Roh kita sudah tidak takut dan tidak malu lagi pada Tuhan. Roh kita tidak rindu dan tidak cinta lagi pada Tuhan, tidak merasa hina, rendah diri dan bersifat ketuanan.

Roh kita sudah sombong, degil, hasad, tamak, berdendam, bakhil, gila dunia, kuat makan, kaki tidur dan lain-lain seumpama yang menyerupai kehendak nafsu yang terkutuk itu. Roh kita sudah dikuasai oleh jasad lahir yang beku ini (bersifat seperti tanah kerana dicipta dari tanah).
Umpama burung, roh terkurung dalam sangkar. Kerana sangkar itu kuat maka burung terpaksa berkurung di dalamnya yang sempit dan menyeksakan.
Sebaliknya kalau burung lebih kuat dari sangkar, burung akan pecahkan sangkar dan dapat terbang bebas ke seluruh alam.
Demikian kalau roh kita lebih kuat dari nafsu dan syaitan, roh dapat menundukkan nafsu dan syaitan. Waktu itu bukan jasad lahir lagi yang menguasai roh
tetapi roh yang menguasai jasad lahir.
Roh akan bebas melakukan kehendaknya mentaati perintah Allah SWT. Roh akan terbang bebas ke mana-mana dan dapat mengesan perkara-perkara ghaib.
Inilah yang berlaku pada roh para Nabi, Rasul dan wali-wali Allah. Roh tidak lagi dibelenggu dalam jasad lahir oleh nafsu dan syaitan tetapi sudah bebas, sudah dapat menundukkan nafsu dan syaitan di bawah kehendaknya, sudah melihat alam rohani, alam malakut dan alam jin. Jasad lahir tidak bererti apa-apa lagi kerana sudah diperalatkan oleh roh untuk menyembah Allah sepanjang masa.
Berbeza dengan jasad lahir, roh bukan dibuat daripada tanah tetapi dari nur (cahaya) yang berupa “A.LGI’& ” sama seperti malaikat dan jin. Sebab itu roh yang dapat bebas dari kongkongan nafsu dan syaitan akan bergerak bebas seperti cahaya, tembus di setiap ruang dan bidang.
Pandangan roh ialah pandangan tembus yang dapat membaca hati dan batin manusia. Kerana itu bersabda Rasulullah SAW

Terjemahannya: Takutilah firasat (pandang tembus) orang Mukmin kerana ia memandang dengan cahaya Allah.
(Riwayat Al Tarmizi)

Inilah rahsia diri kita yang mesti kita sedari. Bila kita sedar hakikat kejadian kita ini, barulah akan berlaku seperti apa yang disabdakan oleh Rasulullah
SAW:

Terjemahannya: Barangsiapa yang kenal dirinya, maka dia pasti kenal Tuhunnya.

Untuk meningkat ke darjat yang mulia itu, kita mesti berusaha bersungguh-sungguh, berjuang dan berkorban. Siapa sahaja boleh berjaya kalau dapat memenuhi syarat dan cara yang telah ditetapkan iaitu dengan mendidik roh kita kembali mengenal dan mencintai Allah SWT. Caranya ialah mujahadah (berperang) dengan nafsu dan syaitan. Allah berfirman:

Terjemahannya: Wahai orang-orang yang beriman, sabarlah kamu (dalam menegakkan agama Allah) dan sabarlah kamu dalam perjuangan menghadapi musuh (hawa nafsu) dan tetap teguhlah kamu (dalam barisan perjuangan) dan bertakwalah kamu kepada Allah moga-moga kamu mendapat kemenangan.
(Ali Imran: ‘200)

Antara nafsu yang mesti diperangi ialah sifat mementingkan diri sendiri, tamak, gila dunia, kedudukan dan kehormatan diri. Itu semua ialah penghalang yang cukup kuat untuk kita mendapat hakikat (amalan batin) juga sebagai hijab yang menghalang kita dari mendapat sifat kerohanian sebab ia merasakan diri sebagai tuan. Supaya diyakini, di sini ada satu kisah benar pengalaman seorang wali bernama Yazid Bustami:

Satu hari datang pada Yazid Bustami seorang temannya untuk mengadu:
“Saya telah berpuasa setiap hari dan bersembahyang setiap malam selama 30 tahun tetapi tidak juga memperolehi keringanan batin seperti yang engkau ceritakan.”
Yazid Bustami pun memintas, “Kalaupun engkau bersembahyang dan berpuasa selama 300 tahun, engkau pasti tidak dapat menemukannya.”
“Kenapa?” Tanya temannya.
Jawab Yazid, “Sifatmu yang mementingkan diri sendiri dan tamak menjadi penghalang dan hijab antara engkau dengan Allah.”
Teman itu lantas bertanya, “Katakanlah pada ku apakah ubatnya?”
“Ada ubatnya,” kata Yazid, “tetapi engkau tidak akan sanggup melakukannya. ”
Setelah dipaksa oleh temannya Yazid pun berkata:
“Pergilah ke kedai gunting yang terdekat dan guntinglah janggutmu. Bukalah sendiri bajumu kecuali ikat pinggang yang melingkari pinggangmu. Ambillah karung yang biasa di isi makanan kuda, isilah buah kenari dan gantungkanlah karung itu di lehermu. Kemudian pergilah ke pasar sambil menangis, laungkanlah begini: “setiap kanak-kanak yang memukul batang leherku akan dapat sebiji kenari! ” Selanjutnya pergilah ke tempat persidangan kadi, hakim dan ahli hukum, katakanlah kepada
mereka: “Selamatkanlah jiwaku.”
Teman itu berkata, “Sungguh aku tidak sanggup berbuat begitu. Berilah cara pengubatan yang lain.”
Yazid berkata, “Yang aku ceritakan tadi adalah cara pengubatan pendahuluan yang sangat perlu dilakukan untuk mengubati penyakitmu. Tapi sebagaimana yang aku katakan tadi, engkau tidak dapat disembuhkan lagi.”
Yazid Bustami seorang wali Allah yang mukasyafah dapat membaca hati (rahsia batin) temannya yang berjuang untuk nama, pangkat dan sanjungan manusia. Sebab itu beliau (Yazid) perintahkan sahabat itu bermujahadah dengan nafsunya itu dengan cara menghina diri di pasar dan mengaku jahat di hadapan kadi dan hakim. Perintah itu memang berat, tetapi pada Yazid tiada jalan lain lagi. Itulah cara mujahadatunnafsi yang mesti.

Begitulah pentingnya mujahadatunnafsi kepada siapa sahaja yang ingin meningkatkan kerohaniannya. Selagi nafsu itu tidak dapat dipatahkan, selama itulah roh tidak akan suci dan bersih. Dan kalau roh tidak bersih, Allah tidak akan memasukkan taufik ke dalam hati yang kotor. Sebab benda yang berharga Allah akan letak di tempat yang mulia. Roh umpama wadah. Kalau ia kotor taufik tidak akan masuk. Kalau tiada taufik, roh kita akan terhijab dan kita tidak akan dapat meningkatkan kerohanian (amalan batin) ke taraf kerohanian yang tinggi. Dan tanpa kerohanian, hati (roh) tidak akan selamat dari penyakit-penyakit mazmumah. Firman Allah:

Terjemahannya: Hari Qiamat ialah hari di mana anak dan harta tidak dapat memberi manfaat kecuali mereka yang menghadap Allah membawa hati yang selamat sejahtera.
(Asy-Syuara’: 88-89)

Amalan lahir seperti sembahyang, puasa, walaupun dilakukan sepanjang hari dan setiap malam sembahyang tahajjud (seperti cerita di atas), berjihad, berkorban, belajar, menutup aurat dan lain-lain, tidak akan dapat menjamin selamatnya hati. Apa yang menjamin selamatnya hati ialah mujahadatunnafsi. Inilah amalan batin yang wajib kita lakukan.

Suatu hari di dalam kuliahnya, seorang ulama sufi, Bisyulhafi bercerita kepada muridnya bahawa, beristeri ramai itu tidak menafikan zuhud.
Salah seorang muridnya yang mengetaui bahawa gurunya tidak pernah berkahwin, lalu bertanya:
“Tuan, kalau begitu kenapa tuan tidak berkahwin? Bukankah menyalahi sunnah?”
Bisyulhafi pun menjawab, “Aku tidak sempat melakukan sunnah itu kerana sibuk. Sibuk melakukan perkara yang lebih fardhu yang belum selesai iaitu mujahadatunnafsi.”

Begitu pandangan ahli sufi tentang pentingnya mujahadatunnafsi. Mereka tidak pernah rehat memerhatikan perjalanan nafsu dan syaitan, supaya nafsu dan syaitan itu sentiasa dapat diperangi dan dikalahkan untuk menghambakan diri pada Allah SWT.
Dan kita, kalau mahu berjumpa Allah dengan selamat, itulah juga jalannya. Tanpa jalan ini, kita dapat juga berjumpa Allah (kerana kita semua akan mati) tetapi dalam keadan susah-payah dan hina-dina, wal ‘iyazubillah.
Jalan keselamatan itu ialah melakukan mujahadatunnafsi. Kita mesti bermujahadah atas semua mazmumah (penyakit hati yang dihidupkan oleh nafsu) setiap kali ia menyerang kita. Penyakit hati ini ialah semua sifat batin yang bertentangan dengan amalan batin yang saya bahagikan kepada dua iaitu:
1. Penyakit hati terhadap Allah.
2. Penyakit hati terhadap manusia.

Antara penyakit hati terhadap Allah:
– Tidak khusyuk beribadah
– Lalai dari mengingati Allah
– Tidak yakin dengan Allah
– Tidak ikhlas dengan Allah
– Tidak takut pada ancaman Allah
– Tidak harap pada rahmat Allah
– Tidak redha akan takdir Allah
– Tidak puas dengan pemberian Allah
– Tidak sabar atas ujian Allah
– Tidak syukur atas nikmat Allah
– Tidak terasa diawasi Allah
– Tidak terasa hebatnya Allah
– Tidak rindu dan cinta dengan Allah
– Tidak tawakal pada Allah
– Tidak rindu pada syurga dan tidak takut pada neraka
– Gila dunia, buang masa dengan sia-sia
– Penakut (takut pada selain Allah)
– Ujub
– Riak
– Gila puji dan kemasyhuran

Manakala penyakit hati (mazmumah) terhadap manusia:
– Benci membenci
– Rasa gembira kalau dia mendapat celaka dan rasa sedih kalau dia berjaya
– Mendoakan kejatuhannya
– Tidak mahu minta maaf dan tidak memaafkan kesalahannya
– Hasad dengki
– Dendam
– Bakhil
– Buruk sangka
– Tidak bertolak ansur
– Tidak bertimbang rasa
– Tidak tolong-menolong
– Tamak
– Degil dan keras hati
– Mementingkan diri sendiri
– Sombong
– Tidak sabar dengan ragam manusia
– Memandang hina kepada seseorang
– Riak
– Ujub
– Rasa diri bersih

Terhadap semua penyakit ini kita wajib melakukan mujahdatunnafsi. Firman Allah.

Terjemahannya: Wahai orang-orang beriman, sabarlah kamu (dalam menegakkan agamu Allah) dan sabarlah kamu dalam perjuangan menghadapi musuh (hawa nafsu) dan tetap teguhlah kamu (dalam barisan perjuangan) dan bertaqwalah kamu kepada Allah moga-moga kamu mendapat kemenangan.
(Ali Imran: 200)

Terhadap mazmumah dengan Allah, langkah-langkah mujahadah kita ialah: Membanyakkan ibadah-ibadah hablumminallah seperti sembahyang sunat (dengan faham, khusyuk dan istiqamah), zikrullah, wirid dan tahlil, membaca al Quran, berdoa, tafakur dan sebagainya.

1. SEMBAHYANG
Perkara penting yang perlu diambil perhatian semasa menunaikan sembahyang hendaklah khusyuk. Ini berpandukan apa yang diingatkan oleh baginda Rasulullah SAW kepada Abu Zar:

Ya Abu Zar dua rakaat sembahyang yang dilaku kan dengan khusyuk itu lebih baik duri sembahyang sepanjang malam tetapi dengan hati yang lalai

Sembahyang yang khusyuk bolehlah diertikan sembahyang yang sempurna lahir dan batin. Ketika jasad mengadap Allah, hati jug-a tunduk menyembah Allah.
Ketika mulut menyebut Allahu Akbar, hati juga mengaku Allah Maha Besar. Ketika jasad sujud menghina diri, hati juga menyungkur menghina diri.
Dan ketika mulut memuji mengagungkan Allah dan berdoa pada Allah, hati juga memuja, merintih dan karam dalam penyerahan pada Allah.
Telah bertanya Jibril pada Nabi SAW:

Terjemahannya: Khabarkan padaku apa itu ihsan ?
Dijawab baginda, Engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihat-Nya. Jika tidak kelihatan, yakinlah bahawa Dia sentiasa melihat engkau. Kalaulah dapat dihayati sembahyang itu, sebagaimana yang dianjurkan di atas, kesannya akan cukup besar pada diri dan jiwa manusia. Iman akan bertambah di samping bertambahnya rasa tawakal, syukur, redha, sabar dan lain-lain sifat mahmudah.

Cukuplah sedikit rakaat sembahyangnya asal khusyuk daripada banyak sembahyang tetapi lalai. Sebab perkara yang menjadi matlamat ibadah ialah membuahkan iman dan akhlak manusia. Kalau banyak pun rakaatnya tetapi dikerjakan dengan hati yang lalai, maka bukan sahaja iman dan akhlak tidak bertambah, malah ia menjadi sia-sia. Mungkin pahalanya Allah berikan juga, tetapi banggakah kita kalau perniagaan yang kita buat hanya mengembalikan modal langsung tidak untung?
Sembahyang yang lalai tidak akan menambahkan iman dan menguatkan jiwa sebaliknya meletihkan badan sahaja.
Di Padang Mahsyar nanti, Allah akan memanggil manusia yang sembahyang untuk diperiksa sembahyangnya. Waktu itu sembahyang akan dikategorikan pada lima peringkat:
1. Sembahyang orang jahil.
2. Sembahyang orang lalai.
3. Sembahyang orang yang lalai separuh khusyuk.
4. Sembahyang orang khusyuk.
5. Sembahyang Nabi-Nabi dan Rasul

Sembahyang orang jahil ialah sembahyang yang dilakukan oleh orang yang tiada ilmu tentang sembahyang. Dia tidak tahu tentang rukun dan sunat dan dibuat tanpa peraturan yang telah ditetapkan syariat. Kerana itu awal-awal lagi sembahyangnya ditolak malah ia berdosa kerana tidak belajar.
Sembahyang orang lalai ialah sembahyang yang walaupun sempurna lahirnya tetapi hatinya tidak hadir langsung dalam sembahyang. Bermacam-macam perkara yang diingatkan sewaktu berdiri, rukuk, sujud dan duduk dalam sembahyangnya itu. Dari awal hingga akhir sembahyangnya sedikit pun tidak mengingati Allah.
Sembahyang jenis ini diganjarkan dengan dosa bukan dengan pahala. Allah berfirman:

Terjemahannya: Neraka Wail bagi orang yang sembahyang. Yang mereka itu lalai dalam sembahyangnya.
(Al Maaun: 4-5)

Sembahyang yang ketiga ialah sembahyang yang di dalamnya berlaku tarik menarik dengan syaitan. Maknanya orang itu sentiasa berjaga bila syaitan mula melalaikannya dari Allah, cepat-cepat dikembalikan ingatannya pada Allah. Begitulah seterusnya berlakunya hingga akhir sembahyang. Ada waktu lalai dan ada waktu khusyuk. Sembahyang ini tidak berdosa dan tidak juga berpahala. Cuma orang itu dimaafkan.

Sembahyang orang khusyuk ialah sembahyang orang yang sepanjang sembahyangnya itu penuh dengan ingatan pada Allah dan pada apa yang dibacakannya dalam sembahyang. Orang ini dapat merasakan yang dia sedang mengadap Allah, maka perhatiannya hanya pada Allah. Orang ini sembahyangnya bererti janjinya pada Allah, memohon ampun pada Allah, berdoa pada Allah, menghina diri pada Allah dan mengagungkan Allah. Sembahyang beginilah yang akan menghapuskan dosa, membaharui ikrar, menguatkan iman, mendekatkan hati pada Allah, meningkatkan taqwa dan mengelakkan diri dari perbuatan keji dan mungkar. Itulah keuntungan di dunia dan di akhirat Allah menganugerahkan pahala syurga yang penuh kenikmatan.

Sembahyang yang kelima ialah peringkat tertinggi iaitu sembahyang para Nabi dan Rasul. Mereka ini luar biasa khusyuknya. Mereka benar-benar nampak Allah dengan mata hati. Dalam sembahyang mereka seakan-akan sedang berbual-bual dengan Allah. Sebab itu mereka tidak pernah jemu dengan sembahyang. Bagaimana indahnya perasaaan hati orang yang dapat bertemu kekasihnya, begitulah indahnya perasaan mereka ini dalam sembahyang.Salah satu perkara utama yang disukai oleh Rasulullah SAW ialah sembahyang. “Sembahyang penyejuk mataku,” menurut sabda baginda.

Syurga yang akan Allah anugerahkan pada mereka ialah syurga tertinggi yang tidak tercapai oleh orang-orang awam seperti kita. Jadi tugas kita sekarang ialah memperbaiki sembahyang di samping membanyakkannya. Untuk itu kita sekali lagi mesti mujahadah. Dan hanya dengan mujahadah kita mungkin dapat mempertingkatkan iman dan membanyakkan amalan soleh. Dan hanya dengan iman dan amal soleh sajalah kita dapat membina dan mencantikkan rumah kita di akhirat nanti.

2. ZIKRULLAH, WIRID DAN TAHLIL
Semua ibadah-ibadah zikrullah ini kalau dikerjakan dengan betul akan meresap ke hati dan menghasilkan iman, ketenangan, serta kebahagiaan di hati.
Firman Allah:

Terjemahannya: Ketahuilah bahawa dengan mengingati Allah itu, hati akan tenang.
(Ar Ra’d: 28)

Syaratnya mestilah ibadah itu dilakukan dengan beradab, difahami dan dihayati maksudnya. Misalnya kita menyebut

mestilah diberitahu hati bahawa Maha Suci Allah dari kekurangan yang disifatkan pada-Nya.
Bila menyebut

resapkan di hati bahawa segala puji bagi Allah, segala kebaikan, nikmat dan rahmat yang memenuhi langit dan bumi adalah kepunyaan Allah. Kenangkan segala pemberian Allah pada kita semasa menyebut pujian itu supaya dengan itu akan terasa hubungan kita dengan Allah.
Begitu juga ketika menyebut

sedarkan hati bahawa Allah Maha Besar, Maha Pencipta, Maha Perkasa dan Maha Pentadbir seluruh langit dan bumi. Rasailah betapa kerdilnya kita di bawah pemerhatian Allah yang hebat itu.

3. MEMBACA QURAN
Al Quran ialah Kitabullah, diturunkan khusus untuk kita manusia. Membacanya adalah ibadah, memahaminya ialah ubat, mengikutinya adalah petunjuk dan
menghayatinya menambah iman dan taqwa. Rugi besarlah orang yang menganggap remeh dan ringan dengan Al Quran.
Bertanya Allah dalam surah Al Waaqiah:

Terjemahannya: Sesungguhnya Al Quran ini adaluh bacaan yang sangat mulia. Terdapat dalam kitab yang terpelihara (lauhul mahfuz). Tidak menyentuhnya kecuali orang-orang yang disucikan. Diturunkan dari Tuhan semesta alam. Maka apakah kamu mengangap remeh sahaja Al Quran ini? Kamu (mengganti) rezeki (Allah) dengan mendustakan Allah.
(Al Waaqiah: 77-82)

Umat Islam kini memang begitu, menyama-ratakan kitab mulia ini dengan buku ciptaan manusia. Sewaktu-waktu, Al Quran dipermainkan untuk suka-suka dengan tujuan duniawi semata-mata. Alangkah sedihnya. Kembalilah, sama-sama kita junjung pusaka mulia, warisan yang betul-betul diuntukkan pada kita. Kita agungkan seagung-agungnya untuk kita perjuangkan sungguh-sungguh. Barulah padan dengan kemuliaan dan kehebatan yang ada padanya.

Di antara adab-adab yang perlu dilakukan ketika kita membaca Kitab mulia ini ialah:
– Berwuduk.
– Tempat duduk adalah bersih dan suci seperti masjid, surau dan lain-lain.
– Mengadap kiblat.
– Bacaan dilakukan dengan tertib yakni dengan terang dan perlahan dan lambat-lambat.
– Memahami dan menghayati bacaan dengan melakukan apa yang dikehendaki oleh ayat yang dibaca. Misalnya kita baca ayat tasbih, maka kita pun berdoa dan bertasbih.
– Bila membaca ayat doa dan istighfar, kita pun berdoa dan meminta ampun.
– Bila membaca ayat menceritakan azab Neraka, kita pun minta berlindung dari Neraka dengan doa:
– Bila membaca ayat yang menceritakan nikmat syurga kita pun berdoa:
– Bila baca ayat orang kafir mensyirikkan Allah, kita segera menafikan dengan ucapan

dan begitulah seterusnya.Ucapan-ucapan ini boleh diucapkan di mulut atau di hati tetapi yang penting kesungguhan dan keikhlasan kita menyebutnya (mengucapkannya) .
– Bacaan dibuat dengan suara dan nada yang merdu dan sedap.
– Jangan putuskan bacaan hanya kerana hendak makan atau berbual-bual. Hentikan ia di tempat-tempat yang telah ditentukan. Elok diakhiri dengan doa.

Sesungguhnya kalau kandungan Al Quran itu ditatap selalu dengan kefahaman dan keimanan, Insya-Allah hati akan terdidik untuk tambah beriman dan bertaqwa.

4. BERDOA
Berdoa juga adalah ibadah, juga sumber iman dan pergantungan diri kepada Allah. Orang-orang yang tidak mahu berdoa kepada Allah sebenarnya sombong dengan Allah. Bukankah terlalu banyak hajat, keinginan dan harapan kita yang hanya mungkin tercapai dengan pertolongan Allah?

Kalau begitu, berdoalah. Adukan semua masalah kepada Allah dan gantungkan harapan penuh kepada-Nya. Berdoalah di tempat-tempat dan di waktu-waktu yang di “kabul doa” dengan hati yang penuh khusyuk, mengharap dan yakin serta sabar, insya Allah ia akan menjadi sumber ketenangan dan kebahagiaan.

Sebab sudah fitrah manusia apabila ia dalam kesusahan ia akan mengalami ketegangan fikiran dan perasaan. Satu-satunya cara mengubat penyakit ini ialah dengan mengadu, mengharap dan menyandarkan diri kepada suatu kuasa yang boleh menolongnya menyelesaikan masalah itu. Kerana itu, Islam mengajar doa. Sebab hanya Allah-lah kuasa mutlak yang layak dan mampu berbuat begitu. Faedah berdoa ialah jiwa yang lemah akan jadi kuat, hati yang susah jadi senang dan perasaan yang gelisah jadi tenang. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

Terjemahannya: Berfikir satu saat itu lebih baik daripada ibaduh setahun.

Anjuran berfikir bertujuan menyedarkan manusia tentang sifat wujud Allah dan Maha Kuasanya Allah. Perkara-perkara yang elok difikirkan ialah tentang diri sendiri. Allah mulakan kejadian kita hanya daripada setitik air mani. Harga setitik air mani adalah lebih rendah daripada harga sebiji padi kalaulah Allah tidak menanamkannya di dalam rahim perempuan.

Tidak juga akan berharga kalau Allah tidak memelihara, menghidupkannya dengan memberi segala keperluan untuk tinggal di dalam rahim. Belum juga akan berharga sekiranya Allah tidak memudahkan baginya keluar ke atas bumi. Dan belum juga akan berharga kalau Allah tidak besarkan serta diberi akal fikiran.
Dengan akal yang Allah kurniakan manusia jadi raja, menteri, hulubalang, pengawal keselamatan, ahli fikir, professor, doktor, juruteknik, jurutera, pensyarah, guru dan lain-lain yang pandai, kuat, kaya dan hidup lepas bebas. Dengan akal fikiran, manusia telah dapat meratakan gunung, membelah angkasa, menyelami lautan dan memperkosa bumi semahu-mahunya. Tetapi tidak selamanya begitu. Kita tidak akan boleh semahu-mahunya dan tidak selama yang kita kehendaki.

Kita mesti mati. Kenapa tidak dihalang mati itu? Tidak mungkin, sepertilah tidak mungkinnya kita mendatangkan diri kita ke dunia ini dahulu.
Firman Allah dalam Al Quran:

Terjemahannya: Allah, Dialah yang menciptakan kamu daripada keadaan lemah kemudian Dia menjadikan kumu sesudah lemah itu menjadi kuat, kemudian Dia menjadikan (kamu) sesudah kuat itu lemah (kernbali) dan beruban. Dia menciptakan apa yang dikehendaki-Nya. Dan Dialah yang Maha Mengetahui lagi Maha Perkasa.
(Ar Rum: 54)

Sesudah mati, Allah berjanji untuk menghidupkan dan membangkitkan kita kembali di hari Qiamat. Apakah alasan untuk tidak percaya akan janji Allah itu? Siapakah kita untuk menolak kedatangannya?
Firman Allah:

Terjemahannya: Tidaklah (susah) menciptakan dan membangkitkan kamu (dari dalam kubur) melainkan hanya seperti (mencipta dan membangkitkan) satu jiwa sahaja. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.
(Luqman: 28)

Fikirkan pula nikmat-nikmat Allah saat ini. Mata, telinga, kaki, tangan semuanya yang sangat penting untuk keperluan hidup, Allah kurniakan tanpa menagih bayaran satu sen pun daripada kita. Walhal harga sepasang kaki palsu sudah beribu-ribu ringgit, gigi palsu juga mahal. Maka apalagi mata, telinga, hati, lidah dan akal yang Allah kurniakan, tentunya memang tidak ternilai.

Dengan apa hendak dibalas pemberian yang begitu besar? Fikirkan pula apakah sudah kita berterimakasih kepada Allah? Sudahkah kita tunaikan suruhan-Nya ? Sudahkah kita berhenti daripada membuat perkara-perkara yang dilarang-Nya? Sudah cukupkah bakti kita sebagai hamba untuk membalas kemurahan dan kasih sayang Allah pemelihara kita itu?

Diceritakan, telah meninggal seorang abid lalu Allah memanggilnya untuk diberitahu bahawa dia akan dimasukkan ke syurga sebagai satu kemurahan dan rahmat Allah kepadanya. Mendengarkan itu, si abid merasa tidak puas hati kerana ia dapat ke syurga hanya melalui belas kasihan Allah sedangkan di dunia dia begitu kuat ibadah. Si abid lalu memohon dimasukkan ke syurga yang setimpal dengan amal ibadahnya yang banyak itu. Allah SWT memerintahkan malaikat menghitung
dan menilai ibadah si abid itu. Bila selesai, Allah mengumumkan bahawa ibadah-ibadah yang dibuat oleh si abid itu tidakpun cukup untuk membayar
harga sebelah matanya. Bagaimana untuk mendapatkan syurga? Si abid pun tersipu-sipu lalu memohon agar berpeluang masuk ke syurga.

Demikian satu contoh menunjukkan nilai amal bakti kita ini masih belum sepadan dengan pemberian Allah pada kita, malah kalaupun setiap saat dari umur kita, kita gunakan untuk menghambakan diri kepada Allah pun belum padan. Apalagi kalau seseorang yang sombong, engkar dan derhaka kepada Allah. Sesuai sangatiah Allah lontarkan dalam api dan tersiksa selama-lamanya. Lihat pula beras yang kita jadikan nasi. Dapatkah pokok padi itu tumbuh dengan sendiri kalau Allah tidak diturunkan hujan dan kalau tanah tidak direkahkan supaya biji yang didalam tanah itu dapat menembus naik untuk mendapatkan cahaya matahari?

Dapatkah manusia membuat air? Dapatkah manusia melubangi tanah dengan sehalus-halusnya hingga akar pokok itu dapat menjalar mencari makanan dan
minumannya? Manusia menanam, tetapi siapa yang menumbuhkannya?
Sesudah berfikir dan membuat kesimpulan, patutlah hati terus celik, nampak kewujudan, kemurahan dan kekuasaan Allah SWT. Sepatutnya hati akan menyedarkan akal tentang perlunya Allah itu disembah. Hati selanjutnya akan mengarahkan kaki, tangan dan seluruh anggota lahir menunaikan perintah Allah dan berhenti daripada mengerjakan larangan-Nya. Kalau tidak begitu, patut sangat ditangisi kerana butanya hati yang sebenarnya lebih parah daripada buta mata.
Kemudian dongakkan muka ke langit. Lihat matahari yang naik dan turun, memberi panas dan menjadikan waktu yang bermusim-musim. Bulan yang kecil dan besar, menjadikan malam kadang-kadang gelap dan kadang-kadang-terang, menjadikan air laut pasang dan surut. Lihat bintang-bintang yang berkerdipan menghiasi langit berseri-seri.

Lihat semua itu dan sebutlah Allah. Resapkan di hati berapa besar kuasanya Dia dan pemurahnya Dia. Dengan itu mudah-mudahan lembutlah hati kita untuk tunduk menyembah dan mengabdikan diri kepada Allah.
Bersabda Rasulullah SAW maksudnya:

Siapa yang mendongak ke langit melihat bulan dan bintang kemudian terasa betapa kuasanya Allah, muka sebanyah bilangan bintang-bintangnya itulah dosanya diampunkan.

Seseorang yang melihat alam kemudian berfikir tentang Allah lalu terasa kehebatan Allah hingga lembut hatinya, terus mahu tunduk menyembah Allah dengan sedar dan khusyuk, itulah manusia yang sempurna. Dia sedar dirinya sebagai barang ciptaan Allah maka ia mahu menyerahkan kembali pemberian itu kepada Allah. Berjayalah dia di dunia dan akhirat.

Di dalam Al Quran Allah berulang-ulang kali menyuruh manusia berfikir, menggunakan akal yang diberikan untuk menyaksikan wujud dan perkasanya Allah. Firman-Nya:

Terjemahannya: Tidakkah kamu Perhatikan sesungguhnya Allah telah menundukkan (untuk kepentinganmu) apa yang di langit dan di bumi dan menyempurnakan untukmu nikmut-Nya lahir dan batin. Dan sebahagian manusia masih ada yang membantah tentang keesaan Allah tanpa ilmu pengetahuan atau petunjuk dan kitab yang memberi penerangan.
(Luqman: 20)

Terjemahannya: Dan di antara kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya dan dijadikannya di antara kamu kasih sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu sebagai bahan renungan lagi kaum yang berfikir.
(Ar Rum: 21)

Terjemahannya: Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan kamu dari tanah kemudian tiba-tiba kamu (menjadi) manusia yang berkembang biak (menguasai bumi).
(Ar Rum: 20)

Terjemahannya: Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nyd ialah penciptaan langit dan bumi dan begitu juga berlain-lainan bahasa dan warna kulitmu. Sesungguhnya pada yang demikian itu sebagai bahan renungan bagi orang-orang yang mengetahui.
(Ar Rum: 22)

Terjemahannya: Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah penciptaan langit dan bumi dan berlain-lainan bahasa dan warna kulitmu. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang mendengar.
(Ar Rum: 23)

Terjemahannya: Dan di antara tanda-tanda kekuasaun-Nya Dia memperlihatkan kepadamu kilat untuk (menimbulkan) ketakutan dan harapan dan Dia menurunkan air dari langit lalu menghidupkan bumi dengan air itu sesudah matinya. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tar&a-tanda bagi kaum yang mempergunakan akalnya.
(Ar Rum: 24)

Terjemahannya: Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah terbinanya langit dan bumi dengan perintah-Nya. Kemudian apabila Dia memanggilmu dengan sekali panggilan dari bumi, ketika itu (juga) kamu keluar (dari kubur).
(Ar Rum: 25)

Seperkara lagi yang patut difikirkan ialah tentang dosa kita kepada Allah dan sesama manusia. Berapa banyak dosa kita kepada Allah dan sesama manusia? Selamatkah kita daripada siksaan dan kemurkaan Allah di dunia dan di Akhirat? Mampukah kita berhadapan dengan Munkar dan Nakir di dalam kubur nanti? Tahankah kita dengan bakaran api Neraka? Fikirkan itu selalu, insya-Allah akan melembutkan hati. Kemudian terapkan keyakinan yang sungguh-sungguh bahawa mati itu benar, memasuki liang kubur itu adalah benar, soalan Munkar dan Nakir itu adalah benar. Melintasi Siratul Mustaqim itu benar, pembalasan siksa Neraka dan nikmat Syurga adalah benar belaka. Pasti berlaku tanpa syak dan ragu. Sekiranya penerangan itu diulang-ulang setiap hari, insya-Allah hati akan dimasuki iman yang waja yang tidak mudah digoyangkan walau dengan ‘ribut taufan’ yang kuat dan dahsyat.

Usaha lain yang baik dibuat untuk mendapatkan iman ialah berpuasa sunat, berjuang, berjihad, bersedekah, menziarahi orang sakit atau jenazah dan lain-lain lagi. Kalau amalan-amalan itu dilakukan mengikut adab dan tujuan yang dianjurkan syariat, semuanya akan menambahkan iman. Perlu pula diingatkan bahawa setiap dosa sama ada kecil apalagi besar ialah perosak dan peruntuh iman.
Rasulullah SAW bersabda:

Terjemahannya: Bukanlah seseorang yang berzina ketika berzina seorang mukmin.

Ertinya seseorang yang sedang berzina itu rosak dan hilanglah imannya. Jadi bagi orang yang betul-betul mahu memelihara dan meningkatkan imannya janganlah melakukan dosa. Kalau terbuat, cepat-cepat istighfar, menyesal dan taubat. Iman juga boleh berkurang sesudah naik atau boleh naik sesudah turun. Inilah sifat iman kita iman orang ilmu. Sebab itu supaya tidak mengalami penurunan, iman mesti dibaja selalu dengan cara-cara yang banyak dihuraikan di atas.

Sesiapa yang rajin, selamatlah ia, sebaliknya sesiapa yang cuai akan terimalah akibatnya. Saya tegaskan bahawa ibadah-ibadah di atas mesti dilakukan dengan khusyuk dan tawadhuk. Kalau tidak, ibadah itu tidak akan bererti apa-apa. Umpama orang yang lapar mengambil nasi hanya untuk dimain-main tanpa disuapkan ke mulut. Akan hilangkah laparnya?

Begitulah ibadah, kalau tidak dihayati, roh tidak akan memperolehi apa-apa. Lebih baik tidak sembahyang sunat kalau gopoh-gapah. Sudahlah kita tidak beradab dengan Allah, kesan sembahyang pada hati itu pula tidak ada. Tetapi dengan ibadah-ibadah yang khusyuk kita akan membiasakan hati untuk:
– Membesarkan Allah,
– Mengenal Allah,
– Menghina diri dan malu dengan Allah,
– Takut ancaman Allah dan harap nikmat Allah,
– Terasa diawasi oleh Allah,
– Terasa gerun dan hebat dengan Allah dan cinta kepada-Nya.

Bila sudah masuk perasaan-perasaan begitu dalam hati dengan sendirinya hati kita akan beramal baik:

1. Bila kita menerima nasib buruk, kita akan redha sebab kita yakin Allah yang mentakdirkannya dan Allah cukup adil, pengasih dan setiap takdir-Nya adalah membawa kebaikan dan bukan untuk menganiaya dan menyeksakan kita. Lagi pun nasib buruk itu hanya satu manakala nikmat-nikmat lain pula tidak terhitung banyaknya.

2. Bila datang ujian kita akan sabar. Allah menguji kita atas dua maksud:
a. Untuk menghapuskan dosa. Kita memang berdosa sama ada disedari atau tidak. Jadi patutlah diuji untuk ingatkan kita bahwa kejahatan itu jangan dibuat lagi. Balasan di dunia pun rasanya tidak tahan apalagi balasan Neraka. Bagaimanapun kita terimalah balasan (ujian Allah itu) dengan tenang sambil mengharapkan ujian itu akan berakhir dan dosa kita terampun dan kita akan tenang semula.
b. Untuk meninggikan darjat kita. Kita cukup suka kalau dapat naik pangkat. Jadi kalau ada ujian-ujiian Allah yang bermaksud menguji kesabaran kita supaya dinaikkan darjat kita maka patutlah sangat kita terima, sabar dan senang hati dengannya.

3. Bila datang nikmat Allah sama ada lahir atau batin, kita akan bersyukur. Kita akan rasa keselesaan lahir kita dan ketenangan jiwa kita semuanya pemberian Allah (kuasa Allah dan nikmat daripada-Nya) . Kita tidak akan dapat mengadakan sendiri tanpa izin dan pertolongan Allah. Sebab itu kita sentiasa rasa berterima kasih kepada Allah. Perasaan itu menolong kita untuk ingat serta cinta kepada Allah serta redha kepada kehendak-Nya di samping membanyakkan ibadah-ibadah yang disukai-Nya serta ingin mengorbankannya kepada Allah sebagai tanda syukur kepada-Nya.

4. Setiap kali selesai berusaha, berikhtiar dan beribadah kepada Allah, kita akan menyerahkannya kepada Allah sebagai hak mutlak-Nya untuk ditentukan hasilnya baik atau buruk, jaya atau gagal. Hatta diri kita ini berada dalam tangan-Nya. Kita serah kepada-Nya dan baik sangka kepada-Nya untuk diaturkan mengikut kehendak-Nya juga.

5. Setiap kali kita buat dosa, kita akan takut kepada Allah. Hukuman Allah di dunia dan di Akhirat pasti berjalan kepada sesiapa yang berdosa. Maka hendaklah kita bertaubat (menyesal dan berjanji tidak akan membuatnya lagi). Kemudian, harapkan pula pengampunan Allah kerana Allah adalah Tuhan yang Maha Pemaaf, Maha Sopan Santun dan Lemah-Lembut.

6. Kita akan sentiasa beradab dan malu dengan Allah yakni sentiasa menunaikan kehendak-Nya dengan penuh takut, rindu, harap dan cinta kepada-Nya dan cukup malu untuk sombong kepada-Nya, membelakangkan-Nya dan menjauhi-Nya. Ertinya kita sentiasa tawadhuk dengan Allah, khusyuk, berhati-hati, bimbang dan cemas kalau-kalau tersilap dengan Allah.

7. Kita juga akan sentiasa merenung dan menyesali diri, apakah kita sudah mendapat keredhaan Allah dan keampunan daripada-Nya. Kita yang selalu lalai, cuai dan lemah serta berdosa ini, layakkah mendapat keredhaan dan pengampunan-Nya? Masa ibadah kita terlalu pendek dibandingkan dengan masa kita berbual-bual kosong, berangan-angan fikir hendak luaskan dunia kita, bermegah-megah dengan harta, anak dan pengikut dan lain-lain kelalaian lagi.

8. Layakkah kita ini masuk ke dalam Syurga? Belum pernah tercabut roma kita kerana berjuang di jalan Allah sedang ahli syurga seperti Nabi dan para sahabat pernah tercabut gigi, pecah muka, remuk tulang dan hilang nyawa kerana berjuang mempertahankan agama Allah. Pengorbanan apa yang telah kita buat yang kehebatannya mampu menebus kita dari api neraka?

9. Setiap kali apa-apa yang kita ingini, tidak kita perolehi, kita akan redha sebab kita sedar bukan kita yang menunaikan hajat tetapi Allah. Dialah yang memberi rezeki dan menyempitkannya. Sebab itu kita tenang, kita redha dan sabar dengan kehendak Allah. Kita rasa lemah, kita tidak mampu menunaikan hajat sendiri tanpa bantuan Allah dan kita rasa malu pula untuk tidak redha dengan Allah. Siapa kita? Nyawa yang masih ada ini pun Allah punya. Kalau Allah matikan kita lagi teruk. Semuanya terlepas. Kerana itu kita rasa tidak mengapalah nikmat yang sedikit itu Allah tidak beri. Kita hanya boleh meminta bukan memaksa. Meminta sifat hamba dan memaksa itu sifat tuan.

Kalaulah perasaan-perasaan (amalan-amalan batin) itu tidak ada dalam jasad batin kita, itu tandanya mujahadah kita tidak kuat dan ibadah kita tidak sampai matlamatnya (untuk mendidik jiwa) . Kenalah ditambah usaha lagi. Kalau ibadah cukup dan sampai matlamat, kita akan jadi orang yang bahagia, tenang dan selamat daripada sakit jiwa. Bukan kerana kita kaya, ternama dan terhormat, tetapi kerana hati kita puas dengan apa yang ada:
– Sakit pun bahagia apalagi sihat
– Miskin pun bahagia apalagi kaya
– Seorang pun bahagia apalagi kalau berpengikut
– Dihina pun bahagia apalagi dipuja.

Tetapi kalau hati yang tidak bersih (tidak kenal Allah), tidak berhakikat (tasawuf), dia tidak akan rasa bahagia, dia tidak pernah puas dengan nasibnya:
– Kaya pun tidak bahagia apalagi kalau miskin
– Sihat pun tidak bahagia apalagi kalau sakit
– Disanjung pun tidak bahagia apalagi kalau dihina
– Ada pengikut pun tidak bahagia apalagi kalau keseorangan.

Orang yang boleh mendapat kebahagiaan sebenarnya hanyalah orang yang mempunyai tasawuf (kerohanian) yang tinggi. Merekalah yang membangunkan dan mendapatkan syurga untuk dunia dan Akhirat mereka. Amalan-amalan mereka lahir dan batin menyelamatkan mereka di dunia dan Akhirat. Hati mereka yang selamat di dunia itu jugalah yang akan selamat di Akhirat. Merekalah yang mendapat kemanisan iman, kelazatan beribadah kerana hatinya benar-benar cinta Allah dan Rasul dan benci kepada mungkar dan maksiat.
Bersabda Rasulullah SAW:

Terjemahannya: Tiga perkara ini, sesiapa yang memilikinya akan mendapat kemanisan iman:
1. Menyintai Allah dan Rasul lebih daripada lainnya.
2. Mencintai seseorang semata-mata kerana Allah.
3. Benci kembali kepada kekufuran sepertimana benci dicampak ke Neraka.
(Riwayat: Ahmad, Al Bukhari dan Muslim, At Tarmizi, An Nasai dan Ibnu Majah)

Bila mendapat kemanisan iman, penderitaan menjadi kecil dan dunia tidak ada ruang dalam hatinya. Hatinya asyik dengan Allah. Ini berlaku pada sahabat-sahabat Rasulullah. Bilal, waktu dijemur di tengah panas serta diazab untuk dipaksa kembali kepada kekufuran, dengan tenang dia menjawab,”Ahad, Ahad.” Azab tidak terasa azab lagi. Ini juga berlaku pada seorang sahabat. Untanya dicuri orang di waktu malam semasa sedang bersembahyang. Dia tidak menghentikan sembahyangnya. Dia terasa kemanisan iman dan ibadah hingga lupa bertindak terhadap pencuri itu.

Cerita lain, ada dua orang sahabat yang Rasulullah lantik mengawal tentera Muslimin di satu peperangan di waktu malam. Seorang tidur sementara seorang lagi jaga dan bersembahyang. Tiba-tiba datang spy musuh, dan ternampaklah kedua sahabat tadi lalu ia menarik busar panah dan memanah sahabat yang sedang sembahyang. Sahabat itu tidak memutuskan sembahyangnya. Dipanah lagi, sampailah kali ketiga barulah dibangunkan sahabatnya dan berkata, “Kalau tidak takut menimpa umat Islam nescaya aku tidak berhenti sembahyang.” Begitulah kemanisan iman yang dirasai. Mujahadatunnafsi terhadap mazmumah kita kepada manusia seperti hasad, dengki, dendam, buruk sangka, mementingkan diri sendiri, gila pangkat, tamak, bakhil, sombong dan lain-lain boleh dilakukan dengan cara menentang sifat-sifat itu.

Dalam buku saya bertajuk Iman dun Persoalannya, telah dinyatakan tiga contoh bagaimana melakukan mujahadah terhadap sifat bakhil, sombong dan takut. Di sini saya akan huraikan cara-cara mujahadah penyakit hasad, dengki, pemarah dan gila dunia. Dalam usaha melawan nafsu itu kita dikehendaki menempuh tiga peringkat:
1. Takhalli – (Mengosongkan atau membuangkan atau mensunyikan)
2. Tahalli – (Mengisi atau menghiasi)
3. Tajalli – (Terasa kebesaran dan kehebatan Allah)

Takhalli
Diperingkat takhalli kita mesti melawan dan membuang terus semua kehendak-kehendak nafsu yang rendah dan dilarang Allah. Selagi kita tidak mahu membenci, memusuhi dan membuangnya jauh-jauh daripada diri kita, maka nafsu itu akan sentiasa menguasai dan memperhambakan kita.
Sabda Rasulullah SAW

Terjemahannya: Sejahat-jahat musuh engkau ialah nafsu engkau yang terletak di antara dua lambung engkau.
(Riwayat Al Baihaqi)

Kerana kejahatannya itu telah ramai manusia yang ditipu dan diperdayakan untuk tunduk, bertuhankan hawa nafsu. Ini ada diceritakan oleh Allah dengan firman-Nya:

Terjemahannya: Apakah tidak engkau perhatikan orang-orang yang mengambil hawa nafsu menjadi Tuhan lalu dia disesatkan Allah.
(Al Jaathiah: 23)

Apabila nafsu dibiarkan menguasai hati, iman tidak ada tempatnya. Bila iman tidak ada, manusia bukan lagi menyembah Allah Tuhan yang sebenar-benarnya tetapi menyembah hawa nafsu. Oleh itu usaha melawan hawa nafsu janganlah dianggap ringan. Ia adalah satu jihad yang besar. Ingatlah sabda Rasulullah SAW pada sahabat-sahabatnya ketika pulang dari satu medan peperangan:

Terjemahannya: Kita baru balik dari satu peperangan yang kecil untuk memasuki peperangan yang lebih besar. Sahabat bertanya: Peperangan apakah itu? Baginda berkata: Peperangan melawan hawa nafsu.
(Riwayat Al Baihaqi)

Melawan hawa nafsu sangatlah susah. Barangkali kalau nafsu itu ada di luar jasad kita dan boleh pula kita pegang, jadi senanglah kita picit dan membunuhnya sampai mati. Tetapi nafsu kita itu ada di dalam diri kita, mengalir bersama aliran darah dan menguasai seluruh tubuh kita. Kerana itu tanpa kesedaran dan kemahuan yang sungguh-sungguh kita pasti dikalahkan untuk diperalatkan semahu-mahunya.

Seseorang yang dapat mengalahkan nafsunya akan meningkat ke taraf nafsu yang lebih baik. Begitulah seterusnya hingga nafsu manusia itu benar-benar dapat ditundukkan kepada perintah Allah. Untuk lebih jelas biar saya senaraikan akan peringkat-peringkat nafsu manusia sepertimana iman itu sendiri berperingkat-peringkat.

Saya senaraikan dari peringkat yang serendah-rendahnya iaitu nafsu amarah, nafsu lauwamah, nafsu mulhamah, nafsu mutmainnah, nafsu radhiah, nafsu mardhiah dan nafsu kamilah. Kita yang beriman ilmu ini baru berada di taraf nafsu yang kedua yakni nafsu lauwamah. Kita mestiberjuang melawan nafsu itu hingga dia mahu tunduk sepenuhnya kepada perintah Allah supaya mencapai paling minimal nafsu mulhamah dan nafsu mutmainnah, yakni yang ada pada diri seseorang yang
memiliki iman ‘ayan. Di ‘peringkat iman inilah sahaja kita akan dapat menyelamatkan diri daripada siksaan Neraka. Ini dinyatakan sendiri oleh Allah SWT dalam firman-Nya:

Terjemahannya: Hai jiwa yang tenang (nafsu mutmainnah) kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diredhai-Nya. Maka masuklah ke dalam jemaah hamba-hamba-Ku. Dan masuklah ke dalam Syurga-Ku.
(Al Fajr: 27-30)

Nafsu jahat dapat dikenali melalui sifat keji dan kotor yang ada pada manusia. Dalam ilmu tasawuf, nafsu jahat dan liar itu dikatakan sifat mazmumah. Di antara sifat-sifat mazmumah itu ialah sum’ah, riyak, ujub, cinta dunia, gila pangkat, gila harta, banyak cakap, banyak makan, dan mengumpat. Sifat-sifat ini melekat pada hati sepertilah daki melekat di badan. Kalau kita malas menggosok akan tambah menebal dan kuatlah ia bertapak. Sebaliknya kalau kita rajin meneliti dan kuat menggosoknya maka akan bersihlah hati dan sucilah jiwa. Bagaimanapun membuang sifat mazmumah dari hati tidaklah sesenang membuang daki di badan. Ia
memerlukan latihan jiwa yang sungguh-sungguh, didikan yang berterusan dan tunjuk ajar yang berkesan daripada guru yang mursyid yakni guru yang dapat membaca dan menyelami hati murid-muridnya hingga ia tahu apakah kekurangan dan kelebihan murid itu. Malangnya di akhir zaman ini, kita ketiadaan guru yang mursyid.

Nasib kita hari ini umpama nasib anak-anak ayam yang kehilangan ibu. Tiada yang akan memandu kita melalui jalan kebaikan yang ingin kita tempuhi. Meraba-rabalah kita. Tetapi bagi orang yang mempunyai keazaman yang kuat untuk membersihkan jiwanya, ia tidak akan kecewa kerana tiada orang yang boleh mendidik dan memimpinnya. Ia akan sanggup berusaha sendiri demi kesempurnaan diri dan hidupnya sendiri.

2. Tahalli

Tahalli bererti menghiasi yakni perkataan lawan bagi takhalli. Sesudah kita mujahadah yakni mengosongkan hati daripada sifat terkeji atau mazmumah, segera pula kita menghiasi hati dengan sifat-sifat terpuji atau mahmudah. Untuk mudah difahami cuba kita gambarkan hati kita sebagai sebuah mangkuk. Selama ini mangkuk itu berisi sifat-sifat mazmumah. Setelah kita mujahadah maka sifat itu keluar meninggalkan mangkuk kosong. Waktu itulah kita masukkan ke dalam mangkuk itu sifat mahmudah.

Di antara sifat-sifat mahmudah yang patut menghiasi hati kita ialah jujur, ikhlas, tawadhuk, amanah, taubat, bersangka baik, takutkan Allah, pemaaf, pemurah, syukur, zuhud, tolak ansur, redha, sabar, rajin, berani, lapang dada, lemah lembut, kasih-sayang sesama mukmin, selalu ingatkan mati dan tawakal. Untuk menghiasi hati dengan sifat mahmudah kita perlu sekali mujahadah. Saya tegaskan sekali lagi bahawa dalam peringkat mujahadah kita masih terasa berat dan susah. Maknanya belum ada ketenangan dan kelazatan yang sebenarnya. Insya-Allah kalau kita sungguh-sungguh, lama kelamaan bila ia sebati dengan hati akan terasalah lazatnya.

Cara-cara mujahadah dalam tahalli samalah seperti kita mujahadah untuk takhalli. Misalnya kita mahu mengisi hati dengan sifat pemurah, maka kita mujahadah dengan mengeluarkan harta atau barang kita terutama yang kita suka dan sayang untuk diberikan kepada yang memerlukan. Mulanya tentu terasa berat dan payah tetapi janganlah menyerah. Kita lawan. Ingatkan hati bagaimana orang-orang muqarrobin berebut-rebut untuk dapat pahala sedekah.

Sayidatina Aishah r.a di waktu tiada apa-apa untuk dimakan, beliau cuba untuk mendapatkan hanya sebelah kurma untuk disedekahkan. Begitu inginnya mereka pada pahala dan rindunya kepada Syurga. Mereka berlumba-lumba menyahut pertanyaan Allah SWT:

Terjemahannya: Siapakah yang mahu meminjamkan kepada Allah pinjaman yang baik nanti Allah akan melipatgandakan (balasan) pinjaman itu untuknya dan dia akan memperolehi pahala yang banyak.
(Al Hadid: 11)

Setiap kali kita rasa sayang pada harta kita setiap kali itu pula kita keluarkannya. Insya-Allah lama kelamaan kita akan memiliki sifat pemurah. Begitu juga dengan sifat-sifat yang lain seperti kasih sayang, berani, tawadhuk, pemaaf, zuhud dan semua sifat-sifat mahmudah yang lain perlulah kita miliki dan untuk itu kenalah mujahadah. Jika tidak iman juga turut tiada sebab iman berdiri di atas sifat-sifat mahmudah.

3. Tajalli

Sebagai hasil mujahadah dalam takhalli dan tahalli kita memperolehi tajalli iaitu sejenis perasaan yang datang sendiri tanpa memerlukan usaha lagi. Agak sukar untuk ditulis apa itu tajalli sebenarnya sebab ia hanyalah sejenis perasaan (zauk) yang hanya mungkin dimengertikan oleh orang-orang yang merasainya. Sepertilah kemanisan gula, tidak dapat digambarkan dengan tepat kecuali dengan merasai sendiri gula itu.

Tajalli secara ringkas ialah perasaan lapang, tenang dan bahagia. Hati seakan-akan celik, hidup, nampak dan terasa kehebatan Allah. Ingatan dan rindu penuh tertuju pada Allah. Harapan dan pergantungan tiada pada yang lain lagi selain daripada Allah. Seluruh amal bakti adalah kerana dan untuk Allah semata-mata. Apa sahaja masalah hidup, dihadapi dengan tenang dan bahagia. Tiada apa pun kesusahan dalam hidupnya sebab semua itu dirasakan pemberian daripada kekasihnya,
Allah SWT.

Kalau begitu, bagi orang-orang yang beriman dunia ini sudah terasa sebagai Syurga. Kebahagiaan mereka adalah kebahagiaan sejati dan abadi iaitu kebahagiaan hati. Hasad dengki menjadikan jiwanya menderita, kecewa dan sakit jiwa. Hatinya tidak selamat di dunia maka tidak mungkin dia boleh selamat di Akhirat.
Firman Allah:

Terjemahannya: Hari khiamat iaitu hari di mana harta dan anak-anak tidak berguna kecuali mereka yang datang menghadap Allah dengan hati yang selamat sejahtera.
(Asy Syuara’: 88-89)

1. HASAD DENGKI
Hampir semua orang dihinggapi penyakit hasad dengki. Cuma bezanya banyak atau sedikit, bertindak atau tidak. Hatta ulama-ulama pun terkena penyakit ini bahkan lebih berat lagi. Hadis ada mendedahkan tentang enam golongan manusia yang akan tercampak ke dalam Neraka dengan enam sebab. Salah satu dari mereka ialah ulama kerana hasadnya.Allah SWT menjelaskan tentang orang-orang yang hasad dengki dalam surah Muhammad:

Terjemahannya: Atau apakah orang-orang yang ada penyakit dalam hatinya mengira bahawa Allah tidak akan menampakkan kedengkian mereka? Dan kalau Kami kehendaki nescaya Kami tunjukkun mereka padamu sehingga kamu benar-benar dapat mengenal mereka dengan tanda-tandanya. Dan kamu benar-benar akan mengenal mereka dari kiasan;kiasan pedcataan mereka dan Allah mengetahui perbuatan kamu.
(Muhammad: 29-30)

Tanda adanya hasad dengki dalam diri kita ialah apabila orang lain dapat kejayaan kita sakit hati dan orang lain dapat bencana kita senang hati. Jiwanya sentiasa menderita dan terseksa. Bahayanya hasad dengki ialah seperti apa yang disabdakan oleh Rasulullah SAW

Terjemahannya: Sesungguhnya hasad itu memakan amalan kebaikan seperti api memakan kayu. Bila kita berhasad dengki, kita akan hina menghina, fitnah memfitnah, benci membenci, dendam mendendam, jahat sangka dan mengadu domba yang semuanya akan mendatangkan dosa-dosa dan menghapuskan kebaikan lainnya.

Seseorang yang melayan hasad dengkinya adalah penjahat dan perosak serta pemecah-belah persaudaraan antara manusia. Juga dia seorang yang paling biadab dengan Allah SWT. Sama ada dia sedar atau tidak, dia benci kepada Allah. Walau banyak mana sekalipun sembahyangnya, puasanya, hajinya dan hebat perjuangannya tetapi di sisi Allah tetaplah dia ahli Neraka. Pernah sahabat-sahabat bertanya Rasulullah SAW:

Terjemahannya: Sesungguhnya ada seorang wanita yang berpuasa siang harinya dan di malam harinya bersembahyang tahajjud tetapi selalu menyakiti jirannya dengan lidahnya.Jawab baginda Rasulullah: “(Tidak ada kebaikan lagi baginya) dia adalah ahli Neraka. “

Orang yang kaki tahajjud dan puasa sunat pun masuk Neraka kerana hasad dengki, apalagi kita yang tiada bertahajud, puasa sunatpun tidak, masih lemak
dengan hasad dengki dan umpat-mengumpat ini. Kalau betul kita beriman kepada Allah dan takutkan Neraka, insaflah akan kejahatan hati-hati kita itu dan marilah kita membaikinya dengan melakukan mujahadatunnafsi.
Allah berfirman:

Terjemahannya: Hai orang yang beriman, janganlah satu kaum menghina kaum yang lain (kerana) boleh jadi mereka (yang dihina) lebih baik dari mereka (yang menghina) dan janganlah pula wanita-wanita menghina wanita-wanita lain (kerana) boleh jadi wanita (yang dihina) itu lebih baik dari mereka (yang menghina) dan janganlah kamu panggil-memanggil dengan gelaran yang buruk. Seburuk-buruk panggilan ialah (panggilan) yang buruk sesudah iman (seperti hai fasik, kafir dan lain-lain) dan barangsiapa yang tidak bertaubat maka mereka itulah orang-orang yang zalim.
(Al Hujurat: 11)

Terjemahannya: Hai orang-orang yang beriman, jauhilah dari banyak prasangka. Sesungguhnya sebahagian dari prasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Menerima Taubat lagi Maha
Penyayang.

(Al Hujurat: 12)

Begitulah bujukan-bujukan Allah pada kita supaya kita tidak lagi berhasad dengki, umpat mengumpat dan buruk sangka.

Di antara langkah-langkah yang mesti kita lakukan sebagai mujahadah terhadap hasad dengki ialah:
l Setiap kali orang yang kita dengki itu apabila beroleh kejayaan, kita kunjungilah dia untuk mengucap tahniah dan bergembira bersamanya. Sebaliknya apabila orang itu mendapat bencana, kita kunjungi pula untuk mengucapkan takziah dan tumpang bersedih bersamanya.
Sanjung dan pujilah kebaikan dan keistimewaan orang yang kita hasad dengki itu di belakangnya dan kalau ada kesalahan dan keburukannya kita rahsiakan.
Selalulah ziarah dan beri hadiah pada orang yang kita dengki itu.
Kalau ada orang cuba menjatuhkan orang yang kita dengki itu, kita pertahankan dia. Jangan layan orang (atau syaitan) yang hendak merosakkan mujahadah kita.
Berdoalah pada Allah SWT agar memudahkan kita mengubat penyakit dengki yang ada dalam diri kita itu.
Ingatlah selalu firman-Nya:

Terjemahannya: Dan mereka yang berrnujahadah pada jalan Kami nescaya Kami tunjuki jalan-jalan Kami itu.
(Al Ankabut: 69)

Timbul hasad dengki kita pada seseorang ialah kerana orang itu mempunyai keistimewaan dan kelebihan yang mengatasi apa yang ada pada diri kita. Bila kita terasa orang itu telah mengalahkan kita dalam perjuangan atau perlumbaan maka datanglah dengki itu. Sepatutnya tidak begitu. Kalau kita beriman dengan Allah, yakin akan keadilan-Nya mengatur pemberian kepada hamba-hamba-Nya, kita tidak akan berdengki-dengkian lagi.
Firman Allah:

Tcrjemahannya: Janganlah kamu irihati terhadap apa yang dikurniakan Allah kepada sebahagian kamu lebih banyak dari sebahagian yang lain.
(An Nisa’: 32)

Allah yang melebih dan mengurangkan pemberian-Nya kepada seseorang. Dan Allah adalah adil atas pemberian lebih dan kurang itu. Dia bermaksud menguji kita. Siapa yang sedar dirinya sebagai hamba-Nya, lalu akan sentiasa bersyukur pada nikmat yang diperolehi, redha dengan taqdir dan sabar menunggu ujian.
Dalam hadis Qudsi Allah berfirman:

Terjemahannya: Barangsiapa tidak redha terhadap taqdir yang berlaku ddn tidak sabar terhadap bala (cubaan) daripada-Ku, maka carilah Tuhan selain Aku.
(Riwayat: At Tabrani)

Dalam Al Quran Allah berfirman:

Terjemahannya: Dialah yang menjadikan mati dan hidup supaya Dia menguji kamu siapa antara kamu yang lebih baik amalnya dan Dia maha Perkasa lagi Maha Pengampun.
(Al Mulk: 2)

Itulah maksud Allah menjadikan hidup yang sementara ini. Firman-Nya lagi:

Terjemahannya: Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari setitis mani yang bercampur yang Kami hendak mengujinya (dengan perintah dan larangan) kerana itu Kami jadikan dia mendengar dan melihat.
(Al Insan: 2)

Kalau Allah lebihkan seseorang itu dari kita, ertinya Allah mahu menguji kita sama ada sabar dan redhakah kita dengan kekurangan yang Allah takdirkan. Dan kalau Allah lebihkan kita dari seseorang, ertinya Allah mahu menguji kita, bersyukurkah kita terhadap nikmat itu atau sebaliknya sombong, bongkak, dan lupa diri sebagai hamba Allah.

Kalau begitu apa perlu hasad dengki? Kalau hasad dengki juga ertinya kita tidak redha dengan Allah. Kita tidak senang dengan peraturan-Nya dan kita tidak menerima kehendak-Nya. Sebab itu orang yang hasad bukan sahaja bermusuh dengan orang yang dihasadkan itu tetapi juga bermusuh dengan Allah.
Biadab dengan manusia dan biadab dengan Allah maka layaklah menjadi ahli Neraka.

2. PEMARAH

Sifat pemarah berasal dari sifat sombong (ego). Lagi besar ego seseorang itu lagi besarlah pemarahnya. Ini berkaitan pula dengan kedudukan seseorang. Kalau tinggi kedudukannya, besar pangkatnya, banyak hartanya, ramai pengikutnya maka tinggilah egonya dan menjadi-jadilah pemarahnya. Sebaliknya seseorang yang rendah taraf kedudukannya kuranglah rasa ego maka kuranglah sifat pemarahnya.

Lihat antara seorang ayah dengan anaknya. Jarang kita dengar si anak memarahi ayah. Yang selalu berlaku ialah ayah memarahi anak. Atau antara tuan rumah dengan orang gajinya. Tidak pernah orang gaji marahkan tuannya tetapi tuan selalu marahkan orang gaji itu. Atau seperti murid dengan guru. Murid tidak pernah marah gurunya tetapi guru selalu marahkan muridnya.
Sebagai misalan yang lain, ketua pejabat dengan pekerjanya. Jarang kerani marahkan “boss”nya tetapiboss selalu marahkan keraninya. Begitulah seterusnya.
Jarang kita temui seorang ayah, guru, ketua pejabat, tuan rumah dan seorang pemimpin yang tidak bersifat pemarah terhadap orang-orang di bawah mereka.

Pendeknya sifat pemarah ini ada pada setiap orang dari kita seperti hasad dengki. Pemarah juga adalah sifat mazmumah yakni sifat terkeji. Ia boleh memecahbelahkan hati-hati manusia. Sebab itu seorang yang pemarah adalah seorang yang biadap terhadap Allah SWT.
Kenapa mesti marah ? Cuba kita renung sebuah bait gubahan seorang mujahid:

Takdir Allah sudah putus dan putusan Allah sudah terjadi. Istirehatkun hati dari kata-kata “barangkali” dan”kalau “.
Setiap kesilapan dan kelemahan manusia pada kita adalah ujian Allah untuk kita. Allah mahu lihat siapa yang mampu menahan rasa malunya kepada Allah sambil mengucapkan “”

Mari kita lihat bagaimana tindakan seorang mukmin sejati terhadap takdir-takdir buruk yang menimpa hidupnya:
Ahnaf bin Qais adalah seorang yang lemah lembut. Beliau ditanya orang: Dengan siapakah beliau belajar berlemah lembut itu?
Ahnaf menjawab, “Dengan Qais bin Asim iaitu pada suatu hari ketika Qais bin Asim sedang berehat-rehat masuklah jariahnya (hamba) membawakan Qais
panggang besi berisi daging panggang yang masih panas.
“Belum sempat diletakkan di depan Qais tanpa sengaja besi pemanggang itu jatuh menimpa anak kecil Qais. Menjerit-jeritlah si anak, kesakitan dan kepanasan hingga meninggal dunia. Qais dengan tenang melihat kejadian yang menyayat hati itu dan berkata kepada hamba yang pucat mukanya, “Aku bukan sahaja tidak marah kepada kamu, tetapi mulai hari ini kamu aku merdekakan.”
“Begitulah sopan santun dan lemah lembutnya Qais bin Asim,” Kata Ahnaf bin Qais mengakhirkan ceritanya.

Bukan Qais tidak sayangkan anaknya tetapi hatinya sentiasa melihat pentadbiran Allah dan sentiasa merasakan sesuatu kejadian adalah takdir dari Allah, sentiasa sabar dengan Allah, redha dengan Allah serta rasa kehambaannya pada Allah, rasa malu, hina dan takut dengan kekuasaan Allah membuat Qais tenang menghadapi kematian anaknya disebabkan kecuaian hambanya.

Hati Qais memandang kejadian itu sebagai ujian Allah ke atasnya barangkali untuk penghapusan dosa atau untuk mengangkat darjatnya di sisi Allah SWT. Kerana itu hatinya tenang. Dia (Qais) redha dengan ujian itu malah dengan ujian itu dirasakan mendapat peluang untuk mendekatkan lagi hatinya pada Allah SWT. Sebab itu dia tidak nampak lagi kesalahan jariahnya.

Bukan sahaja dia tidak marah malah rasa kasihan pada jariah yang ketakutan itu memaksa Qais membebaskan hambanya itu. Dia hanya nampak pentadbiran Allah yang wajib diterima tanpa soal jawab dan tanpa “kalau” lagi.

Demikian rasa kehambaan yang menghiasi hati dan roh Qais, seorang yang cukup berakhlak terhadap Allah SWT dan terhadap manusia (hambanya). Demikian rasa marah lahir dari perasaan “ketuanan” yang ada dalam hati kita. Kita rasa kita yang lebih besar, kita lebih mulia, lebih hebat dari orang lain. Tanpa perasaan-perasaan itu tidak mungkin kita jadi pemarah. Kita akan berlemah lembut, memaafkan kesalahan orang dan bertolak ansur dengan sesama manusia. Sebab kita manusia sama sahaja yang datang ke dunia melalui jalan yang gelap, lubang kencing yang hina tanpa sedikitpun harta, dalam keadaan busuk hanyir, bodoh dunggu, pekak, bisu, buta, capek dan hodoh sekali.
Firman Allah:

Terjemahannya: Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatu pun dan Dia member-i kamu pendengaran, penglihatan dan hati. Moga-moga kamu bersyukur.
(An Nahl: 78)

Allah-lah yang mencantikkan kita kemudiannya dan diberi sedikit kelebihan. Kepandaian dan keistimewaan itu Allah pinjamkan sekejap sahaja. Tujuannya supaya kita dapat beribadah dan berbakti menurut kehendak-Nya (bersyukur). Bukan untuk kita rasa kita lebih mulia, kita hebat hingga datang pula perasaan-perasaan sombong, riak, bengis dan pemarah kepada orang lain yang agak kurang dari kita.
Sepatutnya bila kita rasa ada kelebihan pada kita, kita jadi takut pada Allah. Takut kalau-kalau nikmat itu tersalah guna hingga menderhakai Allah Taala dan berdosa pada manusia. Takut kalau-kalau nikmat itu menjadikan hati rasa “tuan” maka timbullah sifat ego yang besar yang membiakkan bermacam-macam mazmumah yang sangat dibenci oleh Allah. Firman-Nya:

Terjemahannya: Dalam hati mereka ada penyakit lalu Allah tambahkan penyakit mereka.
(Al Baqarah: 10)

Kita mesti ubati penyakit hati kita. Ertinya kita mesti buang rasa “ketuanan” kita iaitu dengan melakukan mujahadatunnafsi.

1. Mula-mula kita mesti rasa malu kepada Allah.
Kalau ada orang besar di rumah kita, sanggupkah memarahi isteri kita di depan orang itu? Tentu tidak. Allah sentiasa melihat malah sentiasa bersama kita. Kalau kita yakinkan ini tentu kita tidak akan jadi pemarah lagi sebab kita tahu Allah tidak suka kita jadi pemarah. Rasa malu dan takut kepada Allah akan membuatkan kita sentiasa berlemah-lembut dan memaafkan kesalahan orang kepada kita.

2. Bila datang rasa hendak marah kita kata begini: ‘Ya Allah, aku tahu pemarah itu adalah hina di sisi-Mu. Tolonglah pelihara diriku daripada kejahatan nafsu ini dan selamatkan aku daripada api Neraka.

3. Sesudah itu kita diam. Jangan marah tetapi banyakkan zikir dan ingat kebesaran Allah. Allah Tuhan yang Maha Besar itu pun bersifat sangat pemaaf. Siapa kita untuk jadi pemarah? Bukankah kita hamba yang hina dina?

4. Kita harus insaf bahawa setiap manusia termasuk diri kita sendiri, ada kelemahan dan kekurangan. Kalau hari ini orang bersalah pada kita, maka tidak mustahil bahawa nanti kita pula bersalah dengan orang. Kalau kita bersalah kita tidak suka orang marahi kita. Maka begitulah juga kalau orang yang bersalah dengan kita dia tidak suka kalau dimarahi. Tegurlah dengan lemah lembut dan kasih sayang. Firman Allah:

Terjemahannya: Maka katakanlah (hai Musa dan Harun) kepadanya (Firaun) dengan kata-kata yang lemah lembut mudah-mudahan ia ingat dan takut.
(Thaha: 44)

Sudah begitu jahat dan kufurnya Firaun terhadap Allah, namun Allah masih lagi perintahkan kepada Nabi-Nya supaya berlemah lembut. Sebab hanya dengan lemah lembut, hati manusia boleh lembut dan jadi insaf dan takut. Sebaiknya kalau kita berkasar bukan sahaja orang yang dikasari tidak menerima teguran kita malah dia
benci dengan kekerasan kita. Di sisi Allah pula kita tercatit dengan kekerasan kita. Di sisi Allah kita tercatat sebagai orang yang tidak berakhlak dan tidak berhikmah sedangkan Allah memerintahkan kita supaya berhikmah:

Terjemahannya: Serulah (semua munusia) kepada Tuhanmu dengan hikmah (bijaksana) dan pengajaran yang baik dun berhujjahlah dengan mereka secara yang paling baik.
(An Nahl: 125)

3. GILA DUNIA

Gila dunia juga adalah penyakit hati atau satu mazmumah yang menghalang kita untuk mendekatkan hati dengan Allah (yakni penghalang untuk mencapai darjat kerohanian yang tinggi). Seorang pencinta dunia ialah seorang yang hatinya dipenuhi keinginan untuk meluas dan membanyakkan ketinggian dan kekayaan di dunia maka fikirannya sentiasa bekerja untuk tujuan itu dan lahirnya ia bertungkus lumus untuk itu.
(Dunia ialah segala sesuatu yang tiada manfaatnya untuk Akhirat; sebaliknya apa sahaja perkara yang boleh diuntukkan pada akhirat maka ia bukan lagi disebut dunia).
Lawan kepada penyakit gila dunia ialah sifat zuhud iaitu hati yang tiada keinginan kepada sesuatu yang tiada manfaat untuk akhirat. Firman Allah:

Terjemahannya: Itulah negara Akhirat (syurga) yang Aku jadikan (syurga itu) untuk orang-orang yang tidak mcnginginkan ketinggian dan kerosakan di muka bumi ini.
(AI Qashash: 83)

Hati yang tiada keinginan untuk jadi “tuan” dan tidak pula ingin untuk melakukan kejahatan (kerosakan) di dunia, itulah hati yang selamat dan itulah bakal penghuni syurga. Firman Allah:

Terjemahannya: Hari Qiamat (hari manusia meninggalkan dunia ini) ialah hari di mana harta dan anak-anak tiada memberi manfaat kecuali mereka yang datang mengadap Allah membawa hati yang selamat.
(Asy Syuara’: 88-89)

Mungkin kita bertanya: Bagaimana boleh saya buang keinginan kepada dunia yang indah ini? Sebab kita hidup di kelilingi oleh tarikan-tarikan dunia yang amat menarik dan hati kita pula sangat cinta padanya?

Pertama, ketahuilah bahawa ada antara dunia ini yang diharamkan dan wajiblah kita jauhi. Tentang yang dihalalkan, tidak berdosa kalau diambil tetapi janganlah berlebih-lebihan iaitu lebih dari keperluan. Rasulullah SAW pernah menyatakan benci kepada dunia, kerana dua perkara. Sabda baginda:

Terjemahannya: Halalnya akan dihisab dan haramnya diseksa (dalam Neraka).

Satu hari ketika baginda berjalan bersama sahabat-sahabat, Rasulullah terjumpa seekor bangkai kambing. Baginda bertanya sahabat, ‘Mengapa bangkai ini dibuang oleh tuannya?”
Sahabat menjawab, “Kerana ia tidak berguna lagi maka ia dibuang dan tidak dihiraukan oleh tuannya.”
Maka bersabda Rasulullah SAW:

Demi Allah yang menguasai diriku, bahawa dunia ini lebih rendah pada pandangan Allah daripada bangkai kambing pada pandangan tuannya.”

Seterusnya baginda bersabda:
Dunia ini terkutuk dan terkutuk pula apa-apa yang ada di dulamnya kecuali yang digunakan untuk mencari keredhaan Allah.”

Dari itu ketahuilah mengambil dunia ini lebih daripada keperluan atau bukan untuk mencari keredhaan Allah adalah tidak sunnah hukumnya. Kalau begitu ia akan jadi hijab antara kita dengan Allah yakni akan membutakan hati dan memisahkan kita daripada Allah.
Bagi orang yang menyedari hakikat ini tentu mereka tidak cinta lagi kepada dunia. Dunia yang nampaknya indah ini rupanya buruk sifatnya. Umpama bunga dedap, rupa dan warnanya sungguh menarik hati tetapi tiada baunya. Atau umpama perempuan cantik yang jahat perangainya tentu tiada gunanya.
Kita orang awam yang tidak kenal sifat dunia ini, kecantikannya menawan hati. Tetapi bagi bijak pandai, iaitu orang-orang arif seperti Nabi dan Rasul, para muqarrobin dan solehin, mereka kenal sangat dunia ini tentang buruk dan hinanya. Sebab itu mereka zuhud terhadapnya. Mereka ambil bahagian dunia ini yang tidak boleh tidak sahaja. Lebihnya adalah umpama najis pada mereka sebab itu mereka buang sahaja.

Tugas kita sekarang mujahadah dengan nafsu gila dunia itu. Kita lawan keinginan rendah itu hingga ia tewas. Barulah keinginan kita kepada Allah dan hari Akhirat akan timbul dan bernyala-nyala dalam dada kita. Langkah-langkah yang perlu diambil antaranya:
– Harta, wang ringgit, pakaian, makanan, kenderaan, tempat tinggal dan lain-lain kekayaan kita yang halal yang kita “bank”kan selama ini hendaklah kita gunakan untuk mencari keredhaan Allah.
– Kedudukan kita, jawatan, pangkat, nama yang masyhur, pengaruh dan apa sahaja ketinggian kita yang memungkinkan kita rasa “tuan” di dunia ini hendaklah dialatkan untuk mencari keredhaan Allah sama ada untuk menegakkan hukum Allah, mempergiatkan dakwah Islamiah, berlaku adil dan ikhlas dalam pentadbirannya dan membuka peluang-peluang yang banyak untuk Islam dan umatnya.
– Hentikan dari usaha-usaha mencari kekayaan dan ketinggian dunia hanya kerana keseronokan duniawi tetapi arahkan usaha itu kepada agama Allah untuk negara Akhirat yang kekal abadi.
– Bahagi-bahagikan isi dunia yang datang kepada hamba-hamba Allah yang lebih memerlukannya.
– Kosongkan hati kita daripada keinginan kepada kekayaan dan ketinggian duniawi.
– Pintalah hidayah dan taufik Allah selalu agar kita menjadi seorang yang zahid yang berilmu yang menolak dunia kerana Allah sebagaimana yang disunnahkan oleh junjungan mulia Muhammad SAW.

Sabda baginda:
Dua rakaat sembahyang dari seorang alim yang hatinya xuhud lebih baik dan lebih disukai Allah dari ibadah orang-orang abid yang dilakukan selama umur dunia kerana ibadah tanpa ilmu tiada bernilai.

Firman Allah SWT:

Terjemahannya: Dijadikan indah pada (pandangan) manusia berbagai keinginanan yang terdiri daripada wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternakan dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia dan di sisi Allahlah tempat kembali yang baik (Syurga).
Katakanlah: Mahukah aku khabarkan kepadamu apa yang lebih baik dari yang demikian itu ? Untuk orang-orang yang bertaqwa terhadap Tuhan mereka ialah Syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai. Mereka kekal di dalamnya. Dan (ada pula) isteri-istei yang disucikan serta mendapat keredhaan Allah dan Allah Maha Melihat akan hamba-hamba-Nya. Mereka itu selalu berdoa: “Ya Tuhan kami sesungguhnya kami telah beriman maka ampunilah segala dosa kami dan peliharalah kami dari seksa Neraka.

(Ali Imran: 14-16)

Bersabda Rasulullah SAW maksudnya:
Sesungguhnya Allah suka memberi keduniaan dengan sebab amalan Akhirat tetapi kalau amalnya khusus untuk dunia maka tidak akan diberi Akhirat.

Sumber: http://www.kawansejati.org/mengenal-diri-melalui-rasa-hati/ms-03-Cara-Cara-Mendapatkan-Amalan-Batin.html

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s