Mengenal Diri Melalui Rasa Hati: 00 Muqadimmah

ISLAM yang Allah redhakan kepada kita yang disampaikan melalui pesuruh-Nya Nabi Muhammad SAW adalah satu syariat yang menyuluh persoalan hidup lahir dan batin. Syariat lahir disebut syariat. Syariat batin disebut hakikat. Ini amat patut dan sesuai dengan struktur kejadian manusia itu sendiri yang mana merupakan
kombinasi dan paduan antara jasad lahir dan jasad batin.

Jasad lahir ialah semua anggota kita yang nampak dengan mata kasar. Manakala jasad batin ialah jasad ghaib yang menggerakkan seluruh anggota lahir yang boleh berfikir, merasa, mengingat, mengetahui, memahami dan apa sahaja yang kita miliki dalam diri kita masing-masing (yang lebih dikenali sebagai roh).

Allah SWT menetapkan bahawa syariat lahir adalah untuk diamalkan oleh jasad lahir manakala syariat batin adalah untuk diamalkan oleh jasad batin iaitu roh.
Sesuai dengan lahir batin kita yang berpadu erat tanpa terpisah-pisah maka amalan lahir dan batin wajib dilaksanakan serentak dalam satu masa di semua waktu dan semua keadaan.

Kalau kita mengasingkan atau menolak salah satu dari amalan ini kita tidak mungkin menjadi hamba Allah (Islam) yang sebenar sebab Islam memandang
syariat itu sebagai kulit, manakala hakikat itu ialah intipati.

Kedua-duanya sama penting dan saling perlu memerlukan, ibarat kulit dan isi pada buah-buahan. Kedua-duanya mesti ada untuk kesempurnaan kewujudan buah itu sendiri. Tanpa kulit isi tidak selamat malah isi tidak mungkin ada kalau kulit tidak ada. Sebaliknya tanpa isi, kulit jadi tiada bererti apa-apa. Sebab buah dimakan bukan pada kulit tetapi isinya. Begitu juga hubungan antara’ syariat dan hakikat,
Kedua-duanya mesti diterima dan diamalkan serentak. Kedua-duanya saling isi mengisi dan perlu, memerlukan. Kalau kita bersyariat sahaja (ertinya berkulit sahaja tanpa isi), itu tidak membawa erti apa-apa di sisi Allah.
Sabda Rasulullah SAW :

Terjemahannya: Allah tidak memandang rupa dan harta kamu tetapi Dia memandang hati dan amalan kamu.
(Riwayat: Muslim)

Sebaliknya kalau kita berhakikat sahaja (isi tanpa kulit), maka tiada jaminan keselamatan oleh Allah SWT. Hakikat itu akan mudah rosak dan kita tiada akan memperolehi apa-apa langsung, hatta Islam kita akan rosak tanpa sedar.
Berkata Imam Malik Rahimahullahu Taala:
Terjemahannya: Barangsiapa berfeqah (syariat) dan tidak bertasawuf maka ia jadi fasik. Barangsiapa yang bertasawuf (hakikat) tanpa feqah maka
ia adalah kafir zindik.

Ertinya kita mesti mengamalkan kedua-duanya sekali iaitu syariat dan hakikat. Kalau kita ambil salah satu kita tidak akan selamat. Kalau kita bersyariat sahaja tanpa dibendung oleh hakikat, kita jadi fasik. Dan kalau kita berhakikat sahaja tanpa kawalan syariat, maka hakikat itu akan mudah rosak dan bila terjadi begitu kita akan jatuh kafir zindik (kafir tanpa sedar) .
Begitulah kepentingan kedua-dua syariat dan hakikat. Tetapi dalam keadaan keduanya, hakikatlah yang lebih utama.
Benarlah sabda Rasulullah SAW :

Terjemahannya: Allah tidak memandang rupa dan harta kamu tetapi Dia memandang hati dan amalan kamu.
(Riwayat: Muslim)

Bukanlah bermakna syariat itu tidak dituntut, bahkan syariat juga adalah hukum-hukum yang fardhu yang wajib diamalkan oleh semua umat Islam.
Cuma dalam keadaan keduanya (syariat dan hakikat) yaitu sama-sama diamalkan, Allah memberi keutamaan pada amalan hakikat. Bandingannya, antara kulit dan
isi buah (dalam keadaan keduanya sama pentingnya) tetapi manusia memberi keutamaan pada isi sebab ia boleh dimakan.

Begitulah peranan hakikat. Ia menjadi penentu kepada berakhlak atau tidaknya seseorang manusia kepada Allah dan kepada sesama manusia.
Orang yang tinggi pencapaian tasawufnya adalah orang yang hatinya hampir dengan Allah, sentiasa merasakan kebesaran Allah, sedang dirinya maha lemah dan sentiasa memerlukan pertolongan Allah, sangat beradab dengan Allah dan adalah seorang zahid yang dapat mengorbankan dunia untuk Tuhannya.
Seorang zahid juga adalah seorang yang mampu mengasihi semua manusia, bersedia untuk susah untuk manusia dan yang bakal menyelamatkan manusia dari tipuan dunia, nafsu dan syaitan.

Sebaliknya orang yang lemah dalam amalan batin adalah orang yang jauh dan terpisah hatinya dari Allah (tidak takut dengan Allah, tidak malu, tidak harap, tidak cinta Allah, tidak redha dan tidak sabar), kurang beradab dengan Allah (penuh hasad, sombong, bakhil, dendam dan pemarah) dan seorang pencinta dunia yang bekerja keras hanya untuk dunianya. Orang begini selalu dibelenggu oleh kecintaannya itu hingga menjadikan ia takut untuk berjuang dan berjihad untuk agama Allah dan untuk kehidupan akhirat yang kekal abadi.
Orang yang tidak berhakikat (sekalipun sembahyangnya banyak, puasa, baca Quran dan gigih berjuang) adalah orang yang kurang berakhlak dengan Allah dan kurang berakhlak dengan manusia.

Kekurangan pada amalan batin inilah yang menjadikan orang-orang yang tidak berhakikat itu selalunya mati dalam dosa yang tidak sedar. Mungkin dosa kerana buruk sangka dengan Allah, putus asa dengan ketentuan Allah, tidak redha dengan takdir Allah dan dosa kerana merasakan amalan lahirnyalah yang bakal menyelamatkan dirinya dari neraka Allah.
Rasa riak, ujub atau rasa diri bersih itu adalah dosa batin yang tiada siapa yang nampak, bahkan yang empunya diri pun tidak dapat mengesannya. Kecualilah orang yang mempunyai basirah (pandangan hati yang tembus) sahaja yang boleh mengesannya.
Nanti di akhirat bila Allah dedahkan segala kesalahannya (dosa-dosa batin itu), baru dia terkejut dan tersentak.

Ulama tasawuf berkata:
“Biarlah sedikit amalan beserta rasa takut pada Allah, kerana itu lebih baik daripada banyak amalan tetapi tiada rasa takut dengan Allah.
Lebih baik orang yang merasa berdosa dan bersalah dengan Allah daripada orang yang banyak amalan tetapi tidak rasa berdosa pada Allah bahkan dia merasa tenang dengan amalan itu.”
Firman Allah:

Terjemahannya: Hari kiamat ialah hari di mana harta dan anak-anak tidak dapat memberi manfaat, kecuali weka yang mengadap Allah membawa hati yang selamat sejahtera.
(Asy Syuara: 88-89)

Hati yang selamat sejahtera ialah hati yang bertaqwa yang berisi iman, yakin, ikhlas, redha, sabar, syukur, tawakal, takut, harap dan lain-lain rasa hati dengan Allah SWT. Hati yang sentiasa merasa sihat dalam sakit, kaya dalam kemiskinan, ramai dalam keseorangan, lapang dalam kesempitan dan terhibur dengan apa sahaja ujian kerana ia bersikap redha dengan apa sahaja pemberian Tuhannya.

Untuk memperolehi hati yang begini, kita mesti bersungguh-sungguh melawan hawa nafsu untuk melakukan amalan lahir dan batin (syariat dan hakikat). Kedua-duanya akan saling kawal mengawal untuk mengangkat kita ke taraf taqwa. Syariat dan hakikat akan mendidik dan memimpin kita menjadi seorang insan yang kamil yang mampu memenuhi keinginan dan keperluan fitrah semulajadi manusia secara suci lagi mulia.

Orang beginilah yang Allah maksudkan sebagai golongan as siddiqin atau golongan al ‘Ariffin. Sifat mereka Allah senaraikan dalam Surah Al Furqaan ayat 63 – ’74:

Terjemahannya: Dan hamba-hamba Tuhan Yang Maha Penyayang (hamba-hamba yang baik) itu ialah mereka yang berjalan di atas muka bumi dengan rendah hati dan apabila orang jahil menyapa mereka, mereka mengucapkan kata-kata (yang mengandungi) keselamatan.

Tejemahannya: Dan mereka yang berjaga di malam hari dengan bersujud dan berdiri untuk Tuhan mereka (orang -orang yang bersembahyang tahajjud di malam hari semata-mata kerana Allah).

Terjemahannya: Dan orang -orang yang berkata: Ya Tuhan kami, jauhkanlah azab jahannam dari kami. Sesungguhnya azabnya itu adalah kebinasaan yang kekal.

Terjemahannya: Sesungguhnya jahannam itu seburuk-buruk tempat menetap dan tempat kediaman.

Terjemahannya: Dan orang-orang yang apabila membelanjakan (harta) mereka tidak berlebih-lebihan dun tidak (pula) kikir, dan adalah (perbelanjaan itu) pertengahan.

Terjemahannya: Dan mereka juga tidak mengharap (menyembah) yang lain di samping Allah dan tidak membunuh jiwa yang diharamkan Allah
(orang Islam) kecuali yang dibenarkan syarak (pembunuh, penzina murtad) dan tidak juga berzina. Barangsiapa yang melakukan yang demikian itu nescaya dia akan menerima pembalasan dosanya
.

Terjemahannya: (Yakni) akan dilipatgandakan azab untuknya pada hari kiamat dan dia kekal dalam azab itu dalam keadaan terhina.

Tejemahannya: Kecuali mereka yang bertaubat, beriman dan mengerjakan amal soleh, kejahatan mereka Allah gantikan dengan kebajikan. Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Terjemahannya: Dan orang-orang yang bertaubat dan mengerjakan amal soleh maka sesungguhnya mereka bertaubat kepada Allah dengan taubat yang sebenar-benarnya.

Terjemahannya: Dan orang-orang yang tidak memberikan persaksian palsu dan apabila mereka bertemu dengan (orang-orang) yang mengerjakan perbuatan-perbuatan yang tidak berfaedah, mereka lalui (sahaja) dengan menjaga kehormatan diri

Terjemahannya: Dan orang-orang yang apabila diberi ingatan dengan ayat-ayat Tuhan mereka tidaklah mereka menghadapinya sebagai orang-orang yang tuli dan buta.

Terjemahannya: Dan orang-orang yang sering berdoa: “Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami) dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertaqwa. “

Merekalah orang-orang yang bertaqwa yang akan memperolehi ketenangan hidup di dunia dan di akhirat. Tempat untuk kita mempelajari dan mencontohi kehidupan yang berbahagia ini ialah kehidupan solafussoleh.
Mereka telah menjalani suatu kehidupan yang mana mereka menerima dan mengamalkan sepenuhnya kehendak syariat dan hakikat. Dan hasilnya, mereka (para solafussoleh) menjadi orang-orang yang bahagia lagi membahagiakan orang lain.
Sejarah 15 abad yang silam memberitahu kepada kita bahawa 3/4 dunia menjadi tenang, aman dan damai di bawah pentadbiran mereka. Dan kawan mahupun lawan terasa selamat berada di dalam kekuasaan mereka.

Demikianlah, dan inilah satu kenyataan bahawa kiranya manusia patuh menjalani syariat lahir dan batin, selamat dan berbahagialah mereka di dunia dan di akhirat.
Allah berfirman:

Terjemahannya: Dan Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman dan yang mengerjakan amal soleh di antara kamu bahawa Dia sungguh-sungguh akan menjadikan mereka berkuasa di bumi sebagaimana diberi kuasa kepada orang sebelum mereka Dia akan meneguhkan bagi mereka agama yang telah diredhai-NJa untuk mereka dan Dia benar-benar akan menukar (keadaan) mereka sesudah berada dalam ketakutan menjadi aman sentosa. Mereka tetap menyembah-Ku dengan tidak mempersekutukan sesuatu apa pun dengan Aku. Dan barangsiapa yang engkar sesudah (janji) itu, maka mereka itulah orang-orang fasik.
(An NUR: 55)

Sumber: http://www.kawansejati.org/mengenal-diri-melalui-rasa-hati/ms-00-muqadimmah.html

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s